Monday, July 11, 2011

Promosi sikit...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kita kembali di laman yang PERNAH HOT satu ketika dulu dengan pelbagai kupasan menarik/menolak minat pengunjung.

Sebelum ini, revolusi teknologi maklumat amat popular dengan penulisan blog [sebahagian blogger Malaysia mula aktif sekitar akhir 90-an, katanya]...tapi, sejak kewujudan pelbagai laman sosial lain seperti Friendster, Twitter, Tagged, Hi-5, Myspace, Facebook dan macam-macam lagi, Tuah lihat kewujudan Facebook dan Twitter yang banyak memberi impact besar kepada kita semua.

Namun begitu, tidak dinafikan sebahagian blogger popular masih aktif dengan penulisan mereka [termasuk disebabkan tuntutan pembaca tegar blog mereka].

Tuah dan mungkin Anak Srikandi antara yang tenggelam juga dari dunia blog ini kerana beberapa faktor yang tidak terlalu perlu difikirkan.

Berbalik kepada dunia hebahan tanpa sempadan kali ini, Tuah nak promosi sikit PAGE yang agak popular dan pernah PANAS beberapa ketika (baru-baru ni juga la).

"Hala Tuju Politik Raub" di laman Facebook pada awal kewujudannya didominasi ahli2 dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR). Beberapa tempoh selepas itu berlaku revolusi apabila pemimpin2 Barisan Nasional (BN) mula dimasukkan dan meminta dimasukkan ke dalam page tersebut.

Namun, kerukunan yang diharapkan tidak dapat kekal lama berikutan kesukaran mengawal tingkah laku dan bahasa segelintir ahli, maka ia kini ditukarkan semula kepada page mutlak PR.

Ahli2 yang cenderung BN dikeluarkan semula termasuk pemimpin2 BN Raub, tetapi menariknya masih terdapat beberapa ahli yang pro BN dikekalkan dalam page itu. Mengapa?

Jika diperhalusi, dapat dilihat sebilangan penyokong BN dapat mengawal tutur bicara dengan berhemah sekali sehingga dapat menarik hati penyokong PR untuk berdiskusi bersama mereka.

Ini menerangkan secara jelas bahawa tingkah laku agresif berbentuk makian, persenda, sinis, dan hujah negatif tidak dapat menentukan kemenangan dalam menegakkan sesuatu isu.

Apa2 pun, Tuah suka page tu sebab sesekali PANAS juga dengan isu semasa sama ada nasional ataupun lokal, walaupun sebenarnya page tu diwujudkan bagi membincangkan isu semasa berkaitan Daerah Raub sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------
P/S: Tuah dapat tau ada pembaca kata blog ni milik PEMBANGKANG......Tuah nak BANGKANG la kenyataan tu..sebab UNDI ADALAH RAHSIA....dan blog ni bukan milik pembangkang..ini blog Anak Srikandi.

No comments: