Thursday, April 30, 2009

Di sebalik KELAMBUHARIMAU

Kali ini Warta Raub 'approved' komen seorang blogger muda bergelar KELAMBUHARIMAU.
Jika dilihat kepada komennya, dapat diketahui bahawa dia seorang yang taksub dengan Shah Moin dan Tun M.

Berapi-api menggunakan bahasa yang agak kasar dalam ruang komen di sini, tetapi apabila kita singgah ke blognya, entah apa yang boleh dibanggakan, tak tahu la.

Seorang yang mempunyai 'vision' yang terhad sebaliknya lebih kepada berangan-angan dalam kelambu.

Seorang yang terlalu bangga setelah dapat menunaikan kewajipan mengundi BUAT KALI PERTAMA sehingga lupa pada orang lain yang dah berkali-kali mengundi lebih daripadanya.

Pernah meletakkan satu artikel berserta surah Al-Munaafiqun tentang ketaksuban seseorang terhadap pemimpin tertentu, tetapi dia lupa ayat-ayat tersebut memakan diri kerana dia sebenarnya terlalu TAKSUB pada kedua-dua pemimpin yang disebutkan tadi.

Dari segi penilaiannya, nampak jelas dia masih mentah dan baru 'mengintai' alam politik yang penuh kepura-puraan.

Entah gula-gula apa yang diberikan dua pemimpin tersebut kepadanya sehingga berkobar-kobar mempertahankan mereka, tak dapat dipastikan pula.

Tertarik dengan slogan 'Harimau yang belum terlepas' kerana kelucuan maksudnya yang tidak selari. Merahsiakan identiti diri juga tidak melambangkan sifat harimau yang gagah berani merempuh apa sahaja dugaan.

Dia juga mempunyai sikap yang tidak baik apabila suka mencaci blogger lain yang ada kaitan dengan Warta Raub (nyata tidak matang).

Memfitnah kononnya semua warga Warta Raub adalah perosak bangsa, penyebab Melayu bercakaran, tetapi dia langsung tak bijak menggunakan otak untuk berfikir siapakah petualang sebenarnya.

Terlalu taksub pada keMELAYUan sampai lupa kepada konsep keISLAMan.

Kepada KELAMBUHARIMAU, banyak-banyak belajar terlebih dahulu sebelum nak menganga luas untuk mengaum, akhirnya yang terzahir hanya bunyi suara anak kucing - kasihan..

Wednesday, April 29, 2009

Imbas kembali saat Tuanku rasmi Masjid

Bersama ini disertakan keratan akhbar Sinar Harian pada 6 Oktober 2007 dan 7 Oktober 2007 bagi mengimbas kembali saat-saat bersejarah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merasmikan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Dong Jaya (pada 4 Oktober 2007) - ketika umat Islam berpuasa ni, dan juga merasmikan Masjid Umar Al-Khattab (pada 5 Oktober 2007) di Batu Malim.

Bagaimana Shah Moin langsung tidak sensitif pada bulan mulia ini dengan melakukan perkara yang boleh mengakibatkan kemurkaan Allah SWT kerana tidak amanah. Kita semua tidak pasti samada baginda Sultan akan murka atau tidak kerana baginda tidak memberi maklum balas berkenaan perkara ini(lagipun baginda telah amanahkan wang tersebut, bermakna wang tunai itu telah dialirkan). ~Sila klik pada keratan akhbar tersebut untuk bacaan lebih jelas, TQ~

Thursday, April 23, 2009

Langgar amanah Sultan, permain hukum akhirat

Terkini yang Anak Srikandi dapat tahu, Shah Moin ni sanggup melanggar amanah Sultan Pahang dan mempermainkan hukum akhirat tanpa rasa takut dan bersalah sedikitpun.

Peruntukan RM30,000 yang diberikan Sultan Pahang untuk manfaat dan kegunaan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Dong Jaya telah disalahgunakan dan meninggalkan baki RM15,000 sahaja kepada jawatankuasa masjid tersebut.

Penduduk berasa tidak puas hati dengan tindakan tak bermoral Shah Moin ini kerana mencampuri urusan pentadbiran keagamaan seperti lanun yang membelakangkan hukum Allah SWT.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Masjid tersebut, Hj Nazir berkata, Shah Moin memutuskan dengan pandai-pandai sendiri je untuk menyerahkan sebahagian (RM15,000) lagi kepada pengurusan JKKK. (Apa relevannya?) Dua jawatankuasa di bawah pentadbiran yang berbeza.

PenGerusi Jawatankuasa Masjid, Hj Amrun juga mengesahkan berlaku perkara tersebut yang tidak dapat diterima sebahagian besar penduduk di situ.

Pada 18 April lalu, Ketua Kampung PAsir BAyam, Ehsan Hashim memanggil jawatankuasa terlibat untuk menyebut perkara tersebut.

Perjumpaan Tertutup itu diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Dong...amboi...

Pesanan untuk orang-orang yang tak puas hati dengan kenyataan ini, jangan menyebut ia adalah FITNAH sebelum anda siasat atau bertanya hal tersebut kepada individu terlibat.

Berhati-hati menggunakan perkataan FITNAH, kerana sekiranya kenyataan tersebut adalah benar, maka anda boleh dianggap memfitnah.

Situasi tadi juga disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian. Sekiranya perkara tersebut tidak benar, mengapa tidak saman Sinar Harian?

p/S: Pastinya orang2 (patung orang2) atau geng Shah Moin kelemasan dengan isu demi isu yang diutarakan. Kesudahannya, menggelepar la dema...

Wednesday, April 22, 2009

Muhasabah : JIWA kita dalam kategori mana?

Berikut adalah sumpah janji Allah SWT yang perlu kita fahami :-

Demi Matahari
yang menyinar di pagi hari, Demi Bulan apabila ia mengiringi,
Demi Siang hari bila menampakkan dirinya, Demi Malam apabila ia menutupi, Demi Langit berserta seluruh binaannya, Demi Bumi serta yang ada di hamparannya, DEMI JIWA DAN SELURUH PENYEMPURNAANNYA. (Surah As-Sham, ayat 1-7)

"Allah mengilhamkan, sukma KEFASIKAN dan KETAKWAAN. Beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya".



Penerangan Ayat:

“Demi matahari yang menyinar di pagi hari” = Inilah sumpah Allah SWT yang paling Agung buktinya kerana kita dapat menyaksikannya sehingga tiba HARI yang ditentukan. Janji Allah SWT, sekiranya tidak ada lagi sinar matahari (yakni di luar kebiasaannya) maka bumi dan seluruh ciptaanNya akan musnah sama sekali.

"Demi bulan apabila ia mengiringi” = Sebagai manusia kita perlu menggunakan akal fikiran dengan penuh bijaksana memikirkan maksud seperti yang dinyatakan dalam ayat kedua ini. Apabila melihatkan bulan yang bercahaya, kita perlu tahu bahawa ia adalah biasan sinar matahari yang ditetapkan Allah sebagai bukti kekuasaanNya yang tidak pernah terhenti.

"Demi siang hari bila menampakkan dirinya” = Allah SWT menetapkan kitaran dan aturan seluruh alam semesta untuk manfaat sekalian makhlukNya agar kita sedar bahawa pentingnya matahari dalam kehidupan kita.

"Demi malam apabila ia menutupi” = Subhanallah. Bukankah kalimat dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya menggambarkan bahwa matahari, bumi, bulan, dan seluruh alam semesta ini terus menerus bergerak. Siang dan malam silih berganti, mengisyaratkan dinamika yang tiada henti.

"Demi langit berserta seluruh binaannya” = Makna dari ayat ini merujuk pada surat Faathir 35:41, iaitu “Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan lenyap; dan sungguh jika keduanya akan lenyap tidak ada seorang pun yang dapat menahan keduanya selain Allah”.

"Demi bumi serta yang ada di hamparannya” = Menggambarkan terhamparnya bumi sebagai tempat berpijak manusia, kerana keberadaan ciptaan lainnya, iaitu matahari, bulan, dan benda angkasa lain. Dapat kita simpulkan bahawa kesemestaan ini berjalan secara teratur dan harmonis kerana ada pengaturnya, iaitu Allah SWT. Berbeza dengan pendapat sekular yang berkeyakinan bahawa alam ini berjalan secara harmoni kerana hukum alam (law of nature) semata.

"Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya”
= Allah bersumpah bahawa jiwa manusia adalah penentu setiap penyempurnaannya. Terdapat dua pilihan yang dijanjikanNya iaitu memilih ketakwaan (positif) ataupun kekal dalam kefasikan (negatif). Allah SWT juga mengkehendaki hambaNya berfikirkan bahawa setiap perlakuan ada balasannya dan setiap perkara ditentukan oleh jiwa kita sendiri. Sekiranya memilih untuk mengotorkan jiwa dengan sifat-sifat kefasikan, kita termasuk dalam kategori yang rugi, jika memilih untuk menyucikannya dengan sifat-sifat ketakwaan, bahawa kita tergolong dalam golongan yang beruntung. Ini adalah JANJI ALLAH SWT kepada hambaNya.

Tambahan:-

Kita perlu tahu bahawa setiap ciptaan mempunyai fungsi yang tersendiri dan berkonsepkan KEBERGANTUNGAN antara satu sama lain (saling melengkapi). Seperti ciptaan Allah SWT terhadap seluruh alam semesta, kejadian dan aturannya mengikut kehendakNya setiap detik diambil kira. Sekiranya salah satu daripadanya gagal berfungsi seperti biasa (atas kehendak Allah jua), maka kita akan menghadapi bencana kemusnahan sebagai tanda pengakhiran segala-galanya.

Begitu juga dengan janji Allah SWT terhadap jiwa manusia yang seharusnya sempurna dengan rasa rendah diri dan penuh kehambaan kepadaNya. Mengagungkan kebesaranNya serta berasa takut terhadap azab yang dijanjikanNya.

Takwa = bermaksud TAKUT, perasaan yang menyedarkan siapa kita sebenarnya di sisi Allah SWT. Takut terhadap azab dan penyeksaanNya.

Maka, fikirkanlah sejenak, jiwa kita tergolong dalam kategori yang mana?

P/S: Khas buat Shah Moin n geng, janganlah anda hancurkan segala pemberian Allah SWT di bumi Raub ini hanya kerana sifat-sifat ketaksuban yang menyerlahkan lagi bukti-bukti KEFASIKAN anda terhadap kuasa yang MAHA Agung (Rabbul 'Aalamiin).

Berita BAIK "Ruh MUKMIN (orang-orang beriman) ibarat burung yang hinggap di pohon syurga, bebas berterbangan sehingga tiba hari Akhirat apabila ditiupkan kembali (ruh) ke jasadnya"

Rebutlah peluang menjadi MUKMIN sejati.

Sunday, April 19, 2009

Majlis Tun M, kehadiran yang 'dipaksa'

Anak Srikandi tidak menjenguk waima melintas pun majlis Ucaptama Tun M di Kompleks Sukan Dong yang berlangsung pagi tadi... Tetapi berita terus sampai ke telinga Anak Srikandi, kata mereka memang penuh dewan, tetapi kehadiran bagai 'dipaksa'.

Masakan tidak, dewan tersebut dipenuhi pelajar sekolah dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Benum Hill Resort!

Ah, kalau begitu tidaklah Shah Moin ini GAH sangat sehinggakan penduduk tempatan memandang dingin kunjungan ulung Tun M ke sini.

Inipun masih nak berlagak lagi, kan?

Itulah pasal, lain kali pakat betul-betul (jangan salah guna kuasa / niat)... tak salah jika menjemput Tun M buat ucaptama di padang Dataran Raub, boleh muat sehingga 5,000 pengunjung.

Anak Srikandi bayangkan beribu-ribu la rakyat Raub datang melihat dengan mata sendiri tokoh pimpinan agung tu, tetapi jangkaan rupa-rupanya meleset.

Kalau Shah Moin dan rakan-rakan tak ambil iktibar juga, tak tahu la. Cara terbaik, janganlah ada pasang niat untuk kembali berkuasa dalam politik hari ini kerana kredibiliti anda sudah tidak relevan lagi.

Tambahan:
- Dulu Datuk Seri Dr Ng Yen Yen cuma buat majlis jamuan raya cina jer..tapi lebih 5,000 pengunjung penuhi Dataran Raub, sebab dia takde side agenda...kan? (atau org tak nampak side agenda dia, heheh...)
- Sebenarnya dewan kat Kompleks Rakan Muda Dong tu cuma 3/4 penuh je....ada khemah2 dipasang kat luar dewan, tapi kosong tak berisi....dalam dewan tu, 1/4 pelajar sekolah...1.5/4 pelatih PLKN dan cuma 0.5/4 orang muda dan tua UMNO....ada la dalam 50-60 org je...tapi tu pun mungkin datang sebab UMNO...kalo diorang bukan UMNO....rasanya tido kat rumah lagi best..
- Ramai yang cakap, hati teringin nak jumpa Tun M..tapi memandangkan penganjurnya tu ORG YG TAK DISUKAI, jadi diorang pendamkan hasrat....tgk dalam tv pon dah cukup la...

APA LAGI YG SHAH MOIN NAK?

Friday, April 17, 2009

Kedatangan Tun M penuh kemusykilan

Maafkan aNaK sRiKaNdI sebab dah lama tenggelam dalam cerita bersiri Yayasan Raub tu....banyak perkara menuntut untuk diselesaikan terlebih dahulu. Tapi memandangkan esok lusa ORANG BESAR nak datang Raub, dan Anak Srikandi dah tahu lama dah..( dah lama dah...)... Jadi, terpaksa juga mencari ruang yang luang untuk disampaikan suara hati dan pendapat sebahagian besar penduduk Raub secara keseluruhannya.

Kedatangan Tun M pada 19hb April (Ahad) ini sebenarnya tidak menimbulkan sebarang tanda tanya sebaliknya penduduk yang sudah maklum dan masak dengan rencah politik Raub sengaja mendatangkan kemusykilan sebagai warna alu-aluan (Welcome to Raub, Tun M).

Masakan tidak berasa musykil, ketika Tun M mula-mula meletakkan jawatan sebagai PM dulu, tidak pula UMNO Raub menjemput beliau untuk memberi ucaptama... ketika pemilihan Pergerakan Pemuda pada Oktober tahun lalu, juga tidak ada nama anak Tun M (Mukhriz) dicalonkan sebagai Ketua Pemuda... bahkan orang-orang kuat UMNO Raub 'tak heran' langsung bila Tun M umum keluar dari parti keramat tu. Tak nampak prihatin langsung.

Tetapi, kenapa sekarang mereka berusaha keras dan difahamkan sanggup mengeluarkan belanja sehingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mendengar ucaptama Tun M secara 'live' dalam sejam dua tu.

Sebaliknya, tidak kurang juga berita yang disampaikan bahawa agenda tersembunyi daripada majlis tersebut bukanlah nak menerangkan Hala Tuju Golongan Muda dalam UMNO, tetapi semata-mata nak beritahu orang ramai bahawa Shah Moin MEMANG GILA KUASA dan nak buktikan dia masih berpengaruh (maklumlah, bakal MB kan Shah Moin?)..Cheh!

Kalau betul itu majlis peringkat daerah, kenapa Shah Moin selaku Ketua UMNO Bahagian dan Arif Fadzilah selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tidak membuat majlis tersebut di bandar Raub? Dewan Jubli misalnya....mengapa mesti di Kompleks Sukan Dong? mengapa DONG?DONG! DONG!! DONG!!!...musykil betul laaa.....

Apakah relevannya membuat majlis besar-besaran di tapak bangunan yang berisiko tu? dah ada CF ke? berbalik semula kepada soalan tadi...sememangnya semua penduduk daerah ini (Yang tak taksub dengan Shah Moin) tertanya-tanya mengapa perlu dibuat di kawasan yang berisiko itu..dan mengapa DONG yang menjadi pilihan?Mengapa?

Siapa yang nak jawab ni? sms nama dan no phone kat Shah Moin...supaya senang dia musnahkan mesin fotostat pejabat UMNO kerana jawapannya TETAP SAMA biarpun seribu jawapan daripada pengirim berbeza.

Tun M diperalatkan....Tak baik la buat macamni kat orang2 pangkat aki atau moyang kita... korang ni tak habis-habis nak memperbodohkan orang-orang tua....akhirnya, korang yang nampak bodoh!

Selingan.... Siapa nie?heheheh

Lupakan sekejap siri Yayasan Raub tu..meh kita main teka-teki pulak...
Siapa gerangannya orang dalam ini gambar?