Thursday, February 19, 2009

Pengumuman

Anak Srikandi bertugas di luar negara. Buat sementara ini laman Warta Raub berehat dari mengeluarkan sebarang artikel.
Harap pengunjung setia dapat bersabar kerana masih banyak yang akan menyusul selepas ini.
Kepada pengunjung yang tidak menyokong langsung blog ini, tiada paksaan dan tak perlu jenguk lagi dah. Biarpun hanya seorang pengunjung, medium ini tidak sesekali ditutup.
Tak perlu la post komen panjang berjela, lebih baik anda buat blog sendiri dan kemudian maklumkan kepada Warta Raub untuk di'link'kan...
Samada Anak Srikandi berminat nak jenguk blog kalian, tu terpulang pada keinginan..
Penjelasan yang kesekian kalinya, tak perlu la cabar Anak Srikandi utk publish komen anda, kerana ini blog peribadi. Terpulang kepada pemilik blog yang ada kuasa mutlak utk tentukan. Tolak soal berani atau tidak, buat apa nak dengar cakap kalian, kalau diikutkan, jadi la sama spesis macam kalian juga.
Kita semua ada hak masing-masing, kalau kalian memilih untuk mempertahankan pimpinan hari ini, teruskan. tak ada paksaan langsung. Tapi semua akan tahu la setakat mana sangat tahap pemikiran kalian...

Sekian untuk kali ini, kita berjumpa lagi jika berkesempatan....
Salam Perjuangan.
~aNaK sRiKaNdI~

Thursday, February 12, 2009

Pemimpin gila kuasa tidak dapat pikul tanggungjawab

ABDUL Rahman Ibnu Samurah berkata, Nabi SAW berkata kepadaku: “Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara mudah.

Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu itu mempunyai kepentingan tertentu.

Kepemimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru-hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati.

Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkan sedangkan dialah orang yang paling layak, insya-Allah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu.

Adapun pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah: Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda: Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Setiap pemimpin hendaklah menjalinkan hubungan baik dengan rakyat supaya tidak berlaku keadaan benci-membenci di antara satu sama lain. Islam melarang umatnya menentang pemimpin sekalipun pemimpin itu melakukan kesilapan atau kesalahan selagi mana ia mendirikan sembahyang sebagai bukti ia masih lagi Islam.

Salah satu daripada tanda keadilan seorang pemimpin ialah wujudnya ikatan kasih sayang dan kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat dan di kalangan pemimpin dengan pemimpin lain.

(suntingan daripada http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=66440&st=20)

Ulasan Warta Raub,
Berdasarkan potongan hadis berkenaan, dapat dilihat dengan jelas bahawa pimpinan yang ada di Raub pada hari ini bertentangan dengan saranan Islam (Rasulullah SAW).

Shah Moin dikenali lagi difahami KERAP MEMINTA jawatan daripada ISTANA sebelum ini. Dia juga sanggup berhabisan wang ringgit semata-mata melobi jawatan Ketua UMNO Bahagian yang mendapat tentangan majoriti AHLI UMNO dan terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk memenangi sebahagian perwakilan semasa pemilihan UMNO Bahagian tahun lalu (hanya beza 24 undi).

Shah Moin juga wajar ditentang kerana terkenal dengan sifat peribadi yang 'berlubang-lubang' amalan solat dan ibadah lainnya (tidak perlu disebut soal peribadi di sini, tetapi masyarakat melihat dan menilai).

Shah Moin juga terkenal dengan 'kepura-puraan' menyatakan kepada sebahagian kecil ahli UMNO bahawa dia baik dan sering berhubung dengan Dato' Mus dan Dato' Dollah..tetapi hakikatnya perkara tersebut tidak berlaku.

Lebih menyedihkan, dia dengan penuh kebencian mahu mencantas semua orang yang pernah menentangnya sebelum ini, termasuk menyekat pimpinan ketua kampung dan beberapa urusan daerah yang lain.

Shah Moin juga kini dilihat aktif memonopoli pentadbiran jabatan kerajaan di daerah ini untuk kepentingannya sendiri.


P/S: Doa tetap dipanjatkan semoga ada perubahan dalaman dan luaran daripada pimpinan Raub hari ini

Sunday, February 8, 2009

Nasib si peniaga jalanan

Jika dilihatkan perkembangan ekonomi di daerah Raub ini, masyarakat lebih berminat menjadi peniaga/pengusaha berbanding hanya makan gaji dan menjadi 'pengguna'.

Tetapi, perjalanan sebahagian peniaga di sini tidak selancar dan seuntung yang disangka apabila ia turut mendapat campur tangan politik.

Apabila diperhalusi, mana-mana sahaja kepala kita tertoleh, pasti akan dapat campur tangan politik. Waima berniaga kantin sekolah rendah dan meniaga di tepian jalan sekalipun.

Warta Raub terpanggil membuat perbandingan antara dua peniaga yang 'sama taraf' tetapi berada pada kedudukan berbeza apabila ada campur tangan politik.

Warta Raub pernah mendengar rungutan beberapa peniaga di Medan Selera berhadapan Masjid Baru Sultan Abu Bakar apabila terdapat peniaga jalanan yang menjual air tebu di hadapan persimpangan masjid tersebut.

Rungutan berpunca apabila lahir rasa tidak puas hati peniaga di Medan Selera ini kerana peniaga jalanan itu tidak memiliki permit daripada Majlis Daerah sekali gus 'bebas' daripada membayar yuran tapak berniaga.

Tetapi peniaga di Medan Selera tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana peniaga air tebu itu telah mengeluarkan kata-kata keramat iaitu 'dia dilindungi'.

"Selagi Dato' Shah jadi Ketua Umno, jangan ada sesiapa boleh halau aku dari sini. Aku takkan berganjak," katanya.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Berbeza pula dengan situasi kedua, apabila peniaga Burhan@Ishammuddin Mohamad Yunan, yang memohon kebenaran daripada Majlis Daerah untuk berniaga di pekarangan Amalina Lestari.

Permohonan Burhan tidak mendapat bantahan Jabatan Kesihatan Daerah (rujukan : Bil. (38) dlm. PKDR. 100 - 46 / 94 Bhg. 15), tetapi tanpa alasan kukuh Majlis Daerah MENOLAK permohonan tersebut (rujukan : Bil. (11) dlm. MDR. 4/3/2 - 1544).
---------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah perbezaannya berniaga air tebu dengan berniaga kuih? Mengapa peniaga air tebu tidak mendapat bantahan, bahkan mendapat 'perlindungan imuniti' pula daripada Shah Moin.

Mengapa pula permohonan Burhan yang mengikut prosedur dan tidak mendapat bantahan Pejabat Kesihatan pula ditolak tanpa sebarang alasan kukuh?

Sebenarnya senario sebegini banyak berlaku di daerah ini, tetapi peniaga-peniaga yang terlibat hanya menganggapnya sebagai resam kehidupan di Raub yang mengamalkan kronisme dalam apa jua perkara sekalipun.

Waima senario peniaga di Medan Selera tersebut juga berhadapan dengan karenah kronisme apabila penyewa yang mendapat 'lesen agung' pemimpin tertentu boleh menjadi Ali Baba apabila menyewakan kembali premis tersebut kepada Cina dan mendapat untung atas angin lebih RM300 sebulan.

Keadaan tersebut berlanjutan selama beberapa tahun.

Seorang penyewa pula yang tidak ada langsung apa-apa 'kabel' tidak dapat meneruskan perniagaan akibat masalah tertentu dan membenarkan rakannya mengambil alih perniagaan di premis yang sama.

Tidak sampai beberapa ketika, datanglah pegawai tertentu daripada Majlis Daerah membatalkan lesen sewaan tersebut dan kini mengosongkan premis untuk diisi peniaga lain.

Sekiranya masyarakat di daerah ini masing-masing rabun dan lembab otaknya untuk berfikir, mereka akan menganggap tidak ada kekurangan atau ke'pelik'an dalam situasi di atas.

Tetapi sekiranya perkara tersebut dibandingkan golongan yang aktif mindanya, pasti akan dapat melihat dengan jelas sesuatu yang tidak baik berlaku dan menjadi 'saraf' dalam pentadbiran di Raub ini.

Rakyat di sini juga sudah maklum siapakah 'virus' yang meresapi pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan sehingga melumpuhkan KEADILAN yang didambakan selama ini.

Bersama kita renungkan.Gerai Air TebuGerai Kuih Burhan

Saturday, February 7, 2009

Mengapa Shah Moin 'benci' Skuad Raub?!!

Warta Raub menyampaikan senario politik terutama UMNO di Raub ini. Warta Raub juga terpanggil untuk menerangkan secara logik, mengapa Shah Moin benar-benar 'bencikan' Skuad Raub.

Setelah berusaha mendapatkan kerjasama Skuad Raub, akhirnya Warta Raub mendapat sedikit ruang untuk mengadakan perbincangan bersamanya. Berdasarkan beberapa penerangan dan perbandingan dengan keadaan semasa, Warta Raub mendapat beberapa kesimpulan.

Pada awal kemunculan Sinar Harian Pahang, artikel Shah Moin kerap disiarkan Skuad Raub, tanpa prejudis. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Shah Moin memberitahu anak-anak buahnya dan penduduk kampung bahawa dia ada mengeluarkan SHARE sebanyak RM2 juta untuk menerbitkan Sinar Harian. bermakna akhbar komuniti ini juga miliknya (pada penyataan dia).

Warta Raub mengakui mendengar perkara tersebut disebarkan pengikut-pengikut Shah Moin.

Apabila timbul isu NOMBOR PLAT dalam akhbar Harian Metro, Shah Moin mula melenting dan menggunakan Sinar Harian untuk membuat penafian. Sinar Harian pun mengeluarkan artikel yang memihak kepadanya. Tetapi apa yang berlaku selepas itu? pada satu majlis yang diadakan di Bukit Fraser, Skuad Raub hadir membuat liputan. Pada ketika ini, Shah Moin turut menyelitkan kesan negatif ke atas dirinya berikutan isu nombor plat itu dan menyebut angkara SINAR HARIAN di hadapan semua hadirin. Dia juga memanggil Skuad Raub untuk diperkenalkan kepada hadirin.

Akhbar lain yang membuat kenyataan kontroversi, dan diselamatkan Sinar Harian, tetapi Shah Moin pantas menyalahkan Sinar Harian. Skuad Raub pula tu, sedangkan kes itu berlaku di Kuantan!

Dapat dilihat dengan jelas sejauh mana profesionalnya Shah Moin ni.

Selepas itu, bermula lagi episod baru apabila Skuad Raub bertindak agresif mengeluarkan artikel berbentuk 'siasatan dan pembongkaran', Skuad Raub menyatakan bahawa dia tidak ada niat langsung nak menuding kepada Shah Moin, bahkan setiap artikelnya pun langsung tidak menyebut nama Shah Moin atau mana-mana pemimpin yang terlibat penyelewengan harta rakyat Raub. nasib pula semua tersebut terkena kepada Shah Moin. Dia mula seperti cacing kepanasan.Shah Moin yang makan cili dan dia sendiri yang merasakan kepedasannya.

Satu demi satu pembongkaran yang dibuat, Skuad Raub tetap memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjawab balas. Tetapi pengikut Shah Moin lebih rela memaki hamun dalam SMS. Apabila diajak berjumpa untuk diambil gambar dan menyiarkan kenyataan, mereka terus senyap. Apa rasionalnya?

Keadaan lebih memuncak berlaku apabila Skuad Raub menyiarkan artikel berkenaan keluhan suara dan pandangan ahli UMNO terhadap kepimpinan Shah Moin. Shah Moin dan kuncu-kuncunya terus 'blacklist' Sinar Harian.

Tetapi yang peliknya, jualan akhbar tersebut terus meningkat sehingga ke hari ini. Persoalan timbul di sini, apakah benar mereka boikot atau terpaksa terus membeli kerana ingin tahu apa lagi isu yang dibangkitkan Skuad Raub yang bakal mengenai hidung mereka, kan?

Warta Raub dapat melihat sendiri, mengapa Shah Moin dan anak buahnya terlalu bencikan Sinar Harian. Ini adalah kerana kewujudan Sinar Harian memberi kesusahan kepada mereka untuk meneruskan aktiviti tidak sihat.

Kerana Sinar Harian jugalah, Shah Moin terpaksa mengeluarkan BELANJA YANG LEBIH untuk memenangi undian perwakilan. Tidak seperti sebelum ini apabila dia dengan senang mendapat banyak undian bagi mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Raub.

Shah Moin juga tidak berani menghulurkan wang kepada Skuad Raub sepertimana dilakukan kepada wartawan-wartawan lain di BERNAMA, UTUSAN dan RTM. Ini kerana Skuad Raub tidak pernah meminta duit dengan sesiapa pun. Tidak seperti wartawan-wartawan lain yang sanggup menunggu sehingga habis program semata-mata menunggu HABUAN daripada Shah Moin. Ada juga wartawan yang sanggup datang dari jauh biarpun Raub bukanlah kawasan liputan mereka.

Jika dahulu Shah Moin sebagai exco, ada juga rasionalnya untuk di'highlight'kan..Tetapi jika sebagai ADUN pun masih nak mengejar popular, sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga, mengapa begini jadinya?

Tindakan Shah Moin yang memboikot Sinar Harian adalah satu kerugian besar buat dirinya. Akhbar komuniti ini memberi kesan mendalam kepada masyarakat dan dianggap sebagai medium terbaik menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Sinar Harian tidak rugi apa-apa sedangkan panggilan menghadiri program tetap banyak seperti sedia kala. Ini membuktikan masyarakat seperti kami amat mengalu-alukan Sinar Harian yang telus menyampaikan berita.

Kepada Shah Moin, teruskan membenci Skuad Raub dan boikotlah Sinar Harian, kerana dia tidak rugi apa-apa. Rezeki dan gajinya dikurniakan Allah SWT menerusi bos dia yang amat memahami.

P/S: Warta Raub mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan penjelasan seperti ini. Bukan senang nak dapatkan ruang bersama Skuad Raub. Harap pembaca dapat menilai sendiri kebenarannya.

Wartawan Sinar Harian mula berkata

Warta Raub menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan sendiri Wartawan Sinar Harian Unit Raub, Wan Juhaida Wan Hassan (selepas ini disebut Skuad Raub), apabila keadaan mendesak semakin hari mempersoalkan KETIDAKADILAN Sinar Harian dalam melaporkan berita.

Skuad Raub kali ini mengeluarkan kenyataan balas bukan untuk mempertahankan diri semata-mata, tetapi sebagai penjelasan sebenar, agar orang lain tidak boleh mempertikaikannya lagi.

Semasa Skuad Raub menyiarkan artikel berkenaan Shah Moin, struktur penyampaiannya mengikut prosedur dan etika penulisan, kerana tidak ada bantahan rasmi daripada sesiapa berkenaan isi artikel yang dikeluarkan.

Skuad Raub juga memberi RUANG kepada Shah Moin untuk memberi maklum balas berkenaan perkara tersebut, tetapi DIBIAR SEPI dan lebih memilih untuk tidak mahu menjawab.

Shah Moin juga mengeluarkan kata-kata "Biarlah apa jua orang nak kata, terpulang. Itu hak mereka," katanya kepada Cikgu Bob.

SMS daripada Skuad Raub juga tidak dibalas Shah Moin.

Sekiranya artikel Skuad Raub SALAH dan terus menyalahi etika penulisan, mengapa pula tidak ada susulan SAMAN daripada Shah Moin?

Senang sahaja pada pandangan Warta Raub, Shah Moin sengaja membiarkan keadaan berterusan tanpa dia bersuara, kemudian dia boleh menjadikannya sebagai KONONNYA mangsa situasi.

Shah Moin juga berniat memburukkan Sinar Harian apabila sering menyebut Sinar Harian berniat memburuk-burukkannya di mana-mana majlis yang dihadiri.

Masyarakat yang mendengar kata-kata tersebut pula menyampaikan rasa meluat mereka kerana mereka sudah tahu perkara sebenar. Mereka menyatakan kepada Skuad Raub bahawa mereka sudah tidak mahu mendengar lagi kata-kata Shah Moin yang pandai berlakon.

Skuad Raub pun menyampaikan perkara tersebut semula kepada Shah Moin melalui SMS. Katanya, "antara kita ada level profesional masing-masing. Tidak perlulah Dato' nak sebut2 Sinar Harian dalam mana-mana majlis di Raub sedangkan saya (skuad raub) sudahpun memberi peluang kepada Dato' untuk menjawab balas, tapi Dato' sendiri yang menolak. masyarakat dah meluat dengan semua ni, harap faham," lebih kurang macam inilah ayatnya.

Sekiranya apa yang Skuad Raub buat itu satu kesalahan, cuba anda semua fikirkan, kenapa pada pagi 1 Ogos 2008 seawal jam 7 pagi, orang-orang Shah Moin bertindak memborong semua akhbar Sinar Harian seluruh daerah Raub, sehingga pembaca terpaksa mendapatkan tempahan di Bentong dan Temerloh?

Pada hari yang sama juga tokey kedai fotostat boleh untung dengan menjual artikel tersebut RM0.30 setiap keping berukuran A4.

Mengapa pula pada hari yang sama orang-orang Shah Moin cuba mengarahkan Skuad Raub keluar dari pejabat yang dah lebih setahun didudukinya?Jika Kononnya mengikut peraturan, mengapa SETELAH LEBIH SETAHUN baru nak arahkan?mengapa setelah tersiarnya artikel Yayasan Raub pada hari itu?

Mengapa pula Skuad Raub bertegas untuk tetap tinggal di pejabat berkenaan? kerana dia tidak berbuat apa-apa kesalahan. Semuanya mengikut ketetapan.

Ada juga orang-orang yang tidak berpuas hati menyatakan Sinar Harian dikawal MB Pahang dan kuncu-kuncunya...Masalah yang timbul, Skuad Raub menyatakan bahawa dia tidak pernah bertemu MB Pahang! Tidak ada 1 majlis pun di Raub yang diadakan MB pahang kecuali menjadi TETAMU semasa menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang di Sekolah Sains Tengku Abdullah.

Skuad Raub pasti, MB pahang langsung tidak mengenalinya.

Skuad Raub berkatakan kepada Warta Raub, bahawa setiap artikel yang dikeluarkannya langsung tidak ada kepentingan peribadi, bahkan tidak pernah mengambil atau mengemis daripada mana-mana individu.

Warta Raub bersetuju dengan kenyataan Skuad Raub.

Sekiranya anda (Shah Moin) tidak melakukan kesalahan, mengapa perlu takut pada bayang-bayang sendiri? Mengapa nak borong semua akhbar semata-mata nak mengaburi masyarakat?
Biar apa jua yang anda lakukan, kebenaran tetap sampai kepada mata yang melihat.

Warta Raub juga bertanyakan berkenaan kaitan MB pahang dengan Shah Moin, Skuad Raub memberitahu bahawa dia langsung tidak pernah tahu bahawa 'ada persengketaan' antara dua pemimpin itu, bagaimana pula MB pahang boleh mengawal Sinar Harian?

Kini, Warta Raub harap individu berkaitan terutama saudara yang menggelarkan dirinya AnWar dapat menilai sendiri. Dan kepada Tom Hagen@Amien, AnWar, anda perlu tahu bahawa setiap pendedahan Warta Raub tiada sebab PERIBADI melainkan memperjuangkan hak masyarakat. Anda berdua tidak berhak mengeluarkan kata-kata tersebut MELAINKAN ANDA MENGENALI SIAPA ANAK SRIKANDI. Anda kenal?!

Friday, February 6, 2009

aNaK sRiKaNdI : erti KESAKSAMAAN di sini...

Pada mulanya, Anak Srikandi tidak berhasrat untuk menerangkan segala yang ada dalam 'isi rumah' Warta Raub sehinggalah seorang hamba Allah yang menggelarkan dirinya 'Tom Hagen' (biarpun Anak Srikandi dapat tahu namanya Amien), dia bertanyakan beberapa soalan yang, pada hemat Anak Srikandi semuanya berkisar tentang perhiasan Warta Raub.

Tetapi, apabila mendalami erti kehidupan hari ini, Anak Srikandi baru sedar bahawa 'isi rumah' Warta Raub yang dipamerkan ini sama juga jika dibandingkan dengan 'Galeri Muzium' yang memerlukan beberapa penjelasan.

Pertama sekali, Anak Srikandi nak terangkan tentang KESAKSAMAAN yang dilaungkan di sini. Tom Hagen ini mempersoalkan kesaksamaan Anak Srikandi apabila sering 'menembak' Shah Moin yang dianggap 'tidak adil' kerana tidak memberi peluang untuk mendapatkan suasana yang NEUTRAL.

TETAPI, Anak Srikandi juga ingin mempersoalkan Tom Hagen, adakah selama ini Shah Moin berlaku adil dan mendengar suara rakyat? Di manakah kesaksamaan dia sebagai pemimpin?

JAWAPAN Anak Srikandi, Kesaksamaan di sini bermaksud memberi keadilan kepada mana-mana MANGSA (berdasarkan situasi) untuk bersuara (melalui Warta Raub) dan menonjolkan apa yang tidak seharusnya berlaku atas perbuatan Shah Moin dan kuncu-kuncunya selama ini.

Apakah ADIL apabila Shah Moin boleh memperlakukan apa sahaja sesuka hatinya tetapi masyarakat tidak dapat berbuat apa-apa? Senang sahaja formulanya. Nisbah ADIL adalah 50:50 (YB : RAKYAT)...Kalau dah YB buat sesuka hati tapi tak pernah fikirkan apa yang dirasakan RAKYAT, adilkah? (Harap dah terjawab ye, Tom Hagen).

Selanjutnya, berkenaan 'Kala Jengking' yang diletakkan sebagai background Warta Raub (perihal ini juga ditanya Tom Hagen), pembetulan buat Tom Hagen, Kala Jengking itu bukanlah SEPASANG tetapi hanya SEEKOR. Imej Kala Jengking itu dibiaskan sebagai CERMIN diri yang akan sentiasa memberi peringatan (kepada sesiapa sahaja).

Seharusnya, Shah Moin dan pengikutnya perlu BERTERIMA KASIH kepada sesiapa sahaja yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pimpinannya, kerana itulah tanda terbaik bahawa masih ada yang prihatin terhadap anda.

Masih banyak masa untuk anda berubah, bukannya menambahkan lagi KEBURUKAN yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bila lagi nak menjadi pemimpin yang ADIL sedangkan anda sudah bergelar HAJI.

Tom Hagen juga mempertikaikan Warta Raub yang sering menuding kepada SATU ARAH sahaja iaitu Shah Moin. Sedarkan anda bahawa hanya ada 1 sahaja pemimpin (kapten kapal) yang menjalankan tanggungjawab menjaga amanah rakyat, dan hanya 1 sahaja tumpuan rakyat untuk bergantung harap. Jadi, faham-faham sahajalah. Takkan Shah Moin punya angkara, Warta Raub nak pertikaikan (Aziz Kiram, Azinuddin) pula?

Kita semua maklum dengan perkataan 'What u give, u get back", kan?...Seharusnya Shah Moin memikirkan perkara ini dari dahulu lagi, sebelum bertindak meraup semua harta rakyat Raub.
Apa sahaja tindakan anda, pasti ada cermin yang akan membuat biasan dan pantulannya mengenai anda semula.

Ini baru catatan dunia, setiap perlakuan anda dikhabarkan semula kepada anda (melalui blog pun ok). Seharusnya anda mengambilnya dari sudut positif, berazam lakukan perubahan, bukannya menyuruh anak buah menyalak-nyalak dengan kata-kata carutan yang amat memalukan.

Tom Hagen juga mempertikaikan setiap artikel Anak Srikandi yang dikatakan 'emosional' seolah-olah berdendam secara peribadi..Tetapi Anak Srikandi juga boleh mempertikaikan, kenapa pula anak buah Shah Moin nak emosional dengan artikel dalam Warta Raub?

Kenapa beria-ia sangat mencarut-carut seperti mereka benar-benar mengenali Anak Srikandi sedangkan mereka tidak tahu dengan siapa mereka berhadapan.

Cuba perhatikan dengan teliti, selama artikel disiarkan, pernahkan Anak Srikandi membongkar keburukan PERIBADI Shah Moin? pernah Anak Srikandi katakan dia kaki botol?kaki perempuan?tahi judi?kaki karaoke?PERNAH? Jawapannya : Tak Pernah, kan?

Tetapi Anak Srikandi seringkali mempersoalkan tindakannya yang MENGAKIBATKAN rakyat susah bertambah susah, rakyat sedih bertambah sedih...Perlakuannya terhadap masyarakat di sini. Ada Faham?!

Kepada Shah Moin, seandainya anda berjanji kepada rakyat, tunaikanlah. Tak kira samada di sekolah, dewan ataupun balairaya.

Tetapi anda harus sedar, anda pernah berjanji dalam masjid. bermakna anda mengeluarkan kata-kata di rumah Allah. Janji anda bermakna JANJI KEPADA ALLAH SWT...Biarpun jumlahnya sedikit pada anda, tetapi anda perlu ingat, mereka yang mendengarnya tidak akan datang kepada anda untuk menuntut janji itu, tetapi ALLAH SWT sentiasa menuntut janji anda yang DILAFAZKAN di dalam rumah-Nya.

Selagi anda tak menunaikannya, selagi itulah anda akan dihambat BAYANG-BAYANG KERESAHAN sehingga mengakibatkan air muka anda BERUBAH. Tidak ada lagi SERINYA. Tidak ada SINAR seorang pemimpin. Yang tergambar hanyalah KEKERUHAN, kekusutan...Itulah BIASAN daripada apa yang ada dalam HATI anda.

P/S: Tak usahlah dikejar harta yang bertimbun, jika RM2,000 pun anda tak mampu lunaskannya. Semuanya hak Allah SWT.

Monday, February 2, 2009

Pegawai BPR berpindah tugas

Pegawai SPRM Raub, En. Malek berpindah tugas ke SPRM Temerloh berkuatkuasa 2 Februari 2009.
Tahniah diucapkan atas peningkatan kualiti kerja yang melayakkannya menerima kenaikan pangkat/tugas.

AWAS!! Pemuda bersuara

Shah Moin dan mana-mana jabatan serta agensi kerajaan terlibat, SILA AMBIL PERHATIAN!
Jangan pandang remeh hal ini.

Gambar tersebut adalah keratan akhbar daripada ruang interaktif Sinar Harian (2 Februari 2009).

Tingkatkan usaha lakukan perubahan. Jangan pula orang muda disalahkan apabila PRU13 bergoncang! Bukan tak kenang jasa UMNO, tapi meluat dengan sikap pemimpin yang lupa MATLAMAT SEBENAR UMNO!... Jangan jadi KETAM yang nak salahkan anaknya tak pandai berjalan lurus!