Saturday, December 13, 2008

Salam Perkenalan

Kemunculan Warta Raub kini menghidupkan lagi medan penyiaran dengan berita-berita khas dari Raub.
Sebagai permulaan hari ini, Warta Raub mengucapkan salam perkenalan kepada semua warga Raub khasnya dan rakyat di negeri Darul Makmur ini amnya.
Buat pengetahuan pengunjung, Warta Raub BUKANLAH bersifat berita ataupun laporan HARIAN, tetapi akan memaparkan berita lokal yang tepat berkisar DAERAH EMAS ini, SEKIRANYA ADA.
Warta Raub juga adalah milik PERIBADI blogger dan tidak berpihak kepada sesiapapun, juga tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak sekalipun.
Ia bersifat bebas dan tidak akan prejudis kepada sesiapa pun.
Peringatan awal,
sesiapa sahaja yang dikaitkan dalam pemberitaan ini, terimalah dengan hati terbuka dan positif serta berusaha untuk berubah demi kebaikan bersama.
Semoga medan penyiaran baru ini memberi manfaat kepada pengunjung yang dahagakan informasi terkini dan dikemas kinikan di Raub ini.
Sebarang maklum balas sama ada kritikan, nasihat, pandangan dan maklumat sokongan yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian, Terima Kasih

5 comments:

Anonymous said...

Salam,
selamat berblog. lawati dan linkkan juga blog saya.

Anonymous said...

salam perjuangan buat warta Raub...tahniah...anda sudah melangkah satu lagi ke era baru dunia globalisasi. Semoga dengan ini rakyat di Raub khasnya dan Pahang amnya akan dapat menikmati laporan berita yang lebih tepat dan terkini dari sana. Tkasih kerana linkkan Pahang Daily Online di blog anda...Amin

Anonymous said...

daerah sekecil Raub juga mempunyai pelbagai cerita yang bersangkut paut dengan isu-isu politik dan kemasyarakatan yang boleh dilaporkan.. Taniah.. Teruskan melapor, saya mahu mengikuti perkembangannya

Anonymous said...

Nice and informative blog... As a Raubians lives outside Raub, these stories really keeping me in touch with Raub... You got the stories.. Keep it up!!!

Anonymous said...

link kan blog kaMI http://pkrcabangraub.blogspot.com.terima kasih