Saturday, February 7, 2009

Mengapa Shah Moin 'benci' Skuad Raub?!!

Warta Raub menyampaikan senario politik terutama UMNO di Raub ini. Warta Raub juga terpanggil untuk menerangkan secara logik, mengapa Shah Moin benar-benar 'bencikan' Skuad Raub.

Setelah berusaha mendapatkan kerjasama Skuad Raub, akhirnya Warta Raub mendapat sedikit ruang untuk mengadakan perbincangan bersamanya. Berdasarkan beberapa penerangan dan perbandingan dengan keadaan semasa, Warta Raub mendapat beberapa kesimpulan.

Pada awal kemunculan Sinar Harian Pahang, artikel Shah Moin kerap disiarkan Skuad Raub, tanpa prejudis. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Shah Moin memberitahu anak-anak buahnya dan penduduk kampung bahawa dia ada mengeluarkan SHARE sebanyak RM2 juta untuk menerbitkan Sinar Harian. bermakna akhbar komuniti ini juga miliknya (pada penyataan dia).

Warta Raub mengakui mendengar perkara tersebut disebarkan pengikut-pengikut Shah Moin.

Apabila timbul isu NOMBOR PLAT dalam akhbar Harian Metro, Shah Moin mula melenting dan menggunakan Sinar Harian untuk membuat penafian. Sinar Harian pun mengeluarkan artikel yang memihak kepadanya. Tetapi apa yang berlaku selepas itu? pada satu majlis yang diadakan di Bukit Fraser, Skuad Raub hadir membuat liputan. Pada ketika ini, Shah Moin turut menyelitkan kesan negatif ke atas dirinya berikutan isu nombor plat itu dan menyebut angkara SINAR HARIAN di hadapan semua hadirin. Dia juga memanggil Skuad Raub untuk diperkenalkan kepada hadirin.

Akhbar lain yang membuat kenyataan kontroversi, dan diselamatkan Sinar Harian, tetapi Shah Moin pantas menyalahkan Sinar Harian. Skuad Raub pula tu, sedangkan kes itu berlaku di Kuantan!

Dapat dilihat dengan jelas sejauh mana profesionalnya Shah Moin ni.

Selepas itu, bermula lagi episod baru apabila Skuad Raub bertindak agresif mengeluarkan artikel berbentuk 'siasatan dan pembongkaran', Skuad Raub menyatakan bahawa dia tidak ada niat langsung nak menuding kepada Shah Moin, bahkan setiap artikelnya pun langsung tidak menyebut nama Shah Moin atau mana-mana pemimpin yang terlibat penyelewengan harta rakyat Raub. nasib pula semua tersebut terkena kepada Shah Moin. Dia mula seperti cacing kepanasan.Shah Moin yang makan cili dan dia sendiri yang merasakan kepedasannya.

Satu demi satu pembongkaran yang dibuat, Skuad Raub tetap memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjawab balas. Tetapi pengikut Shah Moin lebih rela memaki hamun dalam SMS. Apabila diajak berjumpa untuk diambil gambar dan menyiarkan kenyataan, mereka terus senyap. Apa rasionalnya?

Keadaan lebih memuncak berlaku apabila Skuad Raub menyiarkan artikel berkenaan keluhan suara dan pandangan ahli UMNO terhadap kepimpinan Shah Moin. Shah Moin dan kuncu-kuncunya terus 'blacklist' Sinar Harian.

Tetapi yang peliknya, jualan akhbar tersebut terus meningkat sehingga ke hari ini. Persoalan timbul di sini, apakah benar mereka boikot atau terpaksa terus membeli kerana ingin tahu apa lagi isu yang dibangkitkan Skuad Raub yang bakal mengenai hidung mereka, kan?

Warta Raub dapat melihat sendiri, mengapa Shah Moin dan anak buahnya terlalu bencikan Sinar Harian. Ini adalah kerana kewujudan Sinar Harian memberi kesusahan kepada mereka untuk meneruskan aktiviti tidak sihat.

Kerana Sinar Harian jugalah, Shah Moin terpaksa mengeluarkan BELANJA YANG LEBIH untuk memenangi undian perwakilan. Tidak seperti sebelum ini apabila dia dengan senang mendapat banyak undian bagi mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Raub.

Shah Moin juga tidak berani menghulurkan wang kepada Skuad Raub sepertimana dilakukan kepada wartawan-wartawan lain di BERNAMA, UTUSAN dan RTM. Ini kerana Skuad Raub tidak pernah meminta duit dengan sesiapa pun. Tidak seperti wartawan-wartawan lain yang sanggup menunggu sehingga habis program semata-mata menunggu HABUAN daripada Shah Moin. Ada juga wartawan yang sanggup datang dari jauh biarpun Raub bukanlah kawasan liputan mereka.

Jika dahulu Shah Moin sebagai exco, ada juga rasionalnya untuk di'highlight'kan..Tetapi jika sebagai ADUN pun masih nak mengejar popular, sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga, mengapa begini jadinya?

Tindakan Shah Moin yang memboikot Sinar Harian adalah satu kerugian besar buat dirinya. Akhbar komuniti ini memberi kesan mendalam kepada masyarakat dan dianggap sebagai medium terbaik menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Sinar Harian tidak rugi apa-apa sedangkan panggilan menghadiri program tetap banyak seperti sedia kala. Ini membuktikan masyarakat seperti kami amat mengalu-alukan Sinar Harian yang telus menyampaikan berita.

Kepada Shah Moin, teruskan membenci Skuad Raub dan boikotlah Sinar Harian, kerana dia tidak rugi apa-apa. Rezeki dan gajinya dikurniakan Allah SWT menerusi bos dia yang amat memahami.

P/S: Warta Raub mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan penjelasan seperti ini. Bukan senang nak dapatkan ruang bersama Skuad Raub. Harap pembaca dapat menilai sendiri kebenarannya.

2 comments:

Anonymous said...

Shah moin..Sapa tak kenal dia kaki..penghabis duit orang raub..menyusahkan orang raub terutama orang-orang felda..pila kalau setakat menabur RM..tapi biadap pada bangsa wat pa..tak selaku punya orang....

Anonymous said...

takpe2..orang macam ni kita kena buang..