Sunday, February 14, 2010

Siapa PENGERUSI BN sebenarnya?

Melihat kepada tajuk di atas, Tuah tidaklah ingin membincangkan perihal pimpinan peringkat tertinggi, cukup sekadar dalam kawasan Parlimen Raub sahaja.

Tidak lama dulu, seingat Tuah, daerah ini pernah disebarkan dengan 'pengumuman' Perdana Menteri kita yang menyatakan bahawa jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) setiap parlimen perlu disandang Ahli Parlimen kawasan masing-masing.

Tetapi Tuah tidak pula melihat pengumuman tersebut dalam siaran mana-mana media. Agak pelik jugalah, atau Tuah yang ketinggalan mendapatkan maklumat tersebut secara rasmi menerusi media.

Tidak mengapa, betul atau tidak pengumuman itu, bukanlah menjadi keutamaan bagi Tuah, tetapi individu yang menyandang jawatan itu lebih menarik minat Tuah untuk mengupas isu serba sedikit.

Sekiranya benar jawatan itu perlu disandang Ahli Parlimen setiap kawasan, bermakna Pengerusi BN Parlimen Raub seharusnya secara SAH adalah Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, kan? bermakna, terlepaslah sudah jawatan yang sekian lama disandang Datuk Shahiruddin Ab Moin tu, kan?

Padanlah sejak beberapa tempoh kebelakangan ini, Tuah dapat melihat senario berbeza dalam kalangan pimpinan dan kroni Yen Yen bersama pimpinan dan kroni Shahiruddin. Jika dulu, setiap majlis pasti mereka hadir untuk saling menyokong antara satu sama lain, tetapi tidak lagi ketika ini.

Paling Tuah rasa tidak logik, Abdul Aziz Mat Kiram juga tidak hadir ke mana-mana majlis Yen Yen, sekali gus menunjukkan bahawa Abdul Aziz ini tidak berpendirian sebagai pemimpin, bahkan rela mengikut telunjuk Shahiruddin yang belum tentu lagi akan membela nasibnya pada masa akan datang.

TETAPI, sejak beberapa hari lalu, sampai juga angin menderu entah dari mana, terus menusuk ke telinga Tuah. Angin tersebut membawa perkhabaran bahawa jawatan Pengerusi BN itu telahpun SAH menjadi milik Shahiruddin SEMULA.

MENGAPA? atas alasan apa pula perlu dia memegang jawatan itu setelah pengumuman dibuat untuk meletakkan jawatan itu sebaris kerusi Ahli Parlimen?

BAGAIMANA Shahiruddin dapat meyakinkan Perdana Menteri kita untuk menulis surat penerangan bahawa jawatan Pengerusi BN adalah HAK Shahiruddin?

Sekiranya benar ada surat daripada Perdana Menteri untuk meletakkan Shahiruddin sebagai Pengerusi BN, masyarakat pasti mempersoalkan ketidaktelusan Perdana Menteri sendiri sekali gus mempertikaikan gagasan 1Malaysia yang dilaungkannya selama ini.

Bagaimana pula dengan Pengerusi BN bagi kawasan lain di seluruh negara? Adakah ia menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen setiap kawasan, atau boleh dipilih sesuka hati mengikut kroni yang dikehendaki sahaja?

Jawatan tersebut sebenarnya tidaklah sepenting mana memandangkan rakyat hari ini sudah bijak menilai. Sekiranya jawatan yang baik jatuh ke tangan pemimpin terbaik, pasti ia menjadi kelegaan kepada semua masyarakat. Tetapi sekiranya ia jatuh ke tangan pemimpin yang sedia maklum mempunyai rekod tidak baik, apa lagi yang hendak dibanggakan melainkan keluhan dan iringan kata-kata lazim, "Emmmpphh....dah agak dah....tak kemana la kita sampai bila-bila...".

4 comments:

bRAVEhEART said...

Salam. Terima kasih kerana mengikuti blog saya selama ini. Harap blog ini juga terus menulis tanpa jemu, kerana inilah namanya perjuangan

Warisan said...

Assalamualaiku wbt.
Salam 1Malaysia.

Fenomena dan kemelut Pengerusi BN yang berlaku di Raub... berlaku juga di tempat lain seperti di Lipis... mula-mula Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN.... tapi terkini... Ketua UMNO Bahagian juga mendapat surat perlantikan tersebut berkuat kuasa 2009-2011.

Pelik... Hairan... Ajaib.

Wassalam

KUNDANG PATAH said...

Biasalah bila ber PM kan orang pendek akal. Sangkakan semua MP ketua bahagian, rupanya tidak. Pengerusi BN Kulim, Zul Kulim ke? Meroyan sakan.

melayurayadaily said...

SP

Perlantikan Pengerusi BN adalah bagi memperkukuhkan pegangan share melayu dalam Kuasa BN. Pengiktirafan Ketua UMNO Bahagian sebagai UMNO menguasai BN walaupun ditempat yang mana bukan UMNO menjadi MP. PM tidak berbuat sesuatu jika tidak ada kepentingan melayu. Kebetulan diRaub tempat ketua Bahagian yang sdr tidak suka.Tidak puas hati akan menjalar.

kami memahami perasaan apabila politik tidak sehaluan dalam parti menyakitkan bila langit menimpa kepala. Tetapi percayalah bahawa situasi ini tidak selalu kekal.Kerana pemegang jawatan sering berubah. Kita harus komporomikan untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin datang dan pergi. Mereka tengah kuat jangan dilawan. Tunggu masa mereka lemah kita ramas seperti sebiji telur.

Hukum yang kuat sentiasa benar tetap mendahului mana zaman dan sejarah. sekarang keadaan itu terus berlaku. Yang kuat sentiasa benar dan yang lemah sentiasa salah dan kalah.Kita bergerak dalam rangka Tuhan, kita berusaha kerna kita tidak tahu apa yang telah ditetapkan Tuhan. Jadi Takdir selalu menyertai tindakan manusia. Syukurlah sdr masih ada kekuatan untuk menyatakan apa yang kita duka.

Teruskan kerana ia merupakan kebenaran yang kita yakin benar dan kita sanggup berbuat apa sahaja demi menukar bentuk yang kita tidak gemari. Teruskan. teruskan tuah. hanya satu yang kita ingat bahawa bangsa, agama dan tanah air kita mesti kekal bentuknya.