Sunday, April 19, 2009

Majlis Tun M, kehadiran yang 'dipaksa'

Anak Srikandi tidak menjenguk waima melintas pun majlis Ucaptama Tun M di Kompleks Sukan Dong yang berlangsung pagi tadi... Tetapi berita terus sampai ke telinga Anak Srikandi, kata mereka memang penuh dewan, tetapi kehadiran bagai 'dipaksa'.

Masakan tidak, dewan tersebut dipenuhi pelajar sekolah dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Benum Hill Resort!

Ah, kalau begitu tidaklah Shah Moin ini GAH sangat sehinggakan penduduk tempatan memandang dingin kunjungan ulung Tun M ke sini.

Inipun masih nak berlagak lagi, kan?

Itulah pasal, lain kali pakat betul-betul (jangan salah guna kuasa / niat)... tak salah jika menjemput Tun M buat ucaptama di padang Dataran Raub, boleh muat sehingga 5,000 pengunjung.

Anak Srikandi bayangkan beribu-ribu la rakyat Raub datang melihat dengan mata sendiri tokoh pimpinan agung tu, tetapi jangkaan rupa-rupanya meleset.

Kalau Shah Moin dan rakan-rakan tak ambil iktibar juga, tak tahu la. Cara terbaik, janganlah ada pasang niat untuk kembali berkuasa dalam politik hari ini kerana kredibiliti anda sudah tidak relevan lagi.

Tambahan:
- Dulu Datuk Seri Dr Ng Yen Yen cuma buat majlis jamuan raya cina jer..tapi lebih 5,000 pengunjung penuhi Dataran Raub, sebab dia takde side agenda...kan? (atau org tak nampak side agenda dia, heheh...)
- Sebenarnya dewan kat Kompleks Rakan Muda Dong tu cuma 3/4 penuh je....ada khemah2 dipasang kat luar dewan, tapi kosong tak berisi....dalam dewan tu, 1/4 pelajar sekolah...1.5/4 pelatih PLKN dan cuma 0.5/4 orang muda dan tua UMNO....ada la dalam 50-60 org je...tapi tu pun mungkin datang sebab UMNO...kalo diorang bukan UMNO....rasanya tido kat rumah lagi best..
- Ramai yang cakap, hati teringin nak jumpa Tun M..tapi memandangkan penganjurnya tu ORG YG TAK DISUKAI, jadi diorang pendamkan hasrat....tgk dalam tv pon dah cukup la...

APA LAGI YG SHAH MOIN NAK?

13 comments:

asamrong said...

padan muka anak moin. Puak2 ni beranagan dpt sokongan dr Tun unk pengaruhi najib dlm barisan pencolonan next election???? hahaha tak sempat kot!!!!! orang2 jahat dlm umno raub dah mula cari akal nak kekal berkuasa.... bergantung harap dengan belas ehsan Tun mahathir???? ermmmmm tngk la kot2 panjang umur ... anjur lah majlis sembahyang hajat di semua masjid di raub mintak panjang umur mahathir....potong kambing, lembu buat makan sedap2 majlis sembhyang hajat tu.... aku tumpang g makan jer...hehehe

asamrong said...

pas ni kita buat kunjungan hormat pd tun dan serah buku dn berpuluh lapuran polis, kesah penyelewengan yang di pendap sprm dan lembaga dciplin, akan di serah pada tun. biar tun knal siapa shah moin tengku raman, aziz kiram dn azinudin..masing2 ada kesah buruk dan kita akan bongkar. ni masa yang sesuai smentara tun msh ingt lg apa yang dia sarankan pd najib, JANGAN AMBIL ORANG2 YANG LOW QUALITY. Manusia yang Tun mksudkan td ,ada 3 ekor di raub ni

asamrong said...

anak srikandi tlng dptkn Emial cek det. Aku nk buat pendedahan tntang keburukan orang politik raub ni. Sekadar cek det bt pembukaan Kompleks rkn muda tak apa lgi. Jgan smpai dia terpngaruh dgn mainan dan sandiwara puak2 shah moin. IT'S A VERY BIG MISTAKE !!!!!!

aNaK sRiKaNdI said...

Buang masa je email Che Det tuh....sehari dia dapat beratus2 respon..tak terbaca la dia....try dapatkan handphone no dia...baru best....tapi Anak Srikandi takde la info tu kan....hehehe

Anonymous said...

Kalau tak silap aku tahun lepas sewaktu pertemuan Dato nazri Aziz dgn Pemuda UMO Raub secara tertutup, Dato Nazri telah kutuk kaw kaw Tun Mahathir Mohammad kononnya dah nyanyuk dan perosak negara. Tak lama lepas itu setiap Pemuda UMNO bahagian yang aku jumpa, rata-rata kutuk Mahathir. Tapi kini, tup! tup! semua jilat balik!! Mahathirlah paling bagus...kata dia orang. Dasar lalang betul!

nasir said...

Kalau tak silap aku tahun lepas sewaktu pertemuan Dato nazri Aziz dgn Pemuda UMO Raub secara tertutup, Dato Nazri telah kutuk kaw kaw Tun Mahathir Mohammad kononnya dah nyanyuk dan perosak negara. Tak lama lepas itu setiap Pemuda UMNO bahagian yang aku jumpa, rata-rata kutuk Mahathir. Tapi kini, tup! tup! semua jilat balik!! Mahathirlah paling bagus...kata dia orang. Dasar lalang betul!

karl said...

Assalamualaikum...saya anak jati Raub,sedang menuntut ilmu dlm di luar Pahang..Alhamdulillah selama ni saya ingatkan semua orang Raub buta tentang apa yg Shah Moin buat selama ni. Terima kasih sebab berani mendedahkan semua perkara ni.

memang susahnya di raub ni, ada pemimpin x berotak macam shah moin ni bersama hantu2 banyak kemajuan terhalang. 2-3 tahun lepas mara nak buat mrsm di raub, hantu moin ni jugak la yg mengacau

moga anda berada dalam lindungan Allah. Cuma harap berhati2 juga la, sebab walaupun mereka2 ni x bijak, jangan ambik risiko kalau smpai membahayakan diri.

Tapi sebenarnya dalam politik ni, pimpinan tertinggi parti lebih suka orang2 macam ni ada dlm parti sebab mudah mereka nak mengawal dorang. Kepimpinan baru skang pun bukan di kalangan orang yang bersih. Saya cuma berharap selepas shah moin pengganti2 dia diangkat dari kalangan pemimpin yang berilmu, yg berakhlak mulia & tak menyalahgunakan kuasa macam yg ada di raub skang.

aNaK sRiKaNdI said...

TQ atas sokongan semua....
Dugaan memang ada dalam menyampaikan kebenaran di Raub ni...
Semua org kenal geng Shah Moin..tak dapat halang cara kasar, diorang cuba cara halus...
sanggup membelakangkan agam merosakkan aqidah menyembah 'makhluk halus' sampai lupa Allah SWT adalah MAHA segala2nya....
Selagi luka tak membawa rebah, Anak Srikandi tak mudah mengalah!

khairulhasli said...
This comment has been removed by the author.
aNaK sRiKaNdI said...

Macam tu sekali ye Khairulhasli? Hehehe..kalau tak pegi pun dah dapat agak 'isi kandungan' teks yg disampaikan...
retorik je..

khairulhasli said...
This comment has been removed by the author.
kelambuharimau said...

yang pasti melayu akan sedar bila dijajah dan bertuankan bangsa lain di negara ini..berpecahlah orang melayu,,kita naikkan bangsa lain menjadi PM..itu misi u all..bagus! u all pun ape kurangnye..perosak bngsa!!

khairulhasli said...

assalamualaikum..
salam perkenalan buat semua di warta raub.. alhamdulillah sekarang penduduk raub dah banyak berubah.. demi untuk memajukan raub itu sendiri.. untuk pengetahuan semua.. aku salah seorang yg pegi ke majlis ucaptama tun itu.. tapi bukan atas tiket umno, mahupun peminat setia tun.. aku pergi atas tiket ingin mendengar apa yg ingin disampaikan oleh geng2 umno dalam text "hala tuju melayu muda".. tp seperti jangkaan, tiada manfaat yg dpt dari pegi program tersebut.. yg pasti hala tuju melayu muda selepas ni akan terus cuba menggulingkan generasi melayu tua yg tak sedar diri dari terus meng"kaya"kan diri mereka sahaja..

khairulhasli
wakil diri sendiri!

(sorry komen terdahulu terpaksa di buang atas sbb2 tertentu)