Saturday, February 7, 2009

Wartawan Sinar Harian mula berkata

Warta Raub menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan sendiri Wartawan Sinar Harian Unit Raub, Wan Juhaida Wan Hassan (selepas ini disebut Skuad Raub), apabila keadaan mendesak semakin hari mempersoalkan KETIDAKADILAN Sinar Harian dalam melaporkan berita.

Skuad Raub kali ini mengeluarkan kenyataan balas bukan untuk mempertahankan diri semata-mata, tetapi sebagai penjelasan sebenar, agar orang lain tidak boleh mempertikaikannya lagi.

Semasa Skuad Raub menyiarkan artikel berkenaan Shah Moin, struktur penyampaiannya mengikut prosedur dan etika penulisan, kerana tidak ada bantahan rasmi daripada sesiapa berkenaan isi artikel yang dikeluarkan.

Skuad Raub juga memberi RUANG kepada Shah Moin untuk memberi maklum balas berkenaan perkara tersebut, tetapi DIBIAR SEPI dan lebih memilih untuk tidak mahu menjawab.

Shah Moin juga mengeluarkan kata-kata "Biarlah apa jua orang nak kata, terpulang. Itu hak mereka," katanya kepada Cikgu Bob.

SMS daripada Skuad Raub juga tidak dibalas Shah Moin.

Sekiranya artikel Skuad Raub SALAH dan terus menyalahi etika penulisan, mengapa pula tidak ada susulan SAMAN daripada Shah Moin?

Senang sahaja pada pandangan Warta Raub, Shah Moin sengaja membiarkan keadaan berterusan tanpa dia bersuara, kemudian dia boleh menjadikannya sebagai KONONNYA mangsa situasi.

Shah Moin juga berniat memburukkan Sinar Harian apabila sering menyebut Sinar Harian berniat memburuk-burukkannya di mana-mana majlis yang dihadiri.

Masyarakat yang mendengar kata-kata tersebut pula menyampaikan rasa meluat mereka kerana mereka sudah tahu perkara sebenar. Mereka menyatakan kepada Skuad Raub bahawa mereka sudah tidak mahu mendengar lagi kata-kata Shah Moin yang pandai berlakon.

Skuad Raub pun menyampaikan perkara tersebut semula kepada Shah Moin melalui SMS. Katanya, "antara kita ada level profesional masing-masing. Tidak perlulah Dato' nak sebut2 Sinar Harian dalam mana-mana majlis di Raub sedangkan saya (skuad raub) sudahpun memberi peluang kepada Dato' untuk menjawab balas, tapi Dato' sendiri yang menolak. masyarakat dah meluat dengan semua ni, harap faham," lebih kurang macam inilah ayatnya.

Sekiranya apa yang Skuad Raub buat itu satu kesalahan, cuba anda semua fikirkan, kenapa pada pagi 1 Ogos 2008 seawal jam 7 pagi, orang-orang Shah Moin bertindak memborong semua akhbar Sinar Harian seluruh daerah Raub, sehingga pembaca terpaksa mendapatkan tempahan di Bentong dan Temerloh?

Pada hari yang sama juga tokey kedai fotostat boleh untung dengan menjual artikel tersebut RM0.30 setiap keping berukuran A4.

Mengapa pula pada hari yang sama orang-orang Shah Moin cuba mengarahkan Skuad Raub keluar dari pejabat yang dah lebih setahun didudukinya?Jika Kononnya mengikut peraturan, mengapa SETELAH LEBIH SETAHUN baru nak arahkan?mengapa setelah tersiarnya artikel Yayasan Raub pada hari itu?

Mengapa pula Skuad Raub bertegas untuk tetap tinggal di pejabat berkenaan? kerana dia tidak berbuat apa-apa kesalahan. Semuanya mengikut ketetapan.

Ada juga orang-orang yang tidak berpuas hati menyatakan Sinar Harian dikawal MB Pahang dan kuncu-kuncunya...Masalah yang timbul, Skuad Raub menyatakan bahawa dia tidak pernah bertemu MB Pahang! Tidak ada 1 majlis pun di Raub yang diadakan MB pahang kecuali menjadi TETAMU semasa menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang di Sekolah Sains Tengku Abdullah.

Skuad Raub pasti, MB pahang langsung tidak mengenalinya.

Skuad Raub berkatakan kepada Warta Raub, bahawa setiap artikel yang dikeluarkannya langsung tidak ada kepentingan peribadi, bahkan tidak pernah mengambil atau mengemis daripada mana-mana individu.

Warta Raub bersetuju dengan kenyataan Skuad Raub.

Sekiranya anda (Shah Moin) tidak melakukan kesalahan, mengapa perlu takut pada bayang-bayang sendiri? Mengapa nak borong semua akhbar semata-mata nak mengaburi masyarakat?
Biar apa jua yang anda lakukan, kebenaran tetap sampai kepada mata yang melihat.

Warta Raub juga bertanyakan berkenaan kaitan MB pahang dengan Shah Moin, Skuad Raub memberitahu bahawa dia langsung tidak pernah tahu bahawa 'ada persengketaan' antara dua pemimpin itu, bagaimana pula MB pahang boleh mengawal Sinar Harian?

Kini, Warta Raub harap individu berkaitan terutama saudara yang menggelarkan dirinya AnWar dapat menilai sendiri. Dan kepada Tom Hagen@Amien, AnWar, anda perlu tahu bahawa setiap pendedahan Warta Raub tiada sebab PERIBADI melainkan memperjuangkan hak masyarakat. Anda berdua tidak berhak mengeluarkan kata-kata tersebut MELAINKAN ANDA MENGENALI SIAPA ANAK SRIKANDI. Anda kenal?!

Friday, February 6, 2009

aNaK sRiKaNdI : erti KESAKSAMAAN di sini...

Pada mulanya, Anak Srikandi tidak berhasrat untuk menerangkan segala yang ada dalam 'isi rumah' Warta Raub sehinggalah seorang hamba Allah yang menggelarkan dirinya 'Tom Hagen' (biarpun Anak Srikandi dapat tahu namanya Amien), dia bertanyakan beberapa soalan yang, pada hemat Anak Srikandi semuanya berkisar tentang perhiasan Warta Raub.

Tetapi, apabila mendalami erti kehidupan hari ini, Anak Srikandi baru sedar bahawa 'isi rumah' Warta Raub yang dipamerkan ini sama juga jika dibandingkan dengan 'Galeri Muzium' yang memerlukan beberapa penjelasan.

Pertama sekali, Anak Srikandi nak terangkan tentang KESAKSAMAAN yang dilaungkan di sini. Tom Hagen ini mempersoalkan kesaksamaan Anak Srikandi apabila sering 'menembak' Shah Moin yang dianggap 'tidak adil' kerana tidak memberi peluang untuk mendapatkan suasana yang NEUTRAL.

TETAPI, Anak Srikandi juga ingin mempersoalkan Tom Hagen, adakah selama ini Shah Moin berlaku adil dan mendengar suara rakyat? Di manakah kesaksamaan dia sebagai pemimpin?

JAWAPAN Anak Srikandi, Kesaksamaan di sini bermaksud memberi keadilan kepada mana-mana MANGSA (berdasarkan situasi) untuk bersuara (melalui Warta Raub) dan menonjolkan apa yang tidak seharusnya berlaku atas perbuatan Shah Moin dan kuncu-kuncunya selama ini.

Apakah ADIL apabila Shah Moin boleh memperlakukan apa sahaja sesuka hatinya tetapi masyarakat tidak dapat berbuat apa-apa? Senang sahaja formulanya. Nisbah ADIL adalah 50:50 (YB : RAKYAT)...Kalau dah YB buat sesuka hati tapi tak pernah fikirkan apa yang dirasakan RAKYAT, adilkah? (Harap dah terjawab ye, Tom Hagen).

Selanjutnya, berkenaan 'Kala Jengking' yang diletakkan sebagai background Warta Raub (perihal ini juga ditanya Tom Hagen), pembetulan buat Tom Hagen, Kala Jengking itu bukanlah SEPASANG tetapi hanya SEEKOR. Imej Kala Jengking itu dibiaskan sebagai CERMIN diri yang akan sentiasa memberi peringatan (kepada sesiapa sahaja).

Seharusnya, Shah Moin dan pengikutnya perlu BERTERIMA KASIH kepada sesiapa sahaja yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pimpinannya, kerana itulah tanda terbaik bahawa masih ada yang prihatin terhadap anda.

Masih banyak masa untuk anda berubah, bukannya menambahkan lagi KEBURUKAN yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bila lagi nak menjadi pemimpin yang ADIL sedangkan anda sudah bergelar HAJI.

Tom Hagen juga mempertikaikan Warta Raub yang sering menuding kepada SATU ARAH sahaja iaitu Shah Moin. Sedarkan anda bahawa hanya ada 1 sahaja pemimpin (kapten kapal) yang menjalankan tanggungjawab menjaga amanah rakyat, dan hanya 1 sahaja tumpuan rakyat untuk bergantung harap. Jadi, faham-faham sahajalah. Takkan Shah Moin punya angkara, Warta Raub nak pertikaikan (Aziz Kiram, Azinuddin) pula?

Kita semua maklum dengan perkataan 'What u give, u get back", kan?...Seharusnya Shah Moin memikirkan perkara ini dari dahulu lagi, sebelum bertindak meraup semua harta rakyat Raub.
Apa sahaja tindakan anda, pasti ada cermin yang akan membuat biasan dan pantulannya mengenai anda semula.

Ini baru catatan dunia, setiap perlakuan anda dikhabarkan semula kepada anda (melalui blog pun ok). Seharusnya anda mengambilnya dari sudut positif, berazam lakukan perubahan, bukannya menyuruh anak buah menyalak-nyalak dengan kata-kata carutan yang amat memalukan.

Tom Hagen juga mempertikaikan setiap artikel Anak Srikandi yang dikatakan 'emosional' seolah-olah berdendam secara peribadi..Tetapi Anak Srikandi juga boleh mempertikaikan, kenapa pula anak buah Shah Moin nak emosional dengan artikel dalam Warta Raub?

Kenapa beria-ia sangat mencarut-carut seperti mereka benar-benar mengenali Anak Srikandi sedangkan mereka tidak tahu dengan siapa mereka berhadapan.

Cuba perhatikan dengan teliti, selama artikel disiarkan, pernahkan Anak Srikandi membongkar keburukan PERIBADI Shah Moin? pernah Anak Srikandi katakan dia kaki botol?kaki perempuan?tahi judi?kaki karaoke?PERNAH? Jawapannya : Tak Pernah, kan?

Tetapi Anak Srikandi seringkali mempersoalkan tindakannya yang MENGAKIBATKAN rakyat susah bertambah susah, rakyat sedih bertambah sedih...Perlakuannya terhadap masyarakat di sini. Ada Faham?!

Kepada Shah Moin, seandainya anda berjanji kepada rakyat, tunaikanlah. Tak kira samada di sekolah, dewan ataupun balairaya.

Tetapi anda harus sedar, anda pernah berjanji dalam masjid. bermakna anda mengeluarkan kata-kata di rumah Allah. Janji anda bermakna JANJI KEPADA ALLAH SWT...Biarpun jumlahnya sedikit pada anda, tetapi anda perlu ingat, mereka yang mendengarnya tidak akan datang kepada anda untuk menuntut janji itu, tetapi ALLAH SWT sentiasa menuntut janji anda yang DILAFAZKAN di dalam rumah-Nya.

Selagi anda tak menunaikannya, selagi itulah anda akan dihambat BAYANG-BAYANG KERESAHAN sehingga mengakibatkan air muka anda BERUBAH. Tidak ada lagi SERINYA. Tidak ada SINAR seorang pemimpin. Yang tergambar hanyalah KEKERUHAN, kekusutan...Itulah BIASAN daripada apa yang ada dalam HATI anda.

P/S: Tak usahlah dikejar harta yang bertimbun, jika RM2,000 pun anda tak mampu lunaskannya. Semuanya hak Allah SWT.

Monday, February 2, 2009

Pegawai BPR berpindah tugas

Pegawai SPRM Raub, En. Malek berpindah tugas ke SPRM Temerloh berkuatkuasa 2 Februari 2009.
Tahniah diucapkan atas peningkatan kualiti kerja yang melayakkannya menerima kenaikan pangkat/tugas.

AWAS!! Pemuda bersuara

Shah Moin dan mana-mana jabatan serta agensi kerajaan terlibat, SILA AMBIL PERHATIAN!
Jangan pandang remeh hal ini.

Gambar tersebut adalah keratan akhbar daripada ruang interaktif Sinar Harian (2 Februari 2009).

Tingkatkan usaha lakukan perubahan. Jangan pula orang muda disalahkan apabila PRU13 bergoncang! Bukan tak kenang jasa UMNO, tapi meluat dengan sikap pemimpin yang lupa MATLAMAT SEBENAR UMNO!... Jangan jadi KETAM yang nak salahkan anaknya tak pandai berjalan lurus!

Saturday, January 31, 2009

Kepada : Shah Moin (Andai Kau Tahu)

Anak Srikandi juga bersetuju dengan cadangan kingpahat a.k.a zaimi yang 'mengajak' Shah Moin untuk menghayati perjalanan kehidupan yang dilaluinya.
Terimalah lirik lagu 'Andaiku Tahu' ini semoga memberi kesan yang mendalam kepadanya.

ANDAIKU TAHU (UNGU)

Andai ku tahu, kapan tiba ajalku
ku akan memohon, Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu, kapan tiba masaku
ku akan memohon, Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

aku takut, akan semua dosa-dosaku
aku takut, dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu, malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku, mengucap kata taubat padaMu..

ampuni aku, dari segala dosa-dosaku
ampuni aku, menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia, yang takut neraka
namun aku juga, tak pantas di syurga

andai ku tahu, kapan tiba ajalku
izinkan aku, mengucap kata taubat padaMu


~ SEKADAR RENUNGAN ~

Friday, January 30, 2009

SHAH MOIN : Taring yang hilang!

RAUB - Senario kekuasaan Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin (Shah Moin) kini sudah menampakkan tanda-tanda beliau menghidap 'penyakit gusi' apabila satu persatu 'taringnya' sudah mula luruh dan hilang!

Tidak lama lagi, masyarakat di daerah ini pasti akan melihat perubahan ketara pada 'wajah' Shah Moin yang RONGAK sekali gus menampakkan ke'tua'an yang menghambat usianya, juga usia pentadbirannya.(tolonglah sedar!)

Warta Raub menyampaikan beberapa senario yang mengukuhkan lagi kenyataan seperti yang diperikan di atas.

Kisah berlaku melibatkan pentadbiran pelajaran apabila Shah Moin dengan lagak angkuhnya menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 'menasihati' mereka agar mengekalkan TENDER KANTIN sebuah sekolah kebangsaan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam.

Tindakan Shah Moin ini menunjukkan bahawa dia masih lagi mahu mengekalkan tradisi SAMSENG KAMPUNG DUSUN yang sudah tidak relevan lagi pada hari ini.

Telinga-telinga yang mendapat perkhabaran tersebut terus menanti keputusan tender kantin itu, biarpun ia hanya perkhabaran picisan, tetapi memberi kesan yang besar terhadap kuasa pentadbiran Shah Moin.

Kini, apabila sesi persekolahan bermula, kantin itu dibuka seperti biasa dan ketahuilah anda bahawa pengusaha kantin sekolah tersebut adalah Orang Baru!

Warta Raub memanjat kesyukuran apabila mendapat tahu pengusaha baru menguruskan kantin tersebut kerana ini dapat membuktikan bahawa SATU TARING Shah Moin telah tercabut! (iaitu penguasaan terhadap JABATAN PELAJARAN).

Kisah kedua pula melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila Shah Moin turut 'menasihati' mereka agar menggugurkan semua ahli Jawatankuasa Pelindung yang dipercayai 100 peratus berada dalam KEM B.

Shah Moin menyatakan sekiranya orang-orang KEM B 'dibersihkan' daripada jawatankuasa itu, dan memasukkan orang-orang KEM A, dia dan rakan kongsinya akan memberi tumpuan dan kerjasama sepenuhnya terhadap setiap perkara yang berlaku dalam Pelindung.

Akhirnya, JKM membuat kesimpulan untuk menggugurkan semua ahli Jawatankuasa Pelindung yang terlibat dengan politik (Umno Raub) - Tidak kira Kem A ataupun Kem B!

Satu lagi taring Shah Moin TERCABUT (kali ini Jabatan Kebajikan) pula, dan ini menunjukkan perkembangan yang baik dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Akal Shah Moin masih ber'jerumbai' dan tidak akan mati biarpun dipatahkan sedikit demi sedikit. JKM mencadangkan Kompleks Pelindung dibina dalam kawasan bandar Raub, tetapi Shah Moin berkeras mahu membinanya di Dong! Apakah relevannya?

Perbincangan dengan Pegawai Daerah juga kelihatannya mendapat campur tangan Shah Moin apabila dia dengan kuasa 'angkat keningnya' cuba mempengaruhi Pegawai Daerah. Tetapi JKM akan terus berusaha agar bebas dari cengkaman politik terutama Shah Moin!

Menyentuh soal 'Samseng Kampung Dusun', pasti pembaca dapat membayangkan lagak ketua samseng yang sering kelihatan 'bersahaja' dan membiarkan anak-anak buah melaksanakan kehendaknya, itulah Shah Moin.

Mengimbas kembali suasana semasa pemilihan Umno Bahagian Raub Oktober lalu, negeri ini dikejutkan dengan kenyataan media Ketua Puteri Umno Raub (ketika itu) bersama laporan polis yang dibuat akibat kekasaran beberapa ahli jawatankuasa Umno terhadapnya.

Lemparan kata-kata kesat tanpa henti seperti 'torture' itu hanya diadili Shah Moin dengan pandangan membisu sahaja. Dia lebih rela keluar dari bilik mesyuarat dan membiarkan anak-anak buahnya memaki hamun Ketua Puteri tanpa sempat dia memberi penerangan.

Shah Moin hanya masuk semula setelah seketika membiarkan anak-anak buahnya meracau-racau tak ketahuan dan Ketua Puteri menangis teresak-esak.

Kata-kata yang keluar dari mulutnya : "Dah Siap?"..

Betapa baculnya seorang ketua tidak dapat mengendalikan mesyuarat yang dimonopoli anak buahnya yang seperti 'monyet kegilaan' pada ketika itu.

Sebenarnya, Shah Moin yang mahu bertindak demikian, tetapi demi menjaga kerusinya pada saat akhir sebelum pemilihan, dia mengarahkan beberapa anak buahnya untuk menyalak!

Sama juga jadinya dengan pendedahan demi pendedahan tentang keburukannya dalam beberapa laman blog (termasuk Warta Raub), Shah Moin sengaja membiarkan beberapa anak buahnya meracau-racau tak ketahuan berserta carutan yang memalukan.

Apakah tindakan itu melambangkan ciri-ciri pemimpin sejati yang dikehendaki masyarakat hari ini?

Perkhabaran terkini tersebar dengan cepatnya mengenai Shah Moin yang berusaha menguasai Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah untuk mempertahankan kepentingannya.

Jika jabatan dan agensi kerajaan ini dikuasainya, merataplah anak-anak Raub yang sudah maklum bakal berpijak di bumi Milik Orang!

Saturday, January 24, 2009

Ketua Pemuda UMNO Raub sokong PAS!

Agak pelik apabila membacakan TAJUK di atas kan? Tetapi lebih pelik apabila terbaca artikel kenyataan Ketua Pemuda UMNO Raub, Aris Fadzilah Abu Samah, yang menyokong konsep dan pendekatan PAS dalam usaha membajai jiwa golongan muda.

Artikel bertajuk “Ambil Berat Pandangan Bahagian” oleh Abdul Rahim Sabri pada 12 Januari jam 12.26 tengah hari itu disiarkan dalam laman Malaysiakini yang menyebut Aris Fadzilah SETUJU dengan kejayaan PAS menarik tumpuan golongan muda.

Warta Raub terpanggil untuk membaca keseluruhan artikel tersebut dan kemudian dapat membuat kesimpulan bahawa UNGKAPAN dan kenyataan yang keluar dari mulut Aris sebenarnya MEMERANGKAP dirinya sendiri dan UMNO amnya.

Kita lihat petikan di bawah :-

Ketua Pemudanya, Aris Fadzilah Abu Samah berkata, program Pemuda harus disasarkan ke arah mengambil hati anak muda - sejak mereka masih kecil hinggalah ke peringkat univerisiti.

"Tengok PAS yang mengambil berat terhadap anak-anak muda. Mereka memperkenalkan (tentang parti itu) dengan pelbagai cara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebagai contohnya, katanya, PAS memperkenalkan Tadika PASTI – pendidikan pra-sekolah – untuk menanam semangat terhadap anak-anak tentang perjuangan parti itu sejak mereka kecil lagi.


Tidak perlu ulasan lanjut, petikan kata-kata Aris itu sudah cukup melambangkan setiap apa yang dilakukan dan dirancang PAS sejak awal penubuhannya adalah BENAR.

Disokong pula dengan kemenangan yang diperolehi dalam PRK KT baru-baru ini, biarpun isu HUDUD diutarakan dan DAP mengugut mahu keluar dari PR, PAS tetap mendapat tempat di hati GOLONGAN MUDA.

Lihat petikan ini pula :-

“Adakah anak-anak muda sekarang memikirkan generasi perwaris selepas mereka?” soalnya. ~ Malaysiakini

Warta Raub ingin bertanya kembali kepada Aris Fadzilah, adakah lontaran soalannya itu ditujukan kepada golongan muda di daerah ini, atau rakan seperjuangannya dalam Pemuda UMNO atau kepada dirinya sendiri?Jawab sendiri dalam hati je lah!

Menyentuh pandangannya tentang politik wang dan pemilihan tokoh pimpinan, ternyata jawapannya itu seolah-olah dia baru DISERGAH dan berterabur susunan ayat dalam mindanya untuk diluahkan kepada Malaysiakini.

Lihat petikan ini :-

Menurutnya, pewakilan Pemuda akan berada di kelas bawahan jika mudah dipengaruhi dengan wang. ~Malaysiakini

Jadi, mana-mana golongan muda yang mengamalkan politik wang, terutama dalam pemilihan UMNO Bahagian Raub Oktober lalu, sedarlah bahawa KETUA anda sendiri mengatakan anda memang orang KELAS BAWAHAN.

Lihat ini juga :-

“Bagaimana kalau salah letak pemimpin (kerana wang)? Apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi?” tambahnya. ~Malaysiakini

Adakah Aris tidak sedar bahawa apa yang dipersoalkannya itu telahpun terjawab dalam senario PIMPINAN UMNO BAHAGIAN RAUB ketika ini?Tidak nampakkah Aris APA YANG DAH TERJADI ketika ini?Jawab sendirilah.

Warta Raub tidak mahu mengulas lanjut tentang kenyataan Aris berkaitan perancangan dan pengisian program Pemuda UMNO Raub untuk memantapkan lagi parti dengan KERAKUSAN menambahkan keahlian terutama di kalangan orang muda.

Sibuk sangat nak tubuh cawangan baru sampai menolak amalan dan budaya penduduk kampung sehingga menampakkan kepincangan mereka mentadbir kawasan. Malah, sanggup menutup mata pada aktiviti keagamaan yang seharusnya mereka SEDAR itulah tunjang kejayaan.

Bagaimana pula jadinya dengan nasib Kelas Agama di Kampung Jeram Besu yang mendapat pelbagai tohmahan sedangkan peserta kelas tersebut juga terdiri daripada golongan muda UMNO.
Apakah mereka rasa tergugat dek kesucian agama yang memenangi hati golongan muda yang mula celik dengan kebenaran hakiki?

Aris Fadzilah adalah salah satu contoh KETAM yang cuba mengajar anak-anaknya BERJALAN LURUS!

P/S: Sewaktu mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub, adakah anda (Aris Fadzilah) sedar bahawa gelombang pemikiran anak muda hari ini tidak lagi seperti rakan-rakan sekeliling anda yang mudah lembik lehernya ketika dilayangkan RM di hadapan mata?

Rakan-rakan muda belia yang berada di luar sana, sudah tiba masanya anda pulang untuk lakukan perubahan demi menyelamatkan HAK MILIK kita yang masih bersisa di bumi EMAS ini.

Friday, January 23, 2009

PERINGATAN

Mencarut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman sehingga 5 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

P/s: kalau 'kebey' dan 'handey' sgt kat dunia,tgk akhirat nanti mcmana...

Penutupan Shout box

Warta Raub mengumumkan penutupan shout box kerana telah dimanipulasi anak2 buah shahiruddin yang semakin rancak mencarut2 sehingga menggunakan nama Warta Raub sendiri.

Sungguh memalukan dan amat mengaibkan tetapi inilah orang2 simpanan shahiruddin.

Kejahilan mereka yang membuktikan mereka tidak layak menaungi UMNO.

UMNO Raub : Adab yang Biadab

(Bukan Versi Berita)

Anak Srikandi sengaja mendiamkan diri seketika untuk menghirup sisa-sisa udara segar di bumi Raub tercinta ini.

Di samping tuntutan tugas yang mendesak, Anak Srikandi berpeluang mengumpul beberapa isu dan perkara untuk dijadikan lakaran penghias minda pengunjung Warta Raub ini.

Namun, kesempatan (yang tak sempat sebenarnya) memberikan ruang pula kepada beberapa ahli UMNO Raub (positif penyokong Shahiruddin Ab Moin) untuk meracau-racau tak ketahuan dalam (shout box / comment box) Warta Raub.

Pada mulanya, Anak Srikandi berasa terganggu, sebagai tuan rumah semestinya kita menetapkan beberapa peraturan yang mungkin tidak diketahui 'tetamu'. Antara lain dan yang pasti tidak diingini semua manusia adalah CARUTAN yang melambangkan akal si tetamu ini yang cuma mungkin separas tapak kaki!

Tetapi, apabila difikirkan biarlah mereka meracau-racau tak tentu hala, dan inilah BUKTI sebenar yang mengukuhkan lagi artikel Warta Raub sebelum ini.

Di bawah ini Anak Srikandi selitkan beberapa perkataan yang sebenar daripada IP yang sama tetapi menggunakan nama yang berbeza.

Terlebih dahulu, Anak Srikandi mohon maaf kepada rakan-rakan daripada PAS, PKR, DAP, PPP, GERAKAN, UMNO (baik) terutama rakan-rakan daripada GENERASI TUN M (80's gen), atas penggunaan bahasa mereka yang memang biadab (tapi terpaksa siar) sebagai pengajaran.

Silakan,
  • Zoey : jadi skrg ni Warta juboRaub ha ha ha 2009-01-22 6:52 PM
  • Zoey : kwas nak angkat martabat mulut burit ke jubor 2009-01-22 6:52 PM
  • Zoey : Kala berani mari jumpa mlm ni di Resthouse 2009-01-22 6:51 PM
  • Zoey : main suntot jubor orang he he he 2009-01-22 6:50 PM
  • Zoey : Mana ada geron, tak main la...mecm dema main belakang 2009-01-22 6:50 PM
  • Marcon : kawan jumpa di raub org ni kwn belasoh 2009-01-22 6:49 PM
  • Zoey : Akal Blogger Rauburit! 2009-01-22 6:44 PM
  • Zoey : Selamat Maju Jaya Warta Rauburit he he 2009-01-22 6:42 PM
  • Zoey : Memang kurang terkumpul karya karya lucah dari Daerah kita,. sesuailah blog ni menjadi peneraju cerita lucah rakyat. Citer Cikgu Broahn raba bini org! 2009-01-22 6:38 PM
  • Yob : macam 3gp. ata buatla cerita2 lucoh sikit. Memang sesuai la dgn nama Blog WARTA RAUBURIT. 2009-01-22 6:36 PM
  • Yob : Kita bior cadang Warta Rauburit ni ada posting Video Sex baru menamboh minat pembaca 2009-01-22 6:34 PM
  • Yob : Kita bior cadang Warta Rauburit ni ada posting Video Sex baru menamboh minat pembaca 2009-01-22 6:34 PM
  • Yob : kawan berdoa mintak2 la Blogger Warta Raub neh tumbuh pelir di dahi eh..he he he 2009-01-22 6:31 PM
  • Marcon : Warta Rauburit baru betul ha ha ha ha 2009-01-22 6:29 PM
  • Chingkuih : Patut Warta Raub ni jadi Warta Burit kah kahkah 2009-01-22 6:26 PM
  • Yop : Mulut Warta Raub yg paling sesuai isap konek Dato Mus 2009-01-22 6:24 PM
  • Zoey : Warta Raub mulut Macam Burit Mak dia! 2009-01-22 6:22 PM
  • Zoey : Mulut macam Burit 2009-01-22 6:22 PM

Rakan-rakan sekalian,

Ini adalah sebahagian kecil sahaja carutan yang disiarkan. Ada banyak lagi sebenarnya namun cukuplah, inipun sudah melambangkan siapa sebenarnya yang memonopoli Raub ini.

Ibarat virus yang menyerang perisian, mereka ini cuba dan berusaha menjadikan Warta Raub DITUTUP. Tetapi tak semudah itu, ini adalah medium yang TIDAK BOLEH DIKAWAL Shahiruddin. Mungkin salah satu daripada beberapa medium yang takkan dapat diganggu gugat.

Hulurlah RM5 juta sekalipun, namun berundur TIDAK sama sekali.

Anak Srikandi cuba bertanyakan perkara ini kepada beberapa rakan sekitar, masih ramai bersama Anak Srikandi.

Anak Srikandi juga cuba menghubungi Wartawan Sinar Harian Unit Raub, yang dikenal pasti TURUT DIBENCI suku sakat Shahiruddin, tetapi kesibukannya membataskan ruang perbincangan berkenaan perkara ini.

Cuma apa yang disampaikannya kepada Anak Srikandi, perkara tersebut adalah lumrah dan sebatian adab MEREKA sekiranya ketua mereka iaitu Shahiruddin (macam Ayah Pin) dicabar dan perihalnya dibongkar. Memang BIADAB, kan?

Semasa pemilihan UMNO Bahagian Raub Oktober lalu, Sinar Harian Unit Raub juga mendapat kecaman yang sama dengan beratus-ratus SMS kesat, biadab dan lucah dikirimkan. (Ops...Skuad Raub tak mahu panjangkan hal ini).

Kesimpulannya, Anak Srikandi cuma nak semua pengunjung nilai sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Raub ini.

Kalau selama ini mengatakan artikel dalam Warta Raub sebagai SAMPAH dan TAK BERISI, namun hari ini dapat dilihat dengan jelas, malah dapat difikir waima kanak-kanak tadika sekalipun, bahawa mereka (puak UMNO Raub) MEMANG MACAM NI.

Bukan setakat di ruangan shout box, tetapi di dunia sebenar cara pemikiran dan PENAKLUKAN mereka juga seperti ini.

Andai kata mereka jualah yang terpilih sebagai pemimpin pada masa akan datang, siapa yang salah dan siapa pula MANGSANYA? Kasihanlah kami masyarakat Raub ini...pulanglah wahai cendekiawan berbakti kepada tanah air tercinta ini...Hanya anda dapat merawat BARAH yang mematikan nadi Raub ini....(emosi pulak)..hehehe...

Sekian untuk renungan.

Sunday, January 18, 2009

Ahli UMNO Raub diberi amaran 'sinis'

DONG - Seorang Ahli Umno Raub diberi amaran 'sinis' oleh Ketua Umno Bahagian, Datuk Shahiruddin Ab Moin, tanpa sebarang sebab musabab yang munasabah.

Ahli berkenaan, hanya melintasi hadapan Shahiruddin untuk keluar dari sebuah warung di Pekan Dong tetapi terus dilemparkan kata-kata sinis yang boleh membuatkan sebahagian daripada 'pembenci' Shahiruddin mempunyai alasan kukuh untuk terus membencinya.

Shahiruddin : Tak perlulah awak semua nak buat macam-macam ikhtiar untuk menjatuhkan aku, TAK AKAN JALAN PUNYA LA....

Ahli berkenaan : Siapa pulak la yang nak jatuhkan awak? siapa saya nak bertindak begitu? Kalau betul-betul ada la, maknanya awak memang ada musuh.

Dua perenggan di atas adalah potongan dialog antara Shahiruddin dengan ahli Umno berkenaan.

Hakikatnya di sini, terdapat satu proposal berserta lampiran bukti yang lengkap diusahakan beberapa ahli Umno yang memperjuangkan kebenaran, mereka ini menghantar proposal tersebut ke Bahagian Disiplin Umno Pusat.

Setiap perincian tersebut (yang diteliti Warta Raub), diakui kebenarannya dan boleh dianggap sebagai 'suara hati' masyarakat di daerah ini.

Pelbagai kesalahan, penyelewengan dan kerakusan yang dilakukan KEM A turut disenaraikan dalam proposal berkenaan.

Tetapi, sehingga hari ini langsung tiada sebarang tindakan ataupun keputusan daripada pihak berkaitan sama ada Badan Disiplin Umno ataupun Badan Pencegahan Rasuah.. Dua-dua dianggap 'suka' melambatkan proses kerana MUNGKIN kepalanya adalah Shahiruddin! dan kakitangannya adalah Raja Ali, Tengku Rahman, Aziz Kiram, Azinuddin dan Aziz Abas.

Sekiranya benar Shahiruddin KEBAL dengan segala hukuman, Warta Raub dan seluruh masyarakat di daerah ini (terutama yang pernah dianiaya) hanya mengharapkan hukuman Allah sebagai imbalan.

Terlalu banyak yang dilakukan, tetapi tidak satupun tindakan yang diterimanya. Apakah muslihat di sebaliknya?

Apa yang pasti, RAUB akan menyaksikan 'pemberontakan' besar-besaran golongan muda di sini yang memperjuangkan nasib masa depan mereka di tanah tumpah darah ini.

Pastinya kematian Shahiruddin nanti bakal menyaksikan tompokan LUDAH pekat di atas pusaranya, bukan lagi hiasan dan taburan bunga.

Jika tidak berjuang untuk anak bangsa, kaulah YAHUDI berhidung penyek di daerah tercinta ini!! (emosi pula).

tapi itulah hakikatnya....pimpinan Shahiruddin tidak lagi relevan.

Sudah berapa penggal mentadbir Umno Raub, cermin pecah di Bangunan Umno pun TAK PERNAH BERGANTI! Bangunan KUSAM itu pun tak pernah dicat baru.

Itulah RUMAH si pentadbir Melayu yang mempunyai ramai pengikut DUNGU!


wah wah wah.... Warta Raub malas nak ber'berita' dah!...

UMNO Raub bencikan perpaduan

BANDAR RAUB - Jika dilihatkan kepada tingkah laku dan sikap yang ditunjukkan pimpinan 'pilihan' UMNO Raub kini, dapat diterangkan secara keseluruhannya bahawa mereka (individu) ini amat bencikan perpaduan.

Rata-rata penduduk Raub yang ditemui meluahkan pendapat dan pandangan yang sama apabila mereka sering memainkan sentimen 'perkauman' dan bertindak 'pangkah-memangkah' ataupun 'cantas-mencantas' biarpun berada dalam rumpun yang sama.

Memang 'pelik' bila dikatakan terdapat PERKAUMAN dalam pentadbiran mahupun keahlian UMNO di sini, tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan generasi muda hari ini.

sifat perkauman ini (biarpun dilihat dari mata kasar, mereka ini sama sahaja berhidung penyek dan kembang), terlalu ketara kelihatan melibatkan pimpinan 'mata duitan' dengan pimpinan 'berpendidikan'.

Ada kalanya, sikap pimpinan 'mata duitan' ini lebih agresif dan berjaya menakluki pemikiran sesetengah penyokong pimpinan 'berpendidikan'. (inilah kuasa RM), dan sikap pimpinan 'berpendidikan' juga ada kalanya mampu mempengaruhi sesetengah penyokong 'mata duitan' dengan menggunakan kaedah RM jugalah (terpaksa).

Warta Raub lebih senang memperkenalkan pimpinan 'mata duitan' ini sebagai 'KEM A' yang juga pentadbir UMNO RAub hari ini, dan juga 'KEM B' adalah pengenalan kepada pimpinan 'berpendidikan' yang sebenarnya memenangi hati sebahagian besar penduduk di sini.

Secara kritisnya, Warta Raub lebih suka memperkatakan sikap dan perlakuan pimpinan KEM A kerana merekalah yang bertanggungjawab mencorak kepercayaan generasi muda hari ini.

Kini, sifat semula jadi mereka yang tidak profesional dan telah berakar umbi itu terus berkembang dan menjalar ke segenap pelosok pentadbiran di daerah ini.

Sama seperti contoh kejadian yang disampaikan dalam artikel terdahulu (kes di Kuala Atok), bagaimana mereka mahu membentuk sebuah komuniti yang cemerlang dan berdaya saing sekiranya mereka sendiri seolah-olah ter'bodoh' menunjukkan kelemahan mereka dalam pentadbiran.

Sama juga seperti isu pelantikan dan pemecatan ketua kampung yang pernah diutarakan sebelum ini. Tindakan mereka sama seperti menunjukkan mereka tidak mahu dicabar, ego dan tidak mahu menerima kelemahan yang disingkap penduduk tempatan.

Ada juga kisah yang hampir sama melibatkan pemilihan ketua blok di Felda Gugusan Tersang yang cuba dicemari dengan pemilihan songsang dan pilih kasih oleh Pegawai Seranta Felda, Abdul Aziz Abas (dikenal pasti - penopang kuat Ketua Umno Bahagian).

Sesiapa sahaja calon yang dirasakan menentang kepimpinan Datuk Shahiruddin Ab Moin, akan disenarai hitamkan! (termasuk Wartawan Sinar Harian - Unit Raub) - Apa ke ada hal.....

Tindakan mereka yang memangkah dan mencantas sesetengah pemimpin masyarakat ini dianggap sama seperti TERLALU BENCIKAN PERPADUAN!

Warta Raub sebenarnya terlalu sayangkan UMNO, bukan kerana Anak Srikandi ini ahli UMNO, tetapi kerana UMNO adalah satu-satunya bukti kekuatan Melayu yang perlu dipertahankan.

Tetapi Warta Raub amat menentang pentadbiran pemimpin-pemimpin UMNO Raub hari ini kerana setiap tindakan mereka menampakkan akal fikiran mereka yang hanya separas BUKU LALI (amat menyedihkan).

Tidak hanya bersikap bencikan perpaduan, mereka juga terdiri dari kalangan individu yang 'bodoh sombong' dan 'tidak berpendidikan'.

Anak Srikandi berasa LELAH apabila memikirkan cara terbaik menjadikan Warta Raub sebagai medium pembuka minda buat golongan muda daerah tercinta ini, kerana sebahagian besar pemimpin UMNO Raub dikatakan langsung tidak tahu perkembangan dunia IT, apa lagi membaca buah fikiran bernas masyarakat setempat tentang pentadbiran bodoh mereka.

Sebenarnya, kekosongan akal intelek dalam ruang OTAK mereka menjadikan tindakan pemimpin UMNO Raub sebagai terlalu emosional, tamak, dan menganggap hidup hanya untuk hari esok lalu mereka bertindak seperti babi yang buta dan menganggap orang yang berpendidikan ini sebagai batu penghalang kepada mereka yang ingin merompak harta kekayaan daerah emas ini.

Pangkah! Pangkah! Pangkah! Cantas! Cantas! Cantas! (hanya ini sahaja seruan mereka hari-hari) sekali gus membina benteng yang tinggi memisahkan perpaduan sesama MELAYU!

Friday, January 9, 2009

Puak UMNO Raub rela digelar samseng!

KUALA ATOK - Puak Umno Bahagian Raub kini mengorak langkah penuh berkeyakinan sejak menang majoriti dalam pemilihan peringkat bahagian pertengahan Oktober tahun lalu.

Mereka ini (lebih mudah dikenali KEM A) dikatakan penuh yakin membelakangkan budaya dan amalan masyarakat setempat (termasuk soal agama) seolah-olah mereka lebih berkuasa.

Pada 28 Disember lalu, Warta Raub mengikuti Skuad Raub memenuhi jemputan majlis Sambutan Maal Hijrah daripada kariah Kuala Atok dan diadakan di masjid kampung berkenaan selepas solat Asar.

Setibanya Warta Raub di majlis berkenaan, satu suasana pelik kelihatan bila nampak kemeriahan di Balai Raya Kuala Atok dengan pemuda-pemuda menikmati jamuan dan juga kemeriahan hiasan bendera Umno mengelilingi pagar balai raya berkenaan.

Persoalan terjawab apabila Ketua Wanita Umno Cawangan Kuala Atok, Sabariah Siadi memberitahu bahawa hari itu juga diadakan majlis Penubuhan Pemuda Umno Cawangan Kuala Atok.

Warta Raub menyifatkan keadaan tersebut sebagai KETERLALUAN kerana tidak menhormati aktiviti penganjuran penduduk tempatan (mereka seharusnya mengadakan rundingan untuk menetapkan aktiviti kerana penduduk kampung perlu bersatu menjayakan majlis).


Apa terjadi kepada majlis sambutan Maal Hijrah? Lazimnya majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah, disertakan bacaan surah Yasin dan doa penutup tahun serta pembuka tahun baru.


Ketika bacaan surah Yasin dialunkan, beberapa biji kereta milik puak Umno (pemuda) ini hanya melintasi kawasan masjid dari pintu pagar depan, melewati pintu pagar belakang (kedudukan masjid dalam lingkungan penghubung jalan), mereka ini seolah-olah hanya membuat 'U-Turn' dan membelok ke jalan menghala ke Jenud/Ulu Atok (tetapi tidak singgah ke masjid).


Warta Raub juga berasa amat jengkel dengan mereka yang tidak menghormati laungan azan, bacaan surah Yasin dan juga majlis sambutan Maal Hijrah anjuran jawatankuasa masjid berkenaan.


Perasaan marah hanya dapat diredakan 'sedikit' dengan kehadiran Ketua Pemuda Umno, Arif Fadhilah bersama dua, tiga rakan 'peneman' yang bleh dianggap 'cuba menghormati' penduduk di situ. Tetapi selesai sahaja bacaan surah Yasin, mereka pun turut 'cabut'.


Peristiwa lain terjadi di kampung ini juga, apabila salah seorang penduduk Kampung Sejuk mengadakan Majlis Pertunangan anaknya tanpa perbincangan dengan penduduk kampung.


lazimnya, masyarakat di sini mengutamakan perbincangan bagi mengelakkan berlaku pertembungan majlis kerana penduduk di sini kurang dan tenaga kerja diperlukan bagi menjayakan sesuatu majlis (secara bermuafakat).


Apabila tanpa berbincang dengan wakil penduduk yang lebih senior, dengan bangganya seorang penduduk ini menyatakan rasa 'tidak kisahnya' jika tiada penduduk kampung lain memeriahkan majlis pertunangan anaknya itu, kerana dia telah menjemput semua wakil Umno Bahagian (Kem A).


Hasilnya, kerumitan juga timbul apabila dia ingin mendapatkan khidmat Imam Satu Kampung Kuala Atok bagi urusan perundingan dalam majlis pertunangan itu. Imam yang sama juga perlu hadir ke majlis yang telah mendapat jemputan dua bulan lebih awal daripada penduduk kampung.


Warta Raub juga terfikirkan, mengapa dia tidak mendapatkan khidmat Ketua Umno Bahagian menjadi juru runding pertunangan anaknya?


Jika mereka membelakangkan permuafakatan penduduk di sini, mengapa pula tanpa segan silu datang meminta bantuan perkhidmatan penduduk lebih senior? Apakah mereka tidak nampak 'kebodohan' dan kejahilan mereka langsung tidak dapat 'membentuk' sebuah organisasi atau 'perkampungan', bagaimana mereka mampu mentadbir Umno Bahagian sekali gus mentadbir daerah ini dan membela masyarakat Melayu di sini?BAGAIMANA?


Warta Raub (anak srikandi) menahan rasa ingin menangis (marah) kerana perbuatan JAHIL itu dianggap seperti KEMENANGAN dan KEKUASAAN mereka berbuat sesuka hati terhadap penduduk di sini.


Apatah lagi kita (sebilangan penduduk) di sini berpendidikan tinggi tetapi hanya mampu melihat KEKUASAAN dan KERAKUSAN mereka (puak Umno) yang TIDAK BERPENDIDIKAN TINGGI dan seperti SAMSENG mentadbir kawasan.


Selepas ini, apa lagi bukti kebodohan yang mereka akan lakukan dan diperhatikan masyarakat Raub?



Thursday, January 8, 2009

Dari meja pengarang (hehehehe)

Hai all...

Salam Tahun Baru 2009.

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan sejuta kemaafan kepada pengunjung setia kerana lama tak update info dalam Warta Raub ini. Seperti biasa, kita selalu mengalah dengan keadaan dan masa yang menuntut 'sedikit' pengorbanan.

Sebaiknya, saya cuba sehabis daya untuk membuang jauh sifat HANGAT-HANGAT TAHI AYAM yang sinonim dengan sebahagian dari kita.

InsyaAllah,
saya akan cuba BUAT SEHABIS BAIK memberikan komitmen dalam menyalurkan sebarang maklumat (bukan berbentuk HENTAMAN) tetapi mengajak penduduk Raub khasnya untuk LEBIH BERFIKIR dan menentukan sendiri kebaikan ataupun keburukan daripada apa yg disiarkan.

Salam perjuangan dari saya,
aNaK sRiKaNdI

Wednesday, December 24, 2008

KRMD : Di sebalik peruntukan RM18 juta


DONG - Kompleks Rakan Muda Dong (KRMD) mendapat peruntukan sebanyak RM18 juta pada tahun depan untuk kerja-kerja membaiki kerosakan akibat musnah dipukul ribut awal Ogos lalu.

Warta Raub difahamkan, jumlah tersebut hanyalah 'kenyataan lisan' daripada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Raub, namun masih tiada pengesahan hitam putih daripada kementerian.

Peruntukan yang disediakan itu dianggap sebagai 'berita baik' dan 'bonus' buat seluruh Warga Raub kerana jangkaan kerugian akibat kemusnahan tersebut hanya RM1 juta, tetapi menerima 'sokongan' sebanyak RM18 juta.

Namun, perkara yang paling mustahak perlu diberi perhatian adalah 'ketelusan' daripada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan KRMD kerana kini ia menjadi isu yang hangat sehingga memberi laluan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan.

Kompleks yang pada asalnya mendapat peruntukan pembinaan sebanyak RM24 juta terpaksa ditambah lebih RM3 juta lagi disebabkan beberapa faktor yang 'agak mencurigakan'.

Pada awal ogos lalu (iaitu kira-kira empat bulan selepas Tengku Mahkota Pahang merasmikan KRMD), kompleks tersebut ditimpa bencana ribut yang memusnahkan sebahagian besar bangunan sehingga melumpuhkan operasi Jabatan Belia dan Sukan.

Melihatkan kompleks yang belum mencapai usia setahun itu musnah termasuk tiang konkritnya patah, masyarakat di daerah ini meminta penjelasan pihak yang berkaitan.

Hanya wakil DAP Raub membuat laporan polis dan laporan BPR untuk menyiasat sekiranya berlaku 'penyelewengan' dalam projek pembinaan KRMD.

Pada ketika ini, masyarakat di daerah Raub 'terbuka mata' dan mempertikaikan tanggungjawab Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin, yang hanya mendiamkan diri.

Warta Raub difahamkan, semasa proses tender KRMD dikeluarkan sehinggalah tersergam indah di atas bukit kini, setiap urusannya 'dicampuri' dan keputusannya lebih 'didominasi' Shahiruddin yang bergelar EXCO Negeri pada ketika itu.

Namun, apabila bencana menimpa kompleks tersebut, di manakah pemimpin itu untuk memberi penjelasan kepada masyarakat di sini.

Lebih membimbangkan penduduk, pembinaan KRMD di atas tanah yang masih berstatuskan 'Warta Hutan Simpan' dan tidak mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) sehingga hari ini.

- Apakah jenis dan bentuk 'emas' yang dicari pada kawasan tersebut sehingga menyebabkan KRMD dibina di situ?

- Apakah nasib penduduk terutama golongan remaja yang menggunakan KRMD sekiranya berlaku bencana pada masa akan datang?

- Mengapa ia dibina di Dong sedangkan seharusnya ia dibina di kawasan bandar yang menjadi tumpuan seluruh masyarakat Raub?

Warta Raub juga berpendapat bahawa peruntukan RM18 juta itu tidak berbaloi digunakan untuk membaiki kerosakan KRMD kerana masih tidak memberi jaminan keselamatan NYAWA kepada penggunanya.
Terdapat kesan tanah runtuh dan retakan pada bangunan KRMD (25 Nov 2008)
...................................................................................................
Warta Raub sering merenungi nasib jabatan kerajaan yang terlibat dengan kes sebegini kerana mereka berhadapan dengan 'dilema' hebat apabila tanggungajawab kepada masyarakat sering 'dipolitikkan'. Nampaknya ahli politik lebih berperngaruh berbanding kuasa Kakitangan Kerajaan KUMPULAN A.

Tuesday, December 23, 2008

Gangguan Teknikal

Kepada Semua Pengunjung,

Warta Raub menghadapi masalah teknikal berkenaan pengunaan Internet. Oleh itu, beberapa artikel yang 'menarik' tidak dapat disiarkan ketika ini.
InsyaAllah, masalah akan diselesaikan secepat mungkin.

Antara artikel yang bakal disiarkan :

- Peranan BPR Raub dalam menangani beberapa kes melibatkan YB di sini.
- Senarai Aset Alih dan Aset Tak Alih milik Yayasan Raub (YR) yang 'dilesapkan'.
- 'Janji' YB memusnahkan harapan penduduk Dong.
- RM18 juta peruntukan 'membaiki' Kompleks Rakan Muda Dong (KRMD)

Harap terus mengunjungi blog ini dengan sabar.

Terima Kasih.

Jawapan untuk penduduk Sega Lama

Anonymous Anonymous said...

sega lama:saya rasa xde apa2 pun kg sega lama ni x mcm dulu semasa pemimping lama memimpin mcm2 event di anjurkan... tgk lh skng kg dh terurus,,, masyrakat h x bersatu padu ... lg satu melihat kpd kg 2 mmg dah teruk skang nh

December 22, 2008 7:56 PM

Delete
Anonymous Warta Raub said...

Kepada Anonymous SEGA LAMA,
Rasanya apa yang terjadi pada kampung anda bukan disebabkan faktor pemimpinnya. Warta Raub bukan bersifat memihak kepada Tok Empat Raof, tetapi kenyataan yang benar, ada 'sesuatu' yg meruntuhkan perpaduan di sana.
Bagaimana kampung anda mendapat turapan tar sepanjang jalan (satu kampung) kalau bukan kerana usahanya? bagi saya usaha untuk mendapatkan peruntukan tersebut bukan mudah.anda sudah menikmati kemudahan jalan yang 'cantik' sejak beberapa bulan lalu.Benar, kan?
banyak juga aktiviti dilaksanakan dan mendapat liputan dalam Sinar Harian, adakah anda tidak menyertai setiap aktiviti tersebut?atau anda salah seorang yang terlibat 'memboikot' aktiviti kampung Sega Lama?
masalah masyarakat tak bersatu padu, semua kampung hadapi perkara tersebut. apa yg pasti, mentaliti golongan BELIA perlu dimantapkan...
Fikir-fikirkan.

December 23, 2008 1:38 PM

Respon dari pengunjung Sidang Online

Putera_Semantan: Anak Srikandi saya perhatikan tulisan (saudara?/saudari?) amat menarik dan menepati ciri berita pendedahan. Tahniah...teruslah menulis! Dan jgn lupa, promosikan juga laman SidangOnline di blog anada! (http://sidangonline.net)

Saturday, December 20, 2008

Anuar 'milik' siapa?

BANDAR RAUB - Ahli Majlis Daerah Raub, Anuar Mat Din (52) yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian menghadapi pertuduhan salah guna kedudukannya dalam agensi itu empat tahun lalu.

Pada 23 Jun lalu, Anuar (gambar) diiringi dua pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Raub bagi mendengar pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin dalam kamar Mahkamah Sesyen, di sini.

Anuar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegah Rasuah 1997 (Akta 575) kerana menggunakan Perniagaan Warnasari untuk memasukkan sebut harga bernilai hampir RM180,000 bagi kepentingan diri sendiri.

Dia diarah melaporkan diri di pejabat BPR Raub sebelum atau pada 4 haribulan setiap bulan dan dilarang keluar dari negeri ini tanpa kebenaran mahkamah.

Sikap Anuar yang bersahaja dan naif itu mendatangkan simpati masyarakat Raub dan ada di kalangan ahli UMNO yang tidak dapat menafsirkan bahawa Anuar ini berpihak kepada pimpinan A atau B (dalam UMNO).

Malah, menjelang pemilihan UMNO Bahagian, Oktober lalu Anuar dikatakan berbincang dengan tokoh pimpinan B untuk dilepaskan dari perbicaraan kes tersebut, tetapi perkara tersebut disangkal pimpinan B dan menyatakan ia hanyalah 'penyeri' yang mewarnai kempen pemilihan ketika itu.

Perbicaraan terhadap kes tersebut tetap diteruskan bermula 22 Oktober lalu dan masih belum mencapai kata putus.

Warta Raub difahamkan, walaupun Anuar dibelenggu masalah tersebut, dia tetap mendapat kepercayaan ahli UMNO Cawangan Cheroh untuk melantiknya sebagai KETUA bagi musim baru ini.

Pasti masyarakat ingin mengetahui keadaan Anuar dan apakah yang dilakukan dalam kehidupannya hari ini kerana masalah yang dihadapinya itu boleh dikatakan menjejaskan reputasi dan namanya di daerah ini.

Pada 6 Disember lalu, Warta Raub mendapat tahu Anuar sering mengikuti Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shahiruddin Ab Moin, menghadiri majlis-majlis jemputan dalam kawasan Parlimen Raub.

Terbukti, Anuar bukannya 'milik' pimpinan B tetapi sebaliknya menjadi 'kroni belangkas' pimpinan A dan menikmati kehidupan mewah, meriah serta bahagia bersama ketua pimpinan itu.

Sahabat Warta Raub sempat mengirimkan gambar majlis keraian di perkampungan Orang Asli Sungai Pasu yang dihadiri Shahiruddin dan 'kroni'nya termasuk gambar Anuar yang sedang 'asyik' bersewang dengan jelitawan Orang Asli di sana.
.
................................................................................................................................
Warta Raub tidak ingin mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana sudah jelas dan pasti 'kehidupan' penyokong pimpinan A ini 'amat selesa' dan tidak gentar pada hukuman yang tersedia menanti. Mungkin mereka 'dilindungi'.




Syarat baru jawatan ketua kampung

BANDAR RAUB - Biarpun perkara ini diutarakan dalam artikel keluaran lepas, Warta Raub mendapat makluman terbaharu berkenaan pemilihan ketua kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam daerah ini.

Seorang kenalan datang menemui Warta Raub dan menceritakan satu situasi di mana terdapat seorang tokoh pemimpin dalam satu kawasan 'dihubungi' pegawai khas yang menawarkan jawatan Pengerusi JKKK kepada tokoh tersebut.

Tawaran menerusi panggilan telefon itu menetapkan syarat bahawa kemestian bagi mereka adalah menyokong penuh pimpinan Datuk Shahiruddin Ab Moin (gambar) tanpa sebarang keraguan.

Melihatkan keadaan yang seperti dirancang itu, pemimpin berkenaan mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut atas alasannya yang tersendiri.

Kenalan Warta Raub menyatakan bahawa kawasan kediaman pemimpin terbabit dikenal pasti menolak secara total cara pentadbiran dan pimpinan Shahiruddin yang terkenal dengan kronisme serta 'lanun darat' yang merompak tanah dan hak milik rakyat di sini terutama Melayu.
...............................................................................................................................
Warta Raub difahamkan pemimpin yang dihubungi itu dapat mengenal pasti empunya suara yang menelefonnya sekali gus menawarkan jawatan (elaun buta RM600) itu sebagai Pegawai Khas kepada Shahiruddin. Tidak habis dengan sogokan semasa pemilihan UMNO Bahagian, Shahiruddin kini 'melebarkan kuasa' dalam menentukan ketua kampung (puppet) pilihannya.

Tuesday, December 16, 2008

Nasib ketua kampung menjelang 2009

GESING - Nasib semua ketua kampung di daerah ini bakal terjawab menjelang Januari 2009 dengan perkhabaran bahawa bakal ada perubahan yang ketara sama ada boleh diterima masyarakat atau sebaliknya.

Semua perkampungan Melayu dan perkampungan baru menanti debaran sama ada bakal menerima pemimpin baru atau masih berkeadaan sama dengan kepimpinan terdahulu.

Warta Raub mendapati sudah hangat diperkatakan malah sudah ada 'senarai' beberapa nama pemimpin yang dikenal pasti atau hampir 100 peratus pasti akan diturunkan dari tampuk pimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sumber terhampir menyampaikannya kepada Warta Raub, bahawa senarai tersebut hanyalah 'telahan' dan 'agakan' atau mungkin juga dikategorikan sebagai 'analisis tidak rasmi' beberapa Veteran UMNO Bahagian Raub.

Antara pengerusi JKKK yang mungkin tersenarai adalah dari kampung Gali Hilir, Ulu Renggol, Ulu Gali, Sega Lama, Tersan, Pamah Rawas, Kuala Gali, Chenua, Taman Muhibbah, Pintu Padang dan Kampung Tersang.

Alasan yang diberikan 'sekiranya berlaku' pemecatan jawatan ini, adalah berdasarkan faktor usia dan keuzuran.

Sekiranya diamati, Warta Raub merasakan ada sedikit keraguan dengan alasan yang diberikan itu memandangkan sebahagiannya masih sihat dan boleh berfikiran waras ketika mentadbir kawasan masing-masing.

Bahkan, terdapat juga beberapa pengerusi JKKK yang lantang bersuara menegakkan hak penduduk setempat seperti Pengerusi JKKK Gali Hilir dan Pintu Padang.

Pengerusi JKKK Ulu Renggol, Sega Lama dan Tersan juga antara yang kerap berusaha membina pembangunan kawasan mereka termasuk hadir ke Pejabat Daerah, mengimarahkan mana-mana majlis rasmi, malah menjadi tulang belakang 'meramaikan' majlis-majlis anjuran pemimpin daerah seperti Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat.

Warta Raub 'menyingkap hijab' yang dikatakan 'alasan terbaik' dalam kes pemecatan tersebut dan mendapati bahawa barisan pengerusi JKKK ini adalah antara yang nyata tidak menyokong barisan kepimpinan UMNO Bahagian hari ini yang diketuai Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Lebih pasti, kebanyakan mereka (pengerusi JKKK) langsung tidak berasa hairan ataupun terkilan sekiranya 'dipaksa' turun daripada jawatan yang disandang hari ini.

Persoalan tentang pemecatan ini diajukan kepada Pengerusi JKKK Gali Hilir, Mohd Nor Mat Ali, dan beliau langsung tidak terkilan memandangkan khidmat yang dicurahkan selama ini adalah ikhlas buat penduduk kampung.

"Saya berani kerana benar, apa yang tidak baik memang saya pertikaikan dan sekiranya ini menjadi nanah kepada pihak tertentu, saya tidak kisah 'dikecualikan' daripada tampuk pimpinan ini kerana saya masih boleh menyara hidup sebagai pesara guru," katanya kepada Warta Raub.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Pintu Padang, Shahdan Dagok berkata, pemecatan tersebut langsung tidak merisaukannya kerana beliau menjalankan amanah mentadbir kampung tersebut dengan penuh jujur dan ikhlas.

"Saya juga pesara kerajaan dan saya tidak mengharapkan elaun pengerusi JKKK sebanyak RM600 itu malah saya mampu menyara keluarga seperti biasa walaupun tanpa elaun tersebut," kata Shahdan.

Warta Raub juga kemukakan soalan yang sama kepada Pengerusi JKKK Sengkela, Mustapha Kamal Mohamed, yang tidak disenaraikan dalam barisan pemimpin masyarakat 'bakal dipecat'.

Jawapan beliau ternyata membuktikan bahawa pemecatan jawatan Pengerusi JKKK bukanlah langkah bijak pihak tertentu yang ingin menyekat sokongan mereka terhadap tokoh pimpinan UMNO seperti Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid, Datuk Abdullah Abu Bakar dan juga Datuk Johar Rusi.

Malah, hampir keseluruhan penyokong setia 'pimpinan B' memiliki pekerjaan dan pendapatan sendiri berbanding penyokong 'pimpinan A' yang banyak mengharapkan 'ehsan' dan 'projek-projek' kecil dalam daerah untuk menyara diri dan keluarga.

Terkini, Warta Raub mendapat makluman bahawa temuduga jawatan pengerusi JKKK dan JKKKB diadakan bagi memilih individu yang 'berkaliber' untuk diberikan elaun percuma.

....................................................................................................................
Banyak perkara yang Warta Raub fikirkan apabila melihat kepada satu sudut ini, apakah sumbangan sebenar pengerusi JKKK dalam membentuk pembangunan kepada masyarakat? Bagaimana pula dengan elaun yang 'agak lumayan' diberikan setiap bulan, tetapi sebahagian mereka langsung 'tidak membuat sebarang kerja'. Apakah mereka tidak memikirkan status elaun yang dianggap 'haram' sekiranya terdapat penduduk kampung yang tidak redha dengan 'elaun buta' diterima mereka.
Warta Raub sebagai anak jati daerah ini merasakan sebahagian pengerusi JKKK 'disuap' dengan penuh manja hanya kerana mereka bersikap 'Yes Sir', 'Salam Kukut' dan terlalu manis mulut (pengampu).



Monday, December 15, 2008

Pengguna 'diajak' bijak berbelanja

TF VALUE MART - Pelancaran Kempen Penurunan Harga Barang di pasar raya ini semalam tidak hanya mengajak pengguna untuk membeli barangan dengan harga murah, tetapi turut bijak berbelanja agar dapat mengurangkan kos harian isi rumah.

Kempen yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Datuk Fong Kong Fuee, turut memberi maksud 'tersirat' supaya pengguna terutama bagi kawasan luar bandar membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian.

Warta Raub yang turut sama menyertai majlis pelancaran itu mendapati beberapa barangan (difahamkan 1,700 jenis) diturunkan harganya sehingga 65 peratus berkuatkuasa kelmarin sehingga 13 Januari 2009.

Penurunan harga sehingga pada tahap menakjubkan itu mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati penjimatan sehingga lebih RM10.

Warta Raub mengikuti Kong Fuee meninjau bahagian barangan basah dan melihat Udang Sedang dijual pada harga RM9.90 iaitu pengurangan RM7 berbanding harga asal.

Namun begitu, terdapat beberapa barangan yang tidak diturunkan harganya, bahkan menjadi lebih tinggi berbanding pada harga terdahulu.

Seperti contoh, Telur Ayam Gred B dijual pada harga RM9.90 bagi setiap 30 biji. Harga baru itu membuatkan Warta Raub meneliti kembali resit belian peribadi pada awal November lalu di mana harga barangan tersebut hanya RM8.50.

Pengguna tidak boleh menyalahkan peniaga kerana ia adalah resam dalam dunia perniagaan dan tidak mahukan kerugian, sebaliknya pengguna sendiri yang perlu mengubah paradigma untuk lebih fleksibel memanfaatkan peluang ini.

Pengguna di daerah ini boleh memvariasikan hidangan harian dengan memilih barangan yang ditawarkan pada harga rendah kerana bukan kemestian setiap isi rumah menikmati hidangan berasaskan telur.

Warta Raub mendapat maklum balas daripada pegawai Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa harga barangan seperti telur tersebut tidak tetap mengikut masa.

Perbandingan harga dan barangan tidak hanya berlaku dalam sebuah pasar raya sahaja, tetapi pengguna boleh membandingkan harga barangan yang sama dengan pasar raya lain di sini seperti Tunas Manja dan Aktif.

Warta Raub mendapat salinan lisan berkenaan perbandingan harga antara TF Value Mart dan Tunas Manja dan terdapat keuntungan buat pengguna sekiranya mengaplikasikan kaedah ini.

Semalam, TF Value Mart menawarkan Ayam Standard Tempatan pada harga RM5.40 sekilo, tetapi Tunas Manja menawarkan harga RM5.99 sekilo.

Bagi Ikan Bawal Hitam Tempatan pula, TF Value Mart menawarkannya pada harga RM12.90 sekilo dan Tunas Manja menawarkan RM20.99 sekilo.

Terdapat juga barangan yang ditawarkan lebih rendah di Tunas Manja seperti Tomato dijual pada harga RM3.50 sekilo berbanding RM4.50 di TF Value Mart, dan RM10.99 bagi satu kilogram Daging Lembu tetapi harganya menjadi RM11.90 di TF Value Mart.

Di pasar raya TF Value Mart juga dapat dilihat pengguna bijak mengambil peluang dengan berbelanja barangan dengan tawaran harga lebih rendah.
Kong Fuee (kiri) turut tertarik melihat penurunan harga yang banyak
sekali gus menjadi tarikan kepada pengguna

.........................................................................................................
Warta Raub berpendapat pengguna sendiri yang memainkan peranan melaksanakan kuasa membeli sekali gus menguasai pasaran, bukannya dikuasai pengusaha / peniaga.

Yayasan Raub muncul kembali

SENGKELA - Yayasan Raub (YR) yang mencecah usia 13 tahun penubuhannya pernah menjadi tajuk utama hamparan berita lokal dan menggemparkan penduduk Raub kerana disaman penduduk tempatan dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada pertengahan Julai lalu.

Pelbagai berita dan laporan negatif dihidangkan kepada masyarakat yang sebahagian besarnya langsung tidak tahu tentang 'kewujudan' dana untuk rakyat itu.

Kini ia seolah-olah muncul kembali menemui rakyat Raub menerusi perkhabaran seumpama sogokan dengan harapan mendapat penerimaan baik seluruh masyarakat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Abdul Aziz Mat Kiram (gambar) berkata, YR kini sedang menjalankan rundingan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub untuk urusan penyewaan premis milik YR yang masih dalam pembinaan di belakang bangunan Majlis Daerah Raub (MDR).

Menurutnya, penyewaan premis tersebut dianggap sebagai sumber pendapatan YR yang kemudiannya dijadikan dana kebajikan masyarakat.

"Sekiranya rundingan ini berjaya dan JKM Raub sudi menyewa premis tersebut, YR akan menjana pendapatan pada anggaran RM3,000 sebulan bagi mengisi tabung YR," katanya pada majlis pertemuan ramah mesra pemimpin bersama penduduk Kampung Sengkela.

Hadir sama mendengar ungkapan keramat tersebut Ahli Parlimen Raub, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pegawai Daerah Raub, Datuk Abdull Muain Abdul Hamid dan Pegawai JKM Raub, Mohamad Tajul Aris Hassan.

Persoalan penting yang memerlukan pemikiran kritis masyarakat Raub ialah ke mana perginya wang / dana YR sehingga ratusan juta ringgit berdasarkan beberapa projek yang dipohon dan diluluskan kerajaan negeri.

Adakah kehilangan ratusan juta ringgit itu boleh diganti dengan pendapatan RM3,000 sebulan? Apakah rasionalnya Aziz Kiram mengumumkan perkara yang belum mendapat persetujuan JKM Raub lagi?

Bagi mengingatkan kembali semua masyarakat Raub, YR pernah disaman seorang usahawan tempatan, Razali Hassan, pada tahun 2007 berikutan penyelewangan yang dilakukan sebahagian besar pengarah YR.

Mahkamah pada ketika itu menolak permohonan YR (defendan) yang merayu untuk menggugurkan kes berkenaan.

Penolakan mahkamah terhadap permohonan defendan itu bermakna Razali Hassan (plaintif) melalui peguamnya, Mohd Harris Abdullah berjaya menyediakan pendakwaan dan membuktikan kes prima facie.

Plaintif kemudiannya bertindak menarik semula saman berkenaan dan memindahkan kes tersebut untuk urusan penyiasatan BPR Putrajaya.

Pada awal Ogos 2008, sebuah akhbar lokal memaparkan kes berkenaan sebagai tajuk utama yang mula mendapat perhatian penduduk seluruh daerah Raub dan negeri Pahang amnya.

Masyarakat yang mahukan penerangan terperinci berkenaan kontroversi yang dicetuskan YR boleh membuat carian di www.google.com.my dengan menaip kata kunci "Yayasan Raub".

......................................................................................................
Warta Raub berasa sinis mendengar ungkapan keramat yang keluar dari mulut Aziz Kiram berkenaan perkara tersebut sedangkan daripada mula sehingga akhir ucapannya, dia seolah-olah 'syok sendiri' apabila Warta Raub tidak dapat mencatat satupun isi penting ucapan (kerana semuanya dianggap 'merepek'). Premis yang dicanang untuk disewakan itu juga merupakan 'saguhati' daripada syarikat swasta setelah YR dengan 'rela hati' menyerahkan projek pembinaan ke tangan syarikat itu. Sekiranya diperhalusi, YR boleh menjana pendapatan yang lumayan jika menguruskan sendiri projek berkenaan, ataupun mendapat 'bahagian' yang besar sekiranya diagihkan mengikut peratusan projek. Tetapi hanya dua lot rumah kedai yang diterima atas 'gadaian' tersebut di mana salah seorang pengarah YR adalah pemilik syer dalam syarikat swasta berkenaan. Tolak sana sini, masuk poket mereka juga.

Saturday, December 13, 2008

Salam Perkenalan

Kemunculan Warta Raub kini menghidupkan lagi medan penyiaran dengan berita-berita khas dari Raub.
Sebagai permulaan hari ini, Warta Raub mengucapkan salam perkenalan kepada semua warga Raub khasnya dan rakyat di negeri Darul Makmur ini amnya.
Buat pengetahuan pengunjung, Warta Raub BUKANLAH bersifat berita ataupun laporan HARIAN, tetapi akan memaparkan berita lokal yang tepat berkisar DAERAH EMAS ini, SEKIRANYA ADA.
Warta Raub juga adalah milik PERIBADI blogger dan tidak berpihak kepada sesiapapun, juga tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak sekalipun.
Ia bersifat bebas dan tidak akan prejudis kepada sesiapa pun.
Peringatan awal,
sesiapa sahaja yang dikaitkan dalam pemberitaan ini, terimalah dengan hati terbuka dan positif serta berusaha untuk berubah demi kebaikan bersama.
Semoga medan penyiaran baru ini memberi manfaat kepada pengunjung yang dahagakan informasi terkini dan dikemas kinikan di Raub ini.
Sebarang maklum balas sama ada kritikan, nasihat, pandangan dan maklumat sokongan yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian, Terima Kasih