Tuesday, May 5, 2009

Tahniah Cikgu Bob

Warta Raub mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Burhanuddin Abu Bakar (Cikgu Bob) kerana menjadi pilihan terakhir dan paling keramat (dalam menyertai AJK UMNO Bahagian Raub).

Warta Raub diberitakan pelantikan Cikgu Bob secara lisan oleh Shah Moin pada akhir April lalu bermatlamatkan kononnya 'penyatuan dua team' yang dah semakin teruk bercakaran.

Pada pandangan Anak Srikandi, tindakan Shah Moin agak tidak bijak kerana Cikgu Bob bukanlah orang penting dalam 'Team B' dan sudah pasti usaha penyatuan tersebut tidak berjaya.

Cikgu Bob juga dilihat tidak dapat melakukan apa-apa kemajuan dalam 'Team A' kerana kewujudan Cikgu Bob dalam AJK Bahagian juga mendapat tentangan sebilangan kecil individu dalam Team A itu sendiri (termasuk individu yang selama ini berkeyakinan Shah Moin akan melantik mereka bagi mengisi kekosongan satu kerusi keramat tersebut).

Dikhabarkan juga, Cikgu Bob dipilih menjadi Ketua Biro Penerangan dalam Jawatankuasa Bahagian nanti.

Mengikut rentetan peristiwa, Cikgu Bob telah bertanding sebanyak tiga kali bagi merebut jawatan AJK UMNO Bahagian, tetapi satu pun tidak pernah menang.

Berdasarkan catatan tersebut juga, dapat dinilai Cikgu Bob bukanlah tokoh pilihan untuk memenuhi kerusi AJK UMNO Bahagian.

Jadi, apa gunanya ya?

5 comments:

kak embum said...

Biasalah...tiada rotan akar pun berguna.Kelebihan Cikgu Bob kerana dia banyak terlibat dengan NGO Daerah Raub.Wakil berita harian.Shah Moin tentu ada strategi tertentu.saya sokong Cikgu Bob ada dalam saf Umno Raub.Ada juga mata telinga rakyat marhein yang tertindas oleh sepak terajang politik kotor puak Shah Moin.

Jejak Tuah said...

Salam Perkenalan....

Tahniah anak srikandi krn berjaya menjadi pelopor media arus terkini di Raub. Tak sangka dikejauhan ini terdapat org raub yg menyahut perkembangan teknologi zamannya.

Mungkin sblm ini, laman ini Jejak tidak dpt nak singgah krn agak terlewat dlm arus perkembangannya.

Isya'allah slps ini akan selalu disinggahi utk berdikusi dan berkomentar. terasa amat jauh ketinggalan adanya. Dikesempatan membaca paparan anak srikandi ni amat menarik utk diperbahaskan bersama.

Harapan jejak agar anak srikandi dpt mengusahakan topik2 perbincangan yg menarik, bernas, bijak dan terkini.

Salam perkenalan.....

Anak Raja Dagang said...

Anak Raja Dagang suka betoi ziarah kat blog ni.... Panazzzzzz! Terima kasih dengan input-input yang hebat!Setidak-tidaknyer memberi pendedahan kepada warga web di Raub. Ambo salut korang ni....

Bukit Koman said...

ingin mendapatkan perhatian anda, yang tersayang Raub terhadap sesuatu yang berlaku di hometown kami. untuk maklumat terperinci, sila lawat ke
http://al2k.blogspot.com/
Thanks!

Airland said...

Gud Job!! dpt gak keh tau citer org kg..