Thursday, March 19, 2009

Mari mengenali Yayasan Raub (Siri 3)


Setelah membiarkan masa seketika, kali ini Anak Srikandi tidak akan membuatkan pengunjung ternanti-nanti dengan sambungan kupasan isu Yayasan Raub yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Sudah terang dan nyata berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa, tetapi masih lagi dikatakan 'kabur' dan 'tidak kukuh' oleh Lembaga Disiplin UMNO..Sebab itulah nama Shah Moin tak ada dalam senarai siasatan langsung...(Tah apa2 UMNO ni....)

Disebabkan perkara yang NYATA sengaja disembunyikanlah, Anak Srikandi terpanggil membongkar satu demi satu KEBUSUKAN yang disimpan Shah Moin dan rakan-rakan. Buat apa DS Najib nak simpan orang-orang yang macam ni...

Baiklah, mari kita terus kepada sesi pengenalan CORALFARE SDN BHD dan apa kaitannya dengan Yayasan Raub. [ Biarpun isu ini dah banyak kali diperkatakan, tetapi Anak Srikandi kena terangkan juga mengikut kronologi ].

Coralfare Sdn Bhd ditubuhkan pada 22 Julai 1995 iaitu sebulan 12 hari selepas penubuhan Yayasan Raub (10 Jun 1995).

Sekali lagi, nama Azinuddin Abdul Rahim dikenal pasti (dalam carian rasmi SSM) sebagai PENGARAH CORALFARE SDN BHD, tidak sampai sebulan penubuhan Coralfare, Azinuddin dilantik menjadi PENGARAH YAYASAN RAUB (11 Ogos 1995) [ ada kepentingan dan berkaitan, kan?]

Pada 2 Julai 1996, Yayasan Raub memohon untuk memajukan tanah seluas 10 ekar di bandar Raub (tapak kawasan perumahan kakitangan kerajaan - belakang bangunan Majlis daerah Raub).

Pada 30 Oktober 1996, iaitu apabila permohonan dipertimbangkan untuk diluluskan, TIBA-TIBA Yayasan Raub menyatakan pendirian 'tidak berminat' untuk meneruskan permohonan sebaliknya mencadangkan Coralfare mengambil alih projek tersebut. [ MENGAPA CORALFARE yang dipilih sebagai gantian? - saja je tanya, dah tahu jawapannya- ].

Pada 13 Mac 1998, permohonan projek tersebut DILULUSKAN, tetapi UPEN menetapkan syarat bahawa ia perlu dilaksanakan secara USAHASAMA dengan Yayasan Raub.

SEKALI LAGI, Yayasan Raub menetapkan pendirian untuk menarik diri daripada projek tersebut SETELAH BERSETUJU pada awalnya., dan hanya menetapkan syarat penerimaan DUA UNIT RUMAH KEDAI sebagai balasan. [ Sedangkan penerimaan harta tak alih TIDAK DIBENARKAN dalam Perlembagaan Yayasan Raub ].

Kemusykilan juga timbul, kenapa Yayasan Raub terlalu BERMURAH HATI dan melepaskan peluang penjanaan kewangan untuk tabungan kebajikan rakyat itu kepada Coralfare? kenapa Coralfare? apakah kepentingannya dan apakah muslihatnya?

Difahamkan juga, seharusnya Yayasan Raub menerima 20 peratus daripada syarat usahasama dalam projek tersebut, adakah memadai hanya menerima dua unit rumah kedai daripada 47 unit yang diusahakan? Adakah semua pengarah dalam Yayasan Raub tidak tahu kira-kira dan mudah diperbodohkan oleh pengarah Coralfare yang juga orang yang sama dalam Yayasan Raub? Istilah apakah yang boleh digunakan di sini? Memperbodohkan diri sendiri? Cubaan memperbodohkan masyarakat Raub? atau menampakkan diri mereka bodoh pada pandangan golongan muda Raub hari ini?

Bagi kes ini, Shah Moin sekali lagi menggunakan 'aura hitam'nya untuk mempengaruhi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Biarpun kali ini Shah Moin mengisytiharkan bahawa dia ada kepentingan dalam Yayasan Raub, tetapi dia tidak keluar dari bilik mesyuarat [ Besar kepala betul orang tua kutuk ni ]. Shah Moin juga menulis surat sokongan 'bertulisan tangan' menggunakan 'letterhead' Exco Pelancongan, bagi menyokong permohonan Coralfare sekali gus mengarahkan tindakan segera meluluskan permohonan itu.

Inilah satu lagi bentuk penipuan dan penyelewangan didalangi Shah Moin yang menyalahgunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mengaut hasil keuntungan yang juga HAK MILIK BERSAMA masyarakat Raub.

Tak cukup KUKUH lagi ke?
Takpe, lepas ni Anak Srikandi tambah satu lagi kes....dan akan tambah lagi beberapa kes....

~~bersambung~~

Yayasan Raub merupakan satu badan kebajikan. Ini jelas daripada Perlembagaan Yayasan Raub. Yayasan Raub juga tidak dibenarkan memiliki harta tak alih melainkan dengan kebenaran seperti yang dituntut di bawah Akta Syarikat. Sila lihat bahagian2 yang dihighlightkan dalam posting terdahulu.
Jadi untuk mengatasi masalah ini Pemegang Amanah (Trustee) dilantik. Semua harta tak alih yang diperoleh Yayasan Raub samada secara langsung atau melalui wakaf dan sebagainya akan didaftarkan di atas nama Trustee. Bermakna harta tak alih Yayasan Raub akan dikendalikan sepenuhnya oleh Trustee.
Yayasan Raub tidak ada ahli dan pengarah-pengarah pula lena. Dalam keadaan macam itu seronok lah Trustee. Dia boleh buat harta macam harta bapak dia orang.
Kalau dilihat, Yayasan Raub memohon tanah di belakang MDR untuk dimajukan. Mengapa dimohon sedangkan dia tak boleh memiliki. Di sini permainan licik Shah Moin dan Azinuddin yang memainkan peranannya. Dia masuk Yayasan Raub kemudian memasukkan Coralfare sebagai gantian mengusahakan projek tersebut kononnya Yayasan Raub tak boleh miliki harta. Licik sungguh licik. Kerajaan pahang dipermainkan.
Coralfare bagi 2 unit rumah kedai sebagai ganti. Kepada siapa(diberikan) sedangkan Yayasan Raub tak boleh miliki harta.

No comments: