Wednesday, December 24, 2008

KRMD : Di sebalik peruntukan RM18 juta


DONG - Kompleks Rakan Muda Dong (KRMD) mendapat peruntukan sebanyak RM18 juta pada tahun depan untuk kerja-kerja membaiki kerosakan akibat musnah dipukul ribut awal Ogos lalu.

Warta Raub difahamkan, jumlah tersebut hanyalah 'kenyataan lisan' daripada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Raub, namun masih tiada pengesahan hitam putih daripada kementerian.

Peruntukan yang disediakan itu dianggap sebagai 'berita baik' dan 'bonus' buat seluruh Warga Raub kerana jangkaan kerugian akibat kemusnahan tersebut hanya RM1 juta, tetapi menerima 'sokongan' sebanyak RM18 juta.

Namun, perkara yang paling mustahak perlu diberi perhatian adalah 'ketelusan' daripada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan KRMD kerana kini ia menjadi isu yang hangat sehingga memberi laluan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan.

Kompleks yang pada asalnya mendapat peruntukan pembinaan sebanyak RM24 juta terpaksa ditambah lebih RM3 juta lagi disebabkan beberapa faktor yang 'agak mencurigakan'.

Pada awal ogos lalu (iaitu kira-kira empat bulan selepas Tengku Mahkota Pahang merasmikan KRMD), kompleks tersebut ditimpa bencana ribut yang memusnahkan sebahagian besar bangunan sehingga melumpuhkan operasi Jabatan Belia dan Sukan.

Melihatkan kompleks yang belum mencapai usia setahun itu musnah termasuk tiang konkritnya patah, masyarakat di daerah ini meminta penjelasan pihak yang berkaitan.

Hanya wakil DAP Raub membuat laporan polis dan laporan BPR untuk menyiasat sekiranya berlaku 'penyelewengan' dalam projek pembinaan KRMD.

Pada ketika ini, masyarakat di daerah Raub 'terbuka mata' dan mempertikaikan tanggungjawab Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin, yang hanya mendiamkan diri.

Warta Raub difahamkan, semasa proses tender KRMD dikeluarkan sehinggalah tersergam indah di atas bukit kini, setiap urusannya 'dicampuri' dan keputusannya lebih 'didominasi' Shahiruddin yang bergelar EXCO Negeri pada ketika itu.

Namun, apabila bencana menimpa kompleks tersebut, di manakah pemimpin itu untuk memberi penjelasan kepada masyarakat di sini.

Lebih membimbangkan penduduk, pembinaan KRMD di atas tanah yang masih berstatuskan 'Warta Hutan Simpan' dan tidak mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) sehingga hari ini.

- Apakah jenis dan bentuk 'emas' yang dicari pada kawasan tersebut sehingga menyebabkan KRMD dibina di situ?

- Apakah nasib penduduk terutama golongan remaja yang menggunakan KRMD sekiranya berlaku bencana pada masa akan datang?

- Mengapa ia dibina di Dong sedangkan seharusnya ia dibina di kawasan bandar yang menjadi tumpuan seluruh masyarakat Raub?

Warta Raub juga berpendapat bahawa peruntukan RM18 juta itu tidak berbaloi digunakan untuk membaiki kerosakan KRMD kerana masih tidak memberi jaminan keselamatan NYAWA kepada penggunanya.
Terdapat kesan tanah runtuh dan retakan pada bangunan KRMD (25 Nov 2008)
...................................................................................................
Warta Raub sering merenungi nasib jabatan kerajaan yang terlibat dengan kes sebegini kerana mereka berhadapan dengan 'dilema' hebat apabila tanggungajawab kepada masyarakat sering 'dipolitikkan'. Nampaknya ahli politik lebih berperngaruh berbanding kuasa Kakitangan Kerajaan KUMPULAN A.

7 comments:

Anak Pahang Jati said...

Pendedahan yng anda buat pasti membuat beberapa pihak gelisah. Tahniah diucapkan!
Kalau lah betul kos pembaikan akibat ribut hanya RM1 juta kenapa perlu RM18 juta? Adakah akan dibina 1
lagi kompleks sukan?
APJ rasa ini satu perkara yg perlu siasatan lanjut. Adakah kenyataan lisan pegawai JBS itu boleh diterima secara total? Dan jumlah RM1 juta itu diperolehi dari mana? Adakah anda telah pastikan perkara itu?
Kalau pun ada laporan BPR oleh DAP apakah DAP telah kemukakan bukti kukuh? Byk sgt persoalan lain sebenarnya!
Pemilihan Dong sebagai lokasi adakah perlu dipersoalkan? Bukankah Dong juga perlu membangun? Dan kalau bukan di Dong, dimana perlu ianya dibina?
Pada APJ, yg paling penting sekarang ialah apakah perancangan oleh JBS utk memastikan Kompleks itu diguna sepenuhnya. Apakah aktiviti ataupun program yg telah & akan dirancang utk memaksimumkan penggunaan kompleks itu. Apakah insentif kpd penduduk tempatan utk menggunakannya? Adakah dikenakan sewaan yg diluar kemampuan penduduk tempatan? Dan yang paling mustahak, apakah sistem seliaan dan selenggaraan bangunan kompleks itu telah dibuat perancangan sepenuhnya? Dan apa pula tentang publisiti kompleks itu. Tidak ramai yg tahu tentang kompleks itu kerana ianya tidak dapat dilihat dari jalan besar serta agak tersorok?
Salam dari APJ

Warta Raub said...

APJ, satu je yg dijawab dengan harapan agar menjawab semua persoalan tu tadi...

KRMD masih tidak ada CF sehingga hari ini. JADI, apa2 pun yg dibuat, semua dah maklum kesannya bila bangunan takde CF.

ini bukan berita baru dalam Raub dan pernah disiarkan dalam akhbar SINAR HARIAN. cuma susulan peruntukan tersebut dinyatakan secara LISAN..memang jumlahnya boleh dapat satu lagi kompleks sukan dan itulah yg disuarakan kebanyakan BELIA di sini.

tapak asal KRMD sebenarnya di lokasi bandar RAUB. tetapi 'dipindahkan' ke kawasan yg masih WARTA HUTAN SIMPAN sehingga hari ini (kat situ banyak BALAK).

banyak perkara dijelaskan dalam akhbar SINAR HARIAN keluaran 8 Oktober 2008. harap dapat rujukan.

adakah senarai #CHEQUE yang disiarkan dalam akhbar tersebut tidak dikategorikan sebagai BUKTI KUKUH?

tambahan, anggaran kos RM1 juta disampaikan secara lisan oleh kontraktor yg membuat taksiran sejurus selepas bencana ribut melanda KRMD.

p/s: RANCANG la apa2 sekalipun, tetapi penduduk sekitar tetap RISAU nak manfaatkannya disebabkan status bangunan yg xde CF.
Harap, pihak yg berkaitan selesaikan perkara CF nih terlebih dahulu.

Anak Pahang Jati said...

CF itu hanya utk BANGUNAN sahaja. Padang permainan spt yg didlm gambar posting ini tidak perlu CF. Jadi boleh di gunakan dan boleh buat perancangan maksimumkan penggunaannya...tak gitu?
Soal samada dibina di Dong atau di bandar Raub sepatutnya tidak perlu disoalkan lagi kerana KRMD itu SUDAH PUN dibina di Dong!
Kawasan itu dulu memang hutan simpan & bila sudah dibina pastinya kerajaan telah keluarkan dari warta atau gezet. Itu pun tidak perlu disoalkan lagi, sbb benda itu sudah jadi! Kalau hendak dikirakan semua tempat yg telah dibangunkan sekarang ini semuanya hutan belaka! Jengka dulu pun hutan belantara & terpaksa dikorbankan demi utk pembangunan! APJ rasa ada yg meraih untung yg banyak dlm hal itu...biarlah mereka dgn dosa atau pahala mereka sendiri!
Tapi dari penjelasan saudari, jumlah RM1 juta itu anggaran oleh kontraktor semasa kejadian & secara lisan. Siapa kontraktor itu boleh buat anggaran lisan? QS atau quantity surveyor kah dia? Atau hanya kontraktor Manap? atau Cha atau Lat? atau kalau sambung Cha dengan Lat?
Elok kita tunggu betul2 berapa peruntukan yg diberikan oleh JBS, iaitu secara hitamputih. Dengar secara lisan ini mungkin ada unsur2fitnahnya, rekaannya atau khayalannya!

Satu saja nak tanya, Masjid Mukim Dong yg dibawah itu ada CF ke?

Kawas said...

Meh sini nak kabo, masa mesyuarat utk menetapkan pusat pemindahan banjir, KRMD juga dicadangkan tetapi tidak mendapat persetujuan polis lalu digugurkan dari senarai...

maknanya tak selamat la tuh!

Anak Raub said...

APJ,

Gambar yg ditunjukkan bukanlah fokus kepada PADANG, sebaliknya bumbung GRAND STAND yang tercabut terus dan tidak langsung disentuh sehingga tinjauan dibuat pada akhir Nov lalu. Saya ada ikut Warta Raub hari tu......

Pembinaan KRMD masih boleh dipertikaikan kerana berdasarkan CATATAN DUNIA, ia masih boleh disiasat dan sekarang pun BPR dengan pengesahan Pegawainya, En. Malek bahawa ia sedang disiasat.

RM 1 Juta itu adalah anggaran kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk SELIAAN DAN SELENGGARAAN bangunan tersebut. Bukan Syarikat Manap Maju yang kini Manap TIDAK DIKEKALKAN sebagai Bendahari UMNO Bahagian.

Cuma Warta Raub mengharapkan agar semua bangunan di lokasi yang dimaksudkan itu SEGERA mendapat CF.
baru selesa nak memanfaatkannya kerana kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Raub serta beberapa pertubuhan belia masih menggunakan BANGUNAN tersebut biarpun tiada CF.

CF hanya boleh dikeluarkan apabila kerja2 pembaikan bangunan siap sepenuhnya.

Seharusnya segala aktiviti melibatkan bangunan itu dibekukan sepenuhnya...bukannya digunakan.

Jangan samakan Warta Raub dengan PDO....wahahahaha....

PDO hentam org mcm babi buta, Warta Raub siarkan yg benar sebagai PEMBUKA MINDA.

pokok pangkalnya, bukan peruntukan yang APJ nak sgt itam putihnya tuh yang jadi perhatian... tapi CF...

Kompleks merangkumi SEMUA dari pagor depan..ke pagor belakang....dari grand stand...sampai ke ujung tangki air tuh....
jadi semua nak selamat la.....

big machinegun said...

ala biaser ler umno pdan muka orang dong bdoh sayang umno tgk jengka sokong pas elok jer

Anonymous said...

bodoh la demo gi sokong shah moin tu makan hasil balak je kerojenya