Friday, March 20, 2009

Mari mengenali Yayasan Raub (Siri 5)

Topik perbincangan dalam siri ke-5 kali ini, Anak Srikandi membentangkan 'figure' yang dimainkan Yayasan Raub dan Coralfare Sdn Bhd, melibatkan jutaan ringgit yang sepatutnya dapat dimanfaatkan seluruh masyarakat Raub tanpa mengira kaum.

1) Tanah yang diusahakan Coralfare di belakang MDR (kawasan rumah kerajaan) seluas 10.47 ekar dibayar premium sebanyak RM67,000.
Mengikut kiraan RM5 (setiap kaki persegi) nilai lokasi itu sebenarnya adalah RM2,280,365. (juta ni).

2) Jika dinilaikan mengikut pasaran, terdapat 47 lot (20x70) pada nilai RM80 (setiap kaki persegi) dan nilai tapak projek tersebut adalah RM5,264,000. (juta ni).

3) Umum sudah sedia maklum bahawa setiap lot rumah kedai dijual antara RM300,000 hingga RM800,000 (dan semua unit telah terjual). Jika dibuat kiraan berdasarkan purata RM400,000 setiap lot, jualan 47 lot menjana keuntungan kasar sebanyak RM18,800,000. (juta ni)

Satu jumlah yang baaaaaanyaaakkk, kan?

Dalam minit mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Raub 2007, pada fasal 15 iaitu dalam ucapan penangguhan, perkara 15.1 menyebut ucapan daripada wakil Kampung Melayu Sempalit (Salim Abdul Majid) bertanyakan status Yayasan Raub dan ke mana perginya Yayasan Raub...

perkara 15.10 pula, Shah Moin membuat ucapan penangguhan dengan menyebut tentang matlamat penubuhan Yayasan Raub yang baik untuk kebajikan masyarakat daerah ini, TETAPI TIDAK ADA DUIT UNTUK MENGGERAKKAN YAYASAN INI. DICADANGKAN AGAR YAYASAN RAUB DITUTUP SAHAJA.

Bukankah perkara ini menimbulkan kelucuan apabila kita semua mengetahui Yayasan Raub mampu buat duit dan terbukti dah banyak duit dan sepatutnya perlu dirasai anak-anak Raub yang cerdik pandai untuk meneruskan pelajaran?

Bukan sahaja keuntungan dari projek usahasama Coralfare, isu yang dibangkitkan Anak Srikandi dalam siri yang lepas berkaitan Raub Resources....kan baaaanyakkk keuntungannya...tu tak masuk lagi usaha mengeluarkan balak yang diuruskan secara kelompok tiga kawasan diserahkan Pentadbir Tanah Raub...yang akhirnya tak dibangunkan (biarpun balak dah habis digondolkan)...
Tak tahu siapa yang akan jadi gila dengan keadaan seperti ini....Shah Moin tu gila atau masyarakat Raub yang akan naik gila bila memikirkan BANYAKNYA keuntungan dalam Yayasan Raub tetapi diseleweng mereka-mereka ini.

Anak Srikandi belum penat lagi membongkar setiap perincian perihal Yayasan Raub. Jadi, tunggulah sambungannya selepas ini.

~~bersambung~~

Mari mengenali Yayasan Raub (Siri 4)

Topik sambungan kali ini masih lagi berkisar pada hubungkait Yayasan Raub dan Coralfare Sdn Bhd. Ini adalah kerana terlalu banyak 'fakta kukuh' yang boleh dijadikan bukti menyokong dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Shah Moin, tetapi hanya dibiarkan sepi sahaja. Buka mata luas-luas!

Sekiranya diperhalusi, UPEN menetapkan syarat bahawa syarikat yang boleh mengambil alih projek pembangunan di belakang premis MDR itu mestilah 60 peratus bumiputera.

Dalam kes ini, Coralfare bijak memperdaya kerajaan negeri dengan meletakkan nama seorang lelaki Melayu sebagai 'cover' kepada pemilik syer sebenar berbangsa Cina.

Coralfare Sdn Bhd (352300-D) didaftarkan dengan pemegang syer seperti berikut :-

Azinuddin Abdul Rahim (550810-06-5161) RM16,000
Anuar Mat Din (560501-06-5335) RM5,000
Mat Jusoh Seman (450513-03-5283) RM32,000
Tan Po Ong (570603-06-5001) RM16,000
Lim Ah Kow @ Lim Chin Hooi (451113-06-5015) RM16,000

Sekiranya dilihatkan kepada perkiraan syer ini, jumlah syer bumiputera sebanyak RM53,000 daripada RM85,000 bersamaan 62.35 peratus (menepati syarat yang ditetapkan UPEN).

TETAPI, dapat dibongkarkan di sini apabila Mat Jusoh Seman hanya memperdagangkan namanya tetapi syer tersebut sepenuhnya adalah milik Tan Po Ong.

Bersama ini disertakan surat sumpah Mat Jusoh Seman bagi menegaskan kenyataan tersebut.

Hakikatnya, Coralfare adalah syarikat yang didominasi bangsa Cina dengan bahagian peratusan hanya 24.7 peratus sahaja BUMIPUTERA.

Jelas dan nyata di sini bahawa Shah Moin dan 'orang suruhan'nya (Azinuddin) memperdaya UPEN untuk meluluskan projek berkenaan.


~~bersambung~~

Thursday, March 19, 2009

Mari mengenali Yayasan Raub (Siri 3)


Setelah membiarkan masa seketika, kali ini Anak Srikandi tidak akan membuatkan pengunjung ternanti-nanti dengan sambungan kupasan isu Yayasan Raub yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Sudah terang dan nyata berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa, tetapi masih lagi dikatakan 'kabur' dan 'tidak kukuh' oleh Lembaga Disiplin UMNO..Sebab itulah nama Shah Moin tak ada dalam senarai siasatan langsung...(Tah apa2 UMNO ni....)

Disebabkan perkara yang NYATA sengaja disembunyikanlah, Anak Srikandi terpanggil membongkar satu demi satu KEBUSUKAN yang disimpan Shah Moin dan rakan-rakan. Buat apa DS Najib nak simpan orang-orang yang macam ni...

Baiklah, mari kita terus kepada sesi pengenalan CORALFARE SDN BHD dan apa kaitannya dengan Yayasan Raub. [ Biarpun isu ini dah banyak kali diperkatakan, tetapi Anak Srikandi kena terangkan juga mengikut kronologi ].

Coralfare Sdn Bhd ditubuhkan pada 22 Julai 1995 iaitu sebulan 12 hari selepas penubuhan Yayasan Raub (10 Jun 1995).

Sekali lagi, nama Azinuddin Abdul Rahim dikenal pasti (dalam carian rasmi SSM) sebagai PENGARAH CORALFARE SDN BHD, tidak sampai sebulan penubuhan Coralfare, Azinuddin dilantik menjadi PENGARAH YAYASAN RAUB (11 Ogos 1995) [ ada kepentingan dan berkaitan, kan?]

Pada 2 Julai 1996, Yayasan Raub memohon untuk memajukan tanah seluas 10 ekar di bandar Raub (tapak kawasan perumahan kakitangan kerajaan - belakang bangunan Majlis daerah Raub).

Pada 30 Oktober 1996, iaitu apabila permohonan dipertimbangkan untuk diluluskan, TIBA-TIBA Yayasan Raub menyatakan pendirian 'tidak berminat' untuk meneruskan permohonan sebaliknya mencadangkan Coralfare mengambil alih projek tersebut. [ MENGAPA CORALFARE yang dipilih sebagai gantian? - saja je tanya, dah tahu jawapannya- ].

Pada 13 Mac 1998, permohonan projek tersebut DILULUSKAN, tetapi UPEN menetapkan syarat bahawa ia perlu dilaksanakan secara USAHASAMA dengan Yayasan Raub.

SEKALI LAGI, Yayasan Raub menetapkan pendirian untuk menarik diri daripada projek tersebut SETELAH BERSETUJU pada awalnya., dan hanya menetapkan syarat penerimaan DUA UNIT RUMAH KEDAI sebagai balasan. [ Sedangkan penerimaan harta tak alih TIDAK DIBENARKAN dalam Perlembagaan Yayasan Raub ].

Kemusykilan juga timbul, kenapa Yayasan Raub terlalu BERMURAH HATI dan melepaskan peluang penjanaan kewangan untuk tabungan kebajikan rakyat itu kepada Coralfare? kenapa Coralfare? apakah kepentingannya dan apakah muslihatnya?

Difahamkan juga, seharusnya Yayasan Raub menerima 20 peratus daripada syarat usahasama dalam projek tersebut, adakah memadai hanya menerima dua unit rumah kedai daripada 47 unit yang diusahakan? Adakah semua pengarah dalam Yayasan Raub tidak tahu kira-kira dan mudah diperbodohkan oleh pengarah Coralfare yang juga orang yang sama dalam Yayasan Raub? Istilah apakah yang boleh digunakan di sini? Memperbodohkan diri sendiri? Cubaan memperbodohkan masyarakat Raub? atau menampakkan diri mereka bodoh pada pandangan golongan muda Raub hari ini?

Bagi kes ini, Shah Moin sekali lagi menggunakan 'aura hitam'nya untuk mempengaruhi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Biarpun kali ini Shah Moin mengisytiharkan bahawa dia ada kepentingan dalam Yayasan Raub, tetapi dia tidak keluar dari bilik mesyuarat [ Besar kepala betul orang tua kutuk ni ]. Shah Moin juga menulis surat sokongan 'bertulisan tangan' menggunakan 'letterhead' Exco Pelancongan, bagi menyokong permohonan Coralfare sekali gus mengarahkan tindakan segera meluluskan permohonan itu.

Inilah satu lagi bentuk penipuan dan penyelewangan didalangi Shah Moin yang menyalahgunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mengaut hasil keuntungan yang juga HAK MILIK BERSAMA masyarakat Raub.

Tak cukup KUKUH lagi ke?
Takpe, lepas ni Anak Srikandi tambah satu lagi kes....dan akan tambah lagi beberapa kes....

~~bersambung~~

Yayasan Raub merupakan satu badan kebajikan. Ini jelas daripada Perlembagaan Yayasan Raub. Yayasan Raub juga tidak dibenarkan memiliki harta tak alih melainkan dengan kebenaran seperti yang dituntut di bawah Akta Syarikat. Sila lihat bahagian2 yang dihighlightkan dalam posting terdahulu.
Jadi untuk mengatasi masalah ini Pemegang Amanah (Trustee) dilantik. Semua harta tak alih yang diperoleh Yayasan Raub samada secara langsung atau melalui wakaf dan sebagainya akan didaftarkan di atas nama Trustee. Bermakna harta tak alih Yayasan Raub akan dikendalikan sepenuhnya oleh Trustee.
Yayasan Raub tidak ada ahli dan pengarah-pengarah pula lena. Dalam keadaan macam itu seronok lah Trustee. Dia boleh buat harta macam harta bapak dia orang.
Kalau dilihat, Yayasan Raub memohon tanah di belakang MDR untuk dimajukan. Mengapa dimohon sedangkan dia tak boleh memiliki. Di sini permainan licik Shah Moin dan Azinuddin yang memainkan peranannya. Dia masuk Yayasan Raub kemudian memasukkan Coralfare sebagai gantian mengusahakan projek tersebut kononnya Yayasan Raub tak boleh miliki harta. Licik sungguh licik. Kerajaan pahang dipermainkan.
Coralfare bagi 2 unit rumah kedai sebagai ganti. Kepada siapa(diberikan) sedangkan Yayasan Raub tak boleh miliki harta.

Bantuan Maklumat dialu-alukan...

Blogger Mohd Harris Abdullah said...

Salam Anak Srikandi dan Asamrong. Boleh tahan juga pengetahuan kamu orang tentang Yayasan Raub (YR). Keep it up. Saya sahkan bahawa apa yang dikatakan oleh kamu orang itu betul belaka. Saya tahu sebab saya pernah bawa kes YR, Coralfare dan Tok2 Ketua UMNO Raub keMahkamah tidak lama dahulu. Yang sebenarnya saya tidak mahu masuk campur hal YR walaupun agak banyak yang saya tahu. Tetapi kebelakangan ini saya terpanggil untuk membuat komen.
Dikesempatan ini saya ingin beritahu bahawa saya bersedia untuk hulurkan bantuan kepada Anaksrikandi dan Asamrong sekiranya diperlukan. Saya tidak dapat hubungi kamu orang berdua sebab saya tak kenal kamu orang tetapi saya pasti dan yakin kamu orang kenal saya. Oleh itu hubungi lah saya untuk satu era bongkar membongkar yang baru. Anyway, kalau kamu berdua takut identiti terbongkar boleh gunakan orang tengah yang kenal kamu orang dan saya untuk urusan seterusnya. Bersama saya ada berbagai dokumen sebagai bukti penyelewengan dalam YR dan connection YR dengan Coralfare dan Raub Resources.


P/S: Anak Srikandi mengalu-alukan sebarang penambahan maklumat daripada yang sedia ada sekarang ni...Masih ada 2/3 lagi maklumat yang belum Anak Srikandi siarkan berkaitan Yayasan Raub (kerana kesibukan). .. dan masih ada beberapa lagi isu yang patut disiarkan berkaitan perkara lain pula...InsyaAllah, Anak Srikandi akan datang sendiri mendapatkan maklumat tambahan tersebut.

Sunday, March 15, 2009

Mari mengenali Yayasan Raub (Siri 2)

Pada topik sambungan kali ini, Anak Srikandi membentangkan kewujudan Raub Resurces Sdn Bhd dan hubungkaitnya dengan Yayasan Raub.

Raub Resources ditubuhkan pada 14 Januari 1995 (iaitu lima bulan sebelum penubuhan Yayasan Raub).

Peneraju dalam Raub Resources dikenal pasti Azinuddin Abdul Rahim dan Ahmad Sabri Zainal Abidin.

Semasa penubuhan Yayasan Raub (10 Jun 1995), Ahmad Sabri dilantik menjadi pengarah sekali gus pemegang amanah Yayasan Raub.

Sebulan selepas penubuhan Yayasan Raub, Azinuddin turut dilantik menjadi pengarahnya.

Bermulanya [kiambang bertaut] antara Yayasan Raub dengan Raub Resources apabila Yayasan Raub dinamakan sebagai rakan usahasama Raub Resources dengan memohon 3,000 ekar tanah hutan simpan di Bukit Kajang untuk dijadikan Agro Tourism.

Mengikut perjanjian, Yayasan Raub seharusnya memperolehi 20 peratus hasil usaha projek berkenaan.

Pada 19 September 1996, Kerajaan Negeri meluluskan 400 ekar tanah di kawasan tersebut untuk dimajukan [ (difahamkan untuk tanaman durian) dan mengambil BALAK dulu di situ khasnya].

Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri memperuntukkan 200 ekar sahaja daripada yang diluluskan untuk diusahakan terlebih dahulu. Sekiranya usaha menampakkan hasil, barulah diserahkan baki 200 ekar lagi.

Raub Resources memperoleh lesen mengeluarkan balak, dan selepas habis semua hasil hutan dibawa keluar, tanah dipecahkan kepada 163 lot untuk dijualkan kepada orang ramai.

Difahamkan, kesemua 163 lot tanah itu dibeli sepenuhnya 10 individu yang juga bukan BUMIPUTERA. [ini bukan keutamaannya, tetapi ke mana perginya hasil balak dan jualan lot tersebut???]

Mengikut syarat perjanjian usahasama, Raub Resurces seharusnya menyerahkan 20 peratus daripada HASIL BALAK yang dikeluarkan daripada 200 ekar tanah tersebut. Yayasan Raub juga berhak menerima 20 peratus daripada hasil jualan lot tanah itu. Tapi ke mana wang itu pergi?

Di sini, masyarakat Raub seharusnya berhak menerima imbuhan daripada 20 peratus hasil balak dan 20 peratus penjualan lot tersebut, tetapi mana aliran wang itu pergi?

DIFAHAMKAN, tanah seluas 200 ekar itu pernah digadai kepada Southern Bank Berhad untuk pinjaman sebanyak RM3.6 juta.

Dusun durian (Agro Tourism) masih TIDAK WUJUD sehingga ke hari ini.
Ke mana perginya semua usaha untuk kebajikan rakyat ini?

Melepaslah sudah satu peluang yang memberikan dua hasil sekali gus ini....

nota sepintas :-

Semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam menetapkan projek tersebut kepada Raub Resources dan Yayasan Raub, Shah Moin pada masa itu [Exco kanan DUN Pahang yang juga Pengarah/Pengerusi sekali gus menjadi Pemegang Amanah Yayasan Raub, Pengerusi Jawatankuasa Tanah Raub] tetapi tidak mengisytiharkan dirinya dalam mesyuarat bahawa dia mempunyai kepentingan dengan perkara-perkara yang disebutkan tadi. Ini adalah kerana Shah Moin bertindak sebagai MASTERMIND yang pandai 'play safe' bagi menyembunyikan kelicikannya memperdaya ahli majlis mesyuarat yang lain pada ketika itu.

Kita bersambung seterusnya selepas ini...dengan kupasan isu berkaitan Coralfare Sdn Bhd dan Pentadbir Tanah Raub...

~~bersambung~~

Anonymous Khairy said...

Persoalan Yayasan Raub ini berat, sebab melibatkan penyalahgunaan kuasa menceroboh khazanah rakyat. Ini memang tak sepatutnya langsung dibiarkan atau didiamkan terus. Laporkan kepada SPRMuntuk kali kedua. Walaupun kita rasakan selagi mereka istiqamah dgn Umno, mereka pasti didapati tidak akan bersalah...

March 15, 2009 10:42 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

ada sikit nak sambung, tentang keistimewaan raub resources. iaitu surat2 permohonan pada 200 ekar yang kedua sokongan dari pen. pegawai daerah bahagian tanah
menyokong dengan ulasan yang tak wajar pada permohonan tersebut. 200 ekar yang pertama belum di sempurnakn saperti dalam perjanjian dan syarat dan banyak bahagian dan jabatn yang berkaitan tidak menyokong permohonan 200ekar yang kedua terutama nya alam seketar. satelah satu lapuran polis di buat tentang kemungkinan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam raub resources dan dalam pentadbiran tanah, en adnan ibon selaku pen pegawai daerah bahagian tanah di tukarkan serta merta. mungkin secara kebetulan. kalau di tukarkan bersabit dengan lapuran polis yang di buat, ternyata ada kuasa lain yang masuk dalam tadbiran tanah di raub.
Ada orang kata nan ibon ni bakal di naik pangkat ke pegawai daerah dengan sokongan shah moin.bila dah terbongkar kes raub resources dia di tukar 24jam selepas lapuran polis. ada banyak lagi nanti kita sambung. .

March 15, 2009 11:06 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

permainan shah moin dalam yayasan raub jelas pemperalatkan yayasan dengan pempengaruhi mesyuarat kerajaan negeri yang kononnya yayasan sedang mencari dana untuk kebajikan. yayasan raub tak pernah adakn mesyuarat tahun atau annual general meeting (AGM) ini dah jelas bertentangan dengan akta pertubuhan kan? selain dari itu tak pernah buka keahlian dan borang pun tak ada... pembukaan tanah kelompok dan cuci kawasan balak atas nama yayasan dah tak terkira berapa juta patut ada dalam akaun yayasan. shah moin guna wang itu untuk menjaga kedudukan nya dalam politik. termasuk memberi habuan pada kaki2 samseng, tukang carut dan sebagai nya

March 15, 2009 11:22 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

saya akan cerita tentang penyiasatan bpr terhadap raub resources. Siapa yang di siasat dan siapa yang menginap di bilik bersebelahan dengan ketua penyiasat dari bpr en azmi di rest house raub. Apa yang misteri kita akan renung bersama. saya hampir percaya kalau di katakan DS najib menutup kes shah moin. . sambung next episod

March 15, 2009 11:38 PM

Delete
Anonymous khairuddin said...

salam..
kpd serikandi..
truskan usaha anda membongkar kesalahan pemimpin yg diaanggap malaikat ini oleh sesetengah org2 Dong. Semoga PR-12 adalah yg terakhir untuk nya.. wahai org2 dong sekalian bukalah mata anda dan kenalilah siapa sebenarnya shah moin!!!!!!

March 16, 2009 4:51 AM

Delete
Anonymous asamrong said...

. kali ni mari kita renung bersama pekara2 asas yang terkumpul walaupun ada yang dalam bentuk spekulatif kita pintal betul2 dan banyak2 kita jadikan tali gantung buat shah moin. 1) dalam lapuran polis kes yayasan raub ada menyebut tentang ulasan positif yang mencurigakan dari nan ibon selaku pen. peg daerah(tanah) pd ketika itu. 2) beliau mendahului atau seakan over ruled PTG. 3) banyak bahagian dan jabatan tidak menyokong permohonan tersebut. 4) tanah yang dipohon ialah tanah hutan simpan bukit kajang yg di wartakan PHG Gazet240 bertarikh 4.7.1974.belum sempat pewartaan pembatalan hutan tersebut telah digondol dengan rakus untuk keluarkan balak. sekali gus mencabul peraturan dan undang2. saya nak tanya para pembaca bolihkah bpr ketika itu mulakan siasatan???? spekulatifnya kenapa nan ibon di tukar serta merta selepas lapuran polis di buat???? nak tutup takut banyak lagi kes yang akan terbongkar???? sebenarnya penyelewengan tanah dari anak moin ni semua ada dalam poket aku ni. banyak lagi yang akan di dedahkan......bersambung bg nick name lh. .dah banyak aku tulis

March 17, 2009 1:12 AM

Saturday, March 14, 2009

Mari mengenali Yayasan Raub (Siri 1)

Setelah sengaja mendiamkan diri beberapa ketika (maklumlah, perubahan iklim dan berbeza suasana-demam sejak balik dari luar negara), kini Anak Srikandi bawakan kupasan yang lebih menarik untuk santapan minda pengunjung sekalian.

Adapun jua, kupasan bersiri kali ini diharap dapat menutup 'mulut busuk' sesetengah pihak yang mengatakan setiap hujahan Anak Srikandi sebagai FITNAH. (Hanya mereka yang mentah dan jahil sahaja akan mengatakannya fitnah).

Juak-juak Shah Moin yang percaya seperti babi buta itu juga sering menuduh Anak Srikandi suka menabur fitnah dan sering mengingatkan balasan Allah SWT. Tidakkah mereka juga terfikir apa yang Anak Srikandi lakukan ini adalah BALASAN ALLAH SWT terhadap kesalahan Shah Moin dalam memimpin kawasan ini?

Mari kita bersama mengenali YAYASAN RAUB yang sering menjadi isu (termasuk di dada akhbar) kerana masyarakat setempat mahukan penjelasan, bukannya 'pemeraman' yang akhirnya menjadi 'telur busuk'.

Yayasan Raub [ REF : 95B 016247 ] = Didaftarkan pada 10 Jun 1995 dengan tujuan mengendalikan dana untuk maksud KEBAJIKAN, SAINS dan PENDIDIKAN (tidak ada tujuan lain selain perkara yang disebut tadi [ perkara 3 dalam perlembagaan Yayasan Raub ] ).

Pengarah (awal) Yayasan Raub [merangkap pemegang amanah] = Ahmad Sabri Zainal Abidin, Abdul Aziz Mat Kiram, Asmah Ismail dan Shahiruddin Ab Moin [ first Chairman ].

Pada 11 Ogos 1995, Azinuddin Abdul Rahim pula dilantik menjadi pengarah.

Bermula daripada penubuhan, pelantikan lembaga pengarah sehinggalah ke hari ini, Yayasan Raub tidak pernah membuka keahliannya kepada sesiapa pun sedangkan syarat menjadi ahli hanyalah WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

Apakah muslihat di sebalik pelantikan Azinuddin yang agak lewat daripada lembaga pengarah lain? Mengapa pula Azinuddin meletakkan jawatan pada 15 Disember 1997?

Apakah bentuk penyelewengan yang dilakukan dalam Yayasan Raub?

Apa kaitan Yayasan Raub dengan Coralfare Sdn Bhd, Raub Resources dan Pentadbir Tanah Raub?

Nantikan kupasan seterusnya selepas ini...

~~Bersambung~~



Anonymous Mohd Harris Abdullah said...

Dedah jangan tak dedah

March 14, 2009 9:24 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

kes yayasan raub tiada penghujung nya dan di selubungi pelbagai misteri. Lapuran pada bpr pada tahun lepas lengkap dengan bukti2 jelas tapi akhir nya tak menjadi relevent bagi penyiasat kes yang ketuai Azmi. Katakanlah ia benar tak releven tetapi ada pekara asas yang paerlu diambil kira. satu perkara lagi saya di fahamkan pegawai penyiasat bpr pda ketika itu pernah menginap di rest house raub dan ada cerita misteri..smbung next episod.

March 14, 2009 10:06 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

lambat nya nak jeluar episod kedua yayasan raub. dah tak sabar nk gengar

March 15, 2009 1:30 PM

Friday, March 13, 2009

Benarkah DS Najib campur tangan?

RAUB - Bertalu-talu persoalan yang sama keluar dari mulut sebahagian penduduk di daerah ini, BENARKAH DS NAJIB ada campur tangan dalam pentadbiran politik di Raub ini?

Jika persoalan itu berkisar dalam kelompok 'rakan taksub' Shah Moin, mesti mereka hanya tersenyum penuh makna dan menganggap 'kononnya' mereka menang dan di pihak yang benar.

Tetapi jika persoalan itu berkisar dalam kelompok 'anti' Shah Moin, pastinya 'zon TAK selesa' itu akan memburukkan lagi tanggapan terhadap 'pemimpin idaman' Malaya tuh.

Sebagai seorang yang memang tak menyenangi Shah Moin, Anak Srikandi memang tidak gemar dengan 'kenyataan' tersebut, kerana, jika didalami betul-betul, Anak Srikandi seharusnya tidak perlu risau dengan perangai DS Najib yang dianggap tidak ada kaitan dengan RAUB.

Secara peribadi juga, Anak Srikandi menentang sesuatu perkara itu hanya berdasarkan INDIVIDU, bukan berdasarkan PARTI....Jadi, dalam isu yang dibincangkan sekarang ini, MENGAPA DS NAJIB nak campur tangan di sini? Apa hebatnya menyimpan 'profil bermasalah'?

Sudah banyak kali isu YAYASAN RAUB dipersoalkan...mana tindakannya? kerana NYATA ada masalah di situ.

Perbincangan demi perbincangan dengan sumber-sumber yang kukuh, terus mendapat jawapan bahawa kertas kerja siasatan berkaitan isu Yayasan Raub tu, dah LENGKAP dan kukuh...Tetapi, mengapa masih tak dilaksanakan?

Terjawab pula dengan jawapan, DS Najib nak 'hold' isu tu, jadi, jangan siasat sehingga tarikh diberitahu kelak (atau sehingga melepasi beberapa peringkat/kehendak tertentu)...Tidakkah PARAH!

Menyimpan orang-orang yang dianggap SAMPAH dalam pentadbiran politik....kemudian menjadikan mereka 'orang suruhan' atau sekiranya mereka engkar, maka 'rekod buruk' mereka akan dibuka semula...Apakah bentuk permainan ini? JAMINAN? UGUTAN?

JAMINAN = Segala rekod buruk 'mereka' akan dilenyapkan dan mereka dilindungi selagi mereka 'setia' bersama
UGUTAN = Sekiranya salah seorang (atau beberapa orang) daripada mereka ini mula-mula nampak macam nak berpaling, maka waktu itulah bergunanya 'rekod yang diperam' selama ini.

Betulkah perkara ini?

Jika benarlah DS Najib mengamalkan taktik politik seperti ini, memang amat mendukacitakan.
Golongan muda pasti akan mengeluh kekecewaan.

Saturday, March 7, 2009

Welcome BACK!

Assalamualaikum...

Anak Srikandi dah pulang dengan selamat (bersama misi yang lebih segar dan padu).

Selamat bertemu kembali.

Nantikan artikel seterusnya ISNIN ini...