Friday, March 20, 2009

Mari mengenali Yayasan Raub (Siri 5)

Topik perbincangan dalam siri ke-5 kali ini, Anak Srikandi membentangkan 'figure' yang dimainkan Yayasan Raub dan Coralfare Sdn Bhd, melibatkan jutaan ringgit yang sepatutnya dapat dimanfaatkan seluruh masyarakat Raub tanpa mengira kaum.

1) Tanah yang diusahakan Coralfare di belakang MDR (kawasan rumah kerajaan) seluas 10.47 ekar dibayar premium sebanyak RM67,000.
Mengikut kiraan RM5 (setiap kaki persegi) nilai lokasi itu sebenarnya adalah RM2,280,365. (juta ni).

2) Jika dinilaikan mengikut pasaran, terdapat 47 lot (20x70) pada nilai RM80 (setiap kaki persegi) dan nilai tapak projek tersebut adalah RM5,264,000. (juta ni).

3) Umum sudah sedia maklum bahawa setiap lot rumah kedai dijual antara RM300,000 hingga RM800,000 (dan semua unit telah terjual). Jika dibuat kiraan berdasarkan purata RM400,000 setiap lot, jualan 47 lot menjana keuntungan kasar sebanyak RM18,800,000. (juta ni)

Satu jumlah yang baaaaaanyaaakkk, kan?

Dalam minit mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Raub 2007, pada fasal 15 iaitu dalam ucapan penangguhan, perkara 15.1 menyebut ucapan daripada wakil Kampung Melayu Sempalit (Salim Abdul Majid) bertanyakan status Yayasan Raub dan ke mana perginya Yayasan Raub...

perkara 15.10 pula, Shah Moin membuat ucapan penangguhan dengan menyebut tentang matlamat penubuhan Yayasan Raub yang baik untuk kebajikan masyarakat daerah ini, TETAPI TIDAK ADA DUIT UNTUK MENGGERAKKAN YAYASAN INI. DICADANGKAN AGAR YAYASAN RAUB DITUTUP SAHAJA.

Bukankah perkara ini menimbulkan kelucuan apabila kita semua mengetahui Yayasan Raub mampu buat duit dan terbukti dah banyak duit dan sepatutnya perlu dirasai anak-anak Raub yang cerdik pandai untuk meneruskan pelajaran?

Bukan sahaja keuntungan dari projek usahasama Coralfare, isu yang dibangkitkan Anak Srikandi dalam siri yang lepas berkaitan Raub Resources....kan baaaanyakkk keuntungannya...tu tak masuk lagi usaha mengeluarkan balak yang diuruskan secara kelompok tiga kawasan diserahkan Pentadbir Tanah Raub...yang akhirnya tak dibangunkan (biarpun balak dah habis digondolkan)...
Tak tahu siapa yang akan jadi gila dengan keadaan seperti ini....Shah Moin tu gila atau masyarakat Raub yang akan naik gila bila memikirkan BANYAKNYA keuntungan dalam Yayasan Raub tetapi diseleweng mereka-mereka ini.

Anak Srikandi belum penat lagi membongkar setiap perincian perihal Yayasan Raub. Jadi, tunggulah sambungannya selepas ini.

~~bersambung~~

3 comments:

asamrong said...

Seksa tul aku nak taip komen sekarang ni…
Aku terpaksa kne dok menyenget, nak elak
pistol nihh,!!! macam hala kat akuuuu jer……
tersalah picit nyanyer aku….
Kalau hala ke trustee yayasan raub tak pe…
Dapat pahala aku rasa,!!! nanti aku check balik…
……………YE betul….hapus pengkhianat bangsa sah dapat pahala….wallaahhualam!!!

Mat Labu said...

Bila berucap bukan main nak tolong bangsa melayu.
Sial punya pemimpin Umno.MEMANG CELAKA.

asamrong said...

mana penghuni rmh ni.... kenapa sepiiiiii jer!!!. .dgr citer cek det ada persiapan dan programme
untk cek det di kompleks rakan muda dong!!! dah rmai yang tahu kn? tp ramai yang tak tahu kompleks misteri tu blm dpt CF.... kalau sape2 sayang cek det kne tlg pesan kat cek det jgn masuk ke dalam.bahaya tu da bnyak kali runtuh, sbb kontraktor asyik kne bgrasuah orng politik d raub sepanjang pmbinaan kompleks tu. p pusing2 kat luar jer. Yang mengundang cek det blm kenal sepenuh nya, latar belakangnya. elok cek det thu serba sedikit. bahagian umno raub tak calonkan mukhriz, mereka calonkan KJ. skrng dah tngk cek det mcm berpengaruh blik, puak2 politik raub ni dah mula cari kesempatan. sepatutnya warta raub sarankan pada tun buka blog warta raub untuk mengenali orng2 politik raub.