Friday, January 9, 2009

Puak UMNO Raub rela digelar samseng!

KUALA ATOK - Puak Umno Bahagian Raub kini mengorak langkah penuh berkeyakinan sejak menang majoriti dalam pemilihan peringkat bahagian pertengahan Oktober tahun lalu.

Mereka ini (lebih mudah dikenali KEM A) dikatakan penuh yakin membelakangkan budaya dan amalan masyarakat setempat (termasuk soal agama) seolah-olah mereka lebih berkuasa.

Pada 28 Disember lalu, Warta Raub mengikuti Skuad Raub memenuhi jemputan majlis Sambutan Maal Hijrah daripada kariah Kuala Atok dan diadakan di masjid kampung berkenaan selepas solat Asar.

Setibanya Warta Raub di majlis berkenaan, satu suasana pelik kelihatan bila nampak kemeriahan di Balai Raya Kuala Atok dengan pemuda-pemuda menikmati jamuan dan juga kemeriahan hiasan bendera Umno mengelilingi pagar balai raya berkenaan.

Persoalan terjawab apabila Ketua Wanita Umno Cawangan Kuala Atok, Sabariah Siadi memberitahu bahawa hari itu juga diadakan majlis Penubuhan Pemuda Umno Cawangan Kuala Atok.

Warta Raub menyifatkan keadaan tersebut sebagai KETERLALUAN kerana tidak menhormati aktiviti penganjuran penduduk tempatan (mereka seharusnya mengadakan rundingan untuk menetapkan aktiviti kerana penduduk kampung perlu bersatu menjayakan majlis).


Apa terjadi kepada majlis sambutan Maal Hijrah? Lazimnya majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah, disertakan bacaan surah Yasin dan doa penutup tahun serta pembuka tahun baru.


Ketika bacaan surah Yasin dialunkan, beberapa biji kereta milik puak Umno (pemuda) ini hanya melintasi kawasan masjid dari pintu pagar depan, melewati pintu pagar belakang (kedudukan masjid dalam lingkungan penghubung jalan), mereka ini seolah-olah hanya membuat 'U-Turn' dan membelok ke jalan menghala ke Jenud/Ulu Atok (tetapi tidak singgah ke masjid).


Warta Raub juga berasa amat jengkel dengan mereka yang tidak menghormati laungan azan, bacaan surah Yasin dan juga majlis sambutan Maal Hijrah anjuran jawatankuasa masjid berkenaan.


Perasaan marah hanya dapat diredakan 'sedikit' dengan kehadiran Ketua Pemuda Umno, Arif Fadhilah bersama dua, tiga rakan 'peneman' yang bleh dianggap 'cuba menghormati' penduduk di situ. Tetapi selesai sahaja bacaan surah Yasin, mereka pun turut 'cabut'.


Peristiwa lain terjadi di kampung ini juga, apabila salah seorang penduduk Kampung Sejuk mengadakan Majlis Pertunangan anaknya tanpa perbincangan dengan penduduk kampung.


lazimnya, masyarakat di sini mengutamakan perbincangan bagi mengelakkan berlaku pertembungan majlis kerana penduduk di sini kurang dan tenaga kerja diperlukan bagi menjayakan sesuatu majlis (secara bermuafakat).


Apabila tanpa berbincang dengan wakil penduduk yang lebih senior, dengan bangganya seorang penduduk ini menyatakan rasa 'tidak kisahnya' jika tiada penduduk kampung lain memeriahkan majlis pertunangan anaknya itu, kerana dia telah menjemput semua wakil Umno Bahagian (Kem A).


Hasilnya, kerumitan juga timbul apabila dia ingin mendapatkan khidmat Imam Satu Kampung Kuala Atok bagi urusan perundingan dalam majlis pertunangan itu. Imam yang sama juga perlu hadir ke majlis yang telah mendapat jemputan dua bulan lebih awal daripada penduduk kampung.


Warta Raub juga terfikirkan, mengapa dia tidak mendapatkan khidmat Ketua Umno Bahagian menjadi juru runding pertunangan anaknya?


Jika mereka membelakangkan permuafakatan penduduk di sini, mengapa pula tanpa segan silu datang meminta bantuan perkhidmatan penduduk lebih senior? Apakah mereka tidak nampak 'kebodohan' dan kejahilan mereka langsung tidak dapat 'membentuk' sebuah organisasi atau 'perkampungan', bagaimana mereka mampu mentadbir Umno Bahagian sekali gus mentadbir daerah ini dan membela masyarakat Melayu di sini?BAGAIMANA?


Warta Raub (anak srikandi) menahan rasa ingin menangis (marah) kerana perbuatan JAHIL itu dianggap seperti KEMENANGAN dan KEKUASAAN mereka berbuat sesuka hati terhadap penduduk di sini.


Apatah lagi kita (sebilangan penduduk) di sini berpendidikan tinggi tetapi hanya mampu melihat KEKUASAAN dan KERAKUSAN mereka (puak Umno) yang TIDAK BERPENDIDIKAN TINGGI dan seperti SAMSENG mentadbir kawasan.


Selepas ini, apa lagi bukti kebodohan yang mereka akan lakukan dan diperhatikan masyarakat Raub?



2 comments:

Harris Abdullah said...

Bravo Anaksrikandi. Teruskan usaha anda

Anonymous said...

Syabas kpd anda. mana2 perkara yang tidak elok, bongkarkan. bukan bermaksud memalukan individu tapi sbg pengajaran kpd mereka yang rakus dan memikirkan dunia ini mereka yang punya. Syabas!!!