Wednesday, April 22, 2009

Muhasabah : JIWA kita dalam kategori mana?

Berikut adalah sumpah janji Allah SWT yang perlu kita fahami :-

Demi Matahari
yang menyinar di pagi hari, Demi Bulan apabila ia mengiringi,
Demi Siang hari bila menampakkan dirinya, Demi Malam apabila ia menutupi, Demi Langit berserta seluruh binaannya, Demi Bumi serta yang ada di hamparannya, DEMI JIWA DAN SELURUH PENYEMPURNAANNYA. (Surah As-Sham, ayat 1-7)

"Allah mengilhamkan, sukma KEFASIKAN dan KETAKWAAN. Beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya".



Penerangan Ayat:

“Demi matahari yang menyinar di pagi hari” = Inilah sumpah Allah SWT yang paling Agung buktinya kerana kita dapat menyaksikannya sehingga tiba HARI yang ditentukan. Janji Allah SWT, sekiranya tidak ada lagi sinar matahari (yakni di luar kebiasaannya) maka bumi dan seluruh ciptaanNya akan musnah sama sekali.

"Demi bulan apabila ia mengiringi” = Sebagai manusia kita perlu menggunakan akal fikiran dengan penuh bijaksana memikirkan maksud seperti yang dinyatakan dalam ayat kedua ini. Apabila melihatkan bulan yang bercahaya, kita perlu tahu bahawa ia adalah biasan sinar matahari yang ditetapkan Allah sebagai bukti kekuasaanNya yang tidak pernah terhenti.

"Demi siang hari bila menampakkan dirinya” = Allah SWT menetapkan kitaran dan aturan seluruh alam semesta untuk manfaat sekalian makhlukNya agar kita sedar bahawa pentingnya matahari dalam kehidupan kita.

"Demi malam apabila ia menutupi” = Subhanallah. Bukankah kalimat dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya menggambarkan bahwa matahari, bumi, bulan, dan seluruh alam semesta ini terus menerus bergerak. Siang dan malam silih berganti, mengisyaratkan dinamika yang tiada henti.

"Demi langit berserta seluruh binaannya” = Makna dari ayat ini merujuk pada surat Faathir 35:41, iaitu “Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan lenyap; dan sungguh jika keduanya akan lenyap tidak ada seorang pun yang dapat menahan keduanya selain Allah”.

"Demi bumi serta yang ada di hamparannya” = Menggambarkan terhamparnya bumi sebagai tempat berpijak manusia, kerana keberadaan ciptaan lainnya, iaitu matahari, bulan, dan benda angkasa lain. Dapat kita simpulkan bahawa kesemestaan ini berjalan secara teratur dan harmonis kerana ada pengaturnya, iaitu Allah SWT. Berbeza dengan pendapat sekular yang berkeyakinan bahawa alam ini berjalan secara harmoni kerana hukum alam (law of nature) semata.

"Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya”
= Allah bersumpah bahawa jiwa manusia adalah penentu setiap penyempurnaannya. Terdapat dua pilihan yang dijanjikanNya iaitu memilih ketakwaan (positif) ataupun kekal dalam kefasikan (negatif). Allah SWT juga mengkehendaki hambaNya berfikirkan bahawa setiap perlakuan ada balasannya dan setiap perkara ditentukan oleh jiwa kita sendiri. Sekiranya memilih untuk mengotorkan jiwa dengan sifat-sifat kefasikan, kita termasuk dalam kategori yang rugi, jika memilih untuk menyucikannya dengan sifat-sifat ketakwaan, bahawa kita tergolong dalam golongan yang beruntung. Ini adalah JANJI ALLAH SWT kepada hambaNya.

Tambahan:-

Kita perlu tahu bahawa setiap ciptaan mempunyai fungsi yang tersendiri dan berkonsepkan KEBERGANTUNGAN antara satu sama lain (saling melengkapi). Seperti ciptaan Allah SWT terhadap seluruh alam semesta, kejadian dan aturannya mengikut kehendakNya setiap detik diambil kira. Sekiranya salah satu daripadanya gagal berfungsi seperti biasa (atas kehendak Allah jua), maka kita akan menghadapi bencana kemusnahan sebagai tanda pengakhiran segala-galanya.

Begitu juga dengan janji Allah SWT terhadap jiwa manusia yang seharusnya sempurna dengan rasa rendah diri dan penuh kehambaan kepadaNya. Mengagungkan kebesaranNya serta berasa takut terhadap azab yang dijanjikanNya.

Takwa = bermaksud TAKUT, perasaan yang menyedarkan siapa kita sebenarnya di sisi Allah SWT. Takut terhadap azab dan penyeksaanNya.

Maka, fikirkanlah sejenak, jiwa kita tergolong dalam kategori yang mana?

P/S: Khas buat Shah Moin n geng, janganlah anda hancurkan segala pemberian Allah SWT di bumi Raub ini hanya kerana sifat-sifat ketaksuban yang menyerlahkan lagi bukti-bukti KEFASIKAN anda terhadap kuasa yang MAHA Agung (Rabbul 'Aalamiin).

Berita BAIK "Ruh MUKMIN (orang-orang beriman) ibarat burung yang hinggap di pohon syurga, bebas berterbangan sehingga tiba hari Akhirat apabila ditiupkan kembali (ruh) ke jasadnya"

Rebutlah peluang menjadi MUKMIN sejati.

No comments: