Friday, February 6, 2009

aNaK sRiKaNdI : erti KESAKSAMAAN di sini...

Pada mulanya, Anak Srikandi tidak berhasrat untuk menerangkan segala yang ada dalam 'isi rumah' Warta Raub sehinggalah seorang hamba Allah yang menggelarkan dirinya 'Tom Hagen' (biarpun Anak Srikandi dapat tahu namanya Amien), dia bertanyakan beberapa soalan yang, pada hemat Anak Srikandi semuanya berkisar tentang perhiasan Warta Raub.

Tetapi, apabila mendalami erti kehidupan hari ini, Anak Srikandi baru sedar bahawa 'isi rumah' Warta Raub yang dipamerkan ini sama juga jika dibandingkan dengan 'Galeri Muzium' yang memerlukan beberapa penjelasan.

Pertama sekali, Anak Srikandi nak terangkan tentang KESAKSAMAAN yang dilaungkan di sini. Tom Hagen ini mempersoalkan kesaksamaan Anak Srikandi apabila sering 'menembak' Shah Moin yang dianggap 'tidak adil' kerana tidak memberi peluang untuk mendapatkan suasana yang NEUTRAL.

TETAPI, Anak Srikandi juga ingin mempersoalkan Tom Hagen, adakah selama ini Shah Moin berlaku adil dan mendengar suara rakyat? Di manakah kesaksamaan dia sebagai pemimpin?

JAWAPAN Anak Srikandi, Kesaksamaan di sini bermaksud memberi keadilan kepada mana-mana MANGSA (berdasarkan situasi) untuk bersuara (melalui Warta Raub) dan menonjolkan apa yang tidak seharusnya berlaku atas perbuatan Shah Moin dan kuncu-kuncunya selama ini.

Apakah ADIL apabila Shah Moin boleh memperlakukan apa sahaja sesuka hatinya tetapi masyarakat tidak dapat berbuat apa-apa? Senang sahaja formulanya. Nisbah ADIL adalah 50:50 (YB : RAKYAT)...Kalau dah YB buat sesuka hati tapi tak pernah fikirkan apa yang dirasakan RAKYAT, adilkah? (Harap dah terjawab ye, Tom Hagen).

Selanjutnya, berkenaan 'Kala Jengking' yang diletakkan sebagai background Warta Raub (perihal ini juga ditanya Tom Hagen), pembetulan buat Tom Hagen, Kala Jengking itu bukanlah SEPASANG tetapi hanya SEEKOR. Imej Kala Jengking itu dibiaskan sebagai CERMIN diri yang akan sentiasa memberi peringatan (kepada sesiapa sahaja).

Seharusnya, Shah Moin dan pengikutnya perlu BERTERIMA KASIH kepada sesiapa sahaja yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pimpinannya, kerana itulah tanda terbaik bahawa masih ada yang prihatin terhadap anda.

Masih banyak masa untuk anda berubah, bukannya menambahkan lagi KEBURUKAN yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bila lagi nak menjadi pemimpin yang ADIL sedangkan anda sudah bergelar HAJI.

Tom Hagen juga mempertikaikan Warta Raub yang sering menuding kepada SATU ARAH sahaja iaitu Shah Moin. Sedarkan anda bahawa hanya ada 1 sahaja pemimpin (kapten kapal) yang menjalankan tanggungjawab menjaga amanah rakyat, dan hanya 1 sahaja tumpuan rakyat untuk bergantung harap. Jadi, faham-faham sahajalah. Takkan Shah Moin punya angkara, Warta Raub nak pertikaikan (Aziz Kiram, Azinuddin) pula?

Kita semua maklum dengan perkataan 'What u give, u get back", kan?...Seharusnya Shah Moin memikirkan perkara ini dari dahulu lagi, sebelum bertindak meraup semua harta rakyat Raub.
Apa sahaja tindakan anda, pasti ada cermin yang akan membuat biasan dan pantulannya mengenai anda semula.

Ini baru catatan dunia, setiap perlakuan anda dikhabarkan semula kepada anda (melalui blog pun ok). Seharusnya anda mengambilnya dari sudut positif, berazam lakukan perubahan, bukannya menyuruh anak buah menyalak-nyalak dengan kata-kata carutan yang amat memalukan.

Tom Hagen juga mempertikaikan setiap artikel Anak Srikandi yang dikatakan 'emosional' seolah-olah berdendam secara peribadi..Tetapi Anak Srikandi juga boleh mempertikaikan, kenapa pula anak buah Shah Moin nak emosional dengan artikel dalam Warta Raub?

Kenapa beria-ia sangat mencarut-carut seperti mereka benar-benar mengenali Anak Srikandi sedangkan mereka tidak tahu dengan siapa mereka berhadapan.

Cuba perhatikan dengan teliti, selama artikel disiarkan, pernahkan Anak Srikandi membongkar keburukan PERIBADI Shah Moin? pernah Anak Srikandi katakan dia kaki botol?kaki perempuan?tahi judi?kaki karaoke?PERNAH? Jawapannya : Tak Pernah, kan?

Tetapi Anak Srikandi seringkali mempersoalkan tindakannya yang MENGAKIBATKAN rakyat susah bertambah susah, rakyat sedih bertambah sedih...Perlakuannya terhadap masyarakat di sini. Ada Faham?!

Kepada Shah Moin, seandainya anda berjanji kepada rakyat, tunaikanlah. Tak kira samada di sekolah, dewan ataupun balairaya.

Tetapi anda harus sedar, anda pernah berjanji dalam masjid. bermakna anda mengeluarkan kata-kata di rumah Allah. Janji anda bermakna JANJI KEPADA ALLAH SWT...Biarpun jumlahnya sedikit pada anda, tetapi anda perlu ingat, mereka yang mendengarnya tidak akan datang kepada anda untuk menuntut janji itu, tetapi ALLAH SWT sentiasa menuntut janji anda yang DILAFAZKAN di dalam rumah-Nya.

Selagi anda tak menunaikannya, selagi itulah anda akan dihambat BAYANG-BAYANG KERESAHAN sehingga mengakibatkan air muka anda BERUBAH. Tidak ada lagi SERINYA. Tidak ada SINAR seorang pemimpin. Yang tergambar hanyalah KEKERUHAN, kekusutan...Itulah BIASAN daripada apa yang ada dalam HATI anda.

P/S: Tak usahlah dikejar harta yang bertimbun, jika RM2,000 pun anda tak mampu lunaskannya. Semuanya hak Allah SWT.

2 comments:

nasir said...

Penjelasan yang sangat bernas! Sebenarnya sebelum ini sudah ramai kalangan orang Raub yang kecewa dan marah pada Dato Shah moin dan geng tapi tiada cara atau saluran dapat digunakan. Maka, seperti seorang Raja si Shah Moin berkuasa di Raub. Siapa berani tegur....akan dicincang lumat-lumat.
Kes ugutan untuk wartawan Sinar harian merupakan satu lagi episod 'samseng' mereka ini.
Kemunculan Datok Mus Dan Dollah Bakar tepat pada masanya. Walaupun tewas dgn kelicikan Shah Moin, sekurang-kurangnya Shah Moin kena ingat bahawa tak semua rakyat Raub kini menyokong beliau.
Sana sini orang bercerita tentang kebobrokkan puak-puak ini yang terdiri dari aziz kiram, azinuddin dan beberapa orang kaki samseng ni.
Ingat...tiba masanya..bangkai yang ditutup dgn nyiru akan berbau juga...fikirkanlah...

Anonymous said...

shah moin memang samseng keparat... penyokong2 dio pun smaseng keparat jgk.. kah kah kah