Sunday, February 8, 2009

Nasib si peniaga jalanan

Jika dilihatkan perkembangan ekonomi di daerah Raub ini, masyarakat lebih berminat menjadi peniaga/pengusaha berbanding hanya makan gaji dan menjadi 'pengguna'.

Tetapi, perjalanan sebahagian peniaga di sini tidak selancar dan seuntung yang disangka apabila ia turut mendapat campur tangan politik.

Apabila diperhalusi, mana-mana sahaja kepala kita tertoleh, pasti akan dapat campur tangan politik. Waima berniaga kantin sekolah rendah dan meniaga di tepian jalan sekalipun.

Warta Raub terpanggil membuat perbandingan antara dua peniaga yang 'sama taraf' tetapi berada pada kedudukan berbeza apabila ada campur tangan politik.

Warta Raub pernah mendengar rungutan beberapa peniaga di Medan Selera berhadapan Masjid Baru Sultan Abu Bakar apabila terdapat peniaga jalanan yang menjual air tebu di hadapan persimpangan masjid tersebut.

Rungutan berpunca apabila lahir rasa tidak puas hati peniaga di Medan Selera ini kerana peniaga jalanan itu tidak memiliki permit daripada Majlis Daerah sekali gus 'bebas' daripada membayar yuran tapak berniaga.

Tetapi peniaga di Medan Selera tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana peniaga air tebu itu telah mengeluarkan kata-kata keramat iaitu 'dia dilindungi'.

"Selagi Dato' Shah jadi Ketua Umno, jangan ada sesiapa boleh halau aku dari sini. Aku takkan berganjak," katanya.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Berbeza pula dengan situasi kedua, apabila peniaga Burhan@Ishammuddin Mohamad Yunan, yang memohon kebenaran daripada Majlis Daerah untuk berniaga di pekarangan Amalina Lestari.

Permohonan Burhan tidak mendapat bantahan Jabatan Kesihatan Daerah (rujukan : Bil. (38) dlm. PKDR. 100 - 46 / 94 Bhg. 15), tetapi tanpa alasan kukuh Majlis Daerah MENOLAK permohonan tersebut (rujukan : Bil. (11) dlm. MDR. 4/3/2 - 1544).
---------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah perbezaannya berniaga air tebu dengan berniaga kuih? Mengapa peniaga air tebu tidak mendapat bantahan, bahkan mendapat 'perlindungan imuniti' pula daripada Shah Moin.

Mengapa pula permohonan Burhan yang mengikut prosedur dan tidak mendapat bantahan Pejabat Kesihatan pula ditolak tanpa sebarang alasan kukuh?

Sebenarnya senario sebegini banyak berlaku di daerah ini, tetapi peniaga-peniaga yang terlibat hanya menganggapnya sebagai resam kehidupan di Raub yang mengamalkan kronisme dalam apa jua perkara sekalipun.

Waima senario peniaga di Medan Selera tersebut juga berhadapan dengan karenah kronisme apabila penyewa yang mendapat 'lesen agung' pemimpin tertentu boleh menjadi Ali Baba apabila menyewakan kembali premis tersebut kepada Cina dan mendapat untung atas angin lebih RM300 sebulan.

Keadaan tersebut berlanjutan selama beberapa tahun.

Seorang penyewa pula yang tidak ada langsung apa-apa 'kabel' tidak dapat meneruskan perniagaan akibat masalah tertentu dan membenarkan rakannya mengambil alih perniagaan di premis yang sama.

Tidak sampai beberapa ketika, datanglah pegawai tertentu daripada Majlis Daerah membatalkan lesen sewaan tersebut dan kini mengosongkan premis untuk diisi peniaga lain.

Sekiranya masyarakat di daerah ini masing-masing rabun dan lembab otaknya untuk berfikir, mereka akan menganggap tidak ada kekurangan atau ke'pelik'an dalam situasi di atas.

Tetapi sekiranya perkara tersebut dibandingkan golongan yang aktif mindanya, pasti akan dapat melihat dengan jelas sesuatu yang tidak baik berlaku dan menjadi 'saraf' dalam pentadbiran di Raub ini.

Rakyat di sini juga sudah maklum siapakah 'virus' yang meresapi pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan sehingga melumpuhkan KEADILAN yang didambakan selama ini.

Bersama kita renungkan.Gerai Air TebuGerai Kuih Burhan

3 comments:

Harris Abdullah said...

Anak Srikandi, tlg tengok gerai kat pintu keluar belakang Mesjid Abu Bakar. Semalam ada orang komplen kat saya pasal gerai itu. Gerai itu atas kaki lima jalan sahaja tetapi barangan yang dijualnya melebehi barangan yang dalam premis yang sah. Saya pasti gerai ini tidak mempunyai lesen dan tentu sekali tidak perlu bayar sewa kat sesiapa pun sebab atas kaki lima. Macamana perkara ini boleh berlaku.
Risik risik la adik ooiii

Anonymous said...

Orang2 UMNO yang memangku jawatan diperengkat Bahagian tidak ada kerja tetap,tetapi Kontraktor Ali Baba yang berdaftar dimerata Jabatan Kerajaan Raub,itulah sebab mereka bergantung kepada Ketua mereka.Mereka juga melobi kerja untuk Kontraktor2 melayu dan mengambil Komisen dari mereka.Melayu makan Melayu.Soalan pada Tengku.Mana dapat duit buat Rumah Besar.Lesen Kontrak pun takda
kerja pun takda.Menghisab darah darah orang ke?

Anonymous said...

PERLU KAH KITA HORMAT PEMIMPIN YANG MACAM INI?PERANGAI MENGALAHKAN SETAN.