Tuesday, May 5, 2009

Tahniah Cikgu Bob

Warta Raub mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Burhanuddin Abu Bakar (Cikgu Bob) kerana menjadi pilihan terakhir dan paling keramat (dalam menyertai AJK UMNO Bahagian Raub).

Warta Raub diberitakan pelantikan Cikgu Bob secara lisan oleh Shah Moin pada akhir April lalu bermatlamatkan kononnya 'penyatuan dua team' yang dah semakin teruk bercakaran.

Pada pandangan Anak Srikandi, tindakan Shah Moin agak tidak bijak kerana Cikgu Bob bukanlah orang penting dalam 'Team B' dan sudah pasti usaha penyatuan tersebut tidak berjaya.

Cikgu Bob juga dilihat tidak dapat melakukan apa-apa kemajuan dalam 'Team A' kerana kewujudan Cikgu Bob dalam AJK Bahagian juga mendapat tentangan sebilangan kecil individu dalam Team A itu sendiri (termasuk individu yang selama ini berkeyakinan Shah Moin akan melantik mereka bagi mengisi kekosongan satu kerusi keramat tersebut).

Dikhabarkan juga, Cikgu Bob dipilih menjadi Ketua Biro Penerangan dalam Jawatankuasa Bahagian nanti.

Mengikut rentetan peristiwa, Cikgu Bob telah bertanding sebanyak tiga kali bagi merebut jawatan AJK UMNO Bahagian, tetapi satu pun tidak pernah menang.

Berdasarkan catatan tersebut juga, dapat dinilai Cikgu Bob bukanlah tokoh pilihan untuk memenuhi kerusi AJK UMNO Bahagian.

Jadi, apa gunanya ya?