Friday, March 13, 2009

Benarkah DS Najib campur tangan?

RAUB - Bertalu-talu persoalan yang sama keluar dari mulut sebahagian penduduk di daerah ini, BENARKAH DS NAJIB ada campur tangan dalam pentadbiran politik di Raub ini?

Jika persoalan itu berkisar dalam kelompok 'rakan taksub' Shah Moin, mesti mereka hanya tersenyum penuh makna dan menganggap 'kononnya' mereka menang dan di pihak yang benar.

Tetapi jika persoalan itu berkisar dalam kelompok 'anti' Shah Moin, pastinya 'zon TAK selesa' itu akan memburukkan lagi tanggapan terhadap 'pemimpin idaman' Malaya tuh.

Sebagai seorang yang memang tak menyenangi Shah Moin, Anak Srikandi memang tidak gemar dengan 'kenyataan' tersebut, kerana, jika didalami betul-betul, Anak Srikandi seharusnya tidak perlu risau dengan perangai DS Najib yang dianggap tidak ada kaitan dengan RAUB.

Secara peribadi juga, Anak Srikandi menentang sesuatu perkara itu hanya berdasarkan INDIVIDU, bukan berdasarkan PARTI....Jadi, dalam isu yang dibincangkan sekarang ini, MENGAPA DS NAJIB nak campur tangan di sini? Apa hebatnya menyimpan 'profil bermasalah'?

Sudah banyak kali isu YAYASAN RAUB dipersoalkan...mana tindakannya? kerana NYATA ada masalah di situ.

Perbincangan demi perbincangan dengan sumber-sumber yang kukuh, terus mendapat jawapan bahawa kertas kerja siasatan berkaitan isu Yayasan Raub tu, dah LENGKAP dan kukuh...Tetapi, mengapa masih tak dilaksanakan?

Terjawab pula dengan jawapan, DS Najib nak 'hold' isu tu, jadi, jangan siasat sehingga tarikh diberitahu kelak (atau sehingga melepasi beberapa peringkat/kehendak tertentu)...Tidakkah PARAH!

Menyimpan orang-orang yang dianggap SAMPAH dalam pentadbiran politik....kemudian menjadikan mereka 'orang suruhan' atau sekiranya mereka engkar, maka 'rekod buruk' mereka akan dibuka semula...Apakah bentuk permainan ini? JAMINAN? UGUTAN?

JAMINAN = Segala rekod buruk 'mereka' akan dilenyapkan dan mereka dilindungi selagi mereka 'setia' bersama
UGUTAN = Sekiranya salah seorang (atau beberapa orang) daripada mereka ini mula-mula nampak macam nak berpaling, maka waktu itulah bergunanya 'rekod yang diperam' selama ini.

Betulkah perkara ini?

Jika benarlah DS Najib mengamalkan taktik politik seperti ini, memang amat mendukacitakan.
Golongan muda pasti akan mengeluh kekecewaan.

1 comment:

Anonymous said...

kalau parti umno jadi parti kepunyaan orang kotor dan jahat,makarakyat tak ada pilihan lain pada pru 13 nanti. faham sendiri lah. saya buat kesimpulan sendiri sambil senyum2 dalam tandas dari desas desus yang tersebar luas kes2 rasuah, kes tipu rakyat, tipu kerajaan negeri shah moin ditutup olih DS nsjib. kekadang saya rasa tak percaya sebab shah moin ni dah banyak buat taik dalam carrier politik nya diraub ni dia dah berak merata dan tercicir dalam seluar. tak kan DS najib yang dalam proses nak cuci diri dari pelbagai isu nak bebankan diri dengan dukung dan timang2 anak moin yang berak dalam seluar ni. bagi saya ada kalanya kita tak sedar melakukan dosa,yang paling nak jaga jngan kita sokong perbuatan orang jahat atau parti orang jahat.saya tak nak jahatkan didri sendiri dengan menyokong parti orang jahat saya rasa tuhan marah!!!!!! entahlah orabg lain saya tak tahu