Friday, January 30, 2009

SHAH MOIN : Taring yang hilang!

RAUB - Senario kekuasaan Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin (Shah Moin) kini sudah menampakkan tanda-tanda beliau menghidap 'penyakit gusi' apabila satu persatu 'taringnya' sudah mula luruh dan hilang!

Tidak lama lagi, masyarakat di daerah ini pasti akan melihat perubahan ketara pada 'wajah' Shah Moin yang RONGAK sekali gus menampakkan ke'tua'an yang menghambat usianya, juga usia pentadbirannya.(tolonglah sedar!)

Warta Raub menyampaikan beberapa senario yang mengukuhkan lagi kenyataan seperti yang diperikan di atas.

Kisah berlaku melibatkan pentadbiran pelajaran apabila Shah Moin dengan lagak angkuhnya menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 'menasihati' mereka agar mengekalkan TENDER KANTIN sebuah sekolah kebangsaan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam.

Tindakan Shah Moin ini menunjukkan bahawa dia masih lagi mahu mengekalkan tradisi SAMSENG KAMPUNG DUSUN yang sudah tidak relevan lagi pada hari ini.

Telinga-telinga yang mendapat perkhabaran tersebut terus menanti keputusan tender kantin itu, biarpun ia hanya perkhabaran picisan, tetapi memberi kesan yang besar terhadap kuasa pentadbiran Shah Moin.

Kini, apabila sesi persekolahan bermula, kantin itu dibuka seperti biasa dan ketahuilah anda bahawa pengusaha kantin sekolah tersebut adalah Orang Baru!

Warta Raub memanjat kesyukuran apabila mendapat tahu pengusaha baru menguruskan kantin tersebut kerana ini dapat membuktikan bahawa SATU TARING Shah Moin telah tercabut! (iaitu penguasaan terhadap JABATAN PELAJARAN).

Kisah kedua pula melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila Shah Moin turut 'menasihati' mereka agar menggugurkan semua ahli Jawatankuasa Pelindung yang dipercayai 100 peratus berada dalam KEM B.

Shah Moin menyatakan sekiranya orang-orang KEM B 'dibersihkan' daripada jawatankuasa itu, dan memasukkan orang-orang KEM A, dia dan rakan kongsinya akan memberi tumpuan dan kerjasama sepenuhnya terhadap setiap perkara yang berlaku dalam Pelindung.

Akhirnya, JKM membuat kesimpulan untuk menggugurkan semua ahli Jawatankuasa Pelindung yang terlibat dengan politik (Umno Raub) - Tidak kira Kem A ataupun Kem B!

Satu lagi taring Shah Moin TERCABUT (kali ini Jabatan Kebajikan) pula, dan ini menunjukkan perkembangan yang baik dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Akal Shah Moin masih ber'jerumbai' dan tidak akan mati biarpun dipatahkan sedikit demi sedikit. JKM mencadangkan Kompleks Pelindung dibina dalam kawasan bandar Raub, tetapi Shah Moin berkeras mahu membinanya di Dong! Apakah relevannya?

Perbincangan dengan Pegawai Daerah juga kelihatannya mendapat campur tangan Shah Moin apabila dia dengan kuasa 'angkat keningnya' cuba mempengaruhi Pegawai Daerah. Tetapi JKM akan terus berusaha agar bebas dari cengkaman politik terutama Shah Moin!

Menyentuh soal 'Samseng Kampung Dusun', pasti pembaca dapat membayangkan lagak ketua samseng yang sering kelihatan 'bersahaja' dan membiarkan anak-anak buah melaksanakan kehendaknya, itulah Shah Moin.

Mengimbas kembali suasana semasa pemilihan Umno Bahagian Raub Oktober lalu, negeri ini dikejutkan dengan kenyataan media Ketua Puteri Umno Raub (ketika itu) bersama laporan polis yang dibuat akibat kekasaran beberapa ahli jawatankuasa Umno terhadapnya.

Lemparan kata-kata kesat tanpa henti seperti 'torture' itu hanya diadili Shah Moin dengan pandangan membisu sahaja. Dia lebih rela keluar dari bilik mesyuarat dan membiarkan anak-anak buahnya memaki hamun Ketua Puteri tanpa sempat dia memberi penerangan.

Shah Moin hanya masuk semula setelah seketika membiarkan anak-anak buahnya meracau-racau tak ketahuan dan Ketua Puteri menangis teresak-esak.

Kata-kata yang keluar dari mulutnya : "Dah Siap?"..

Betapa baculnya seorang ketua tidak dapat mengendalikan mesyuarat yang dimonopoli anak buahnya yang seperti 'monyet kegilaan' pada ketika itu.

Sebenarnya, Shah Moin yang mahu bertindak demikian, tetapi demi menjaga kerusinya pada saat akhir sebelum pemilihan, dia mengarahkan beberapa anak buahnya untuk menyalak!

Sama juga jadinya dengan pendedahan demi pendedahan tentang keburukannya dalam beberapa laman blog (termasuk Warta Raub), Shah Moin sengaja membiarkan beberapa anak buahnya meracau-racau tak ketahuan berserta carutan yang memalukan.

Apakah tindakan itu melambangkan ciri-ciri pemimpin sejati yang dikehendaki masyarakat hari ini?

Perkhabaran terkini tersebar dengan cepatnya mengenai Shah Moin yang berusaha menguasai Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah untuk mempertahankan kepentingannya.

Jika jabatan dan agensi kerajaan ini dikuasainya, merataplah anak-anak Raub yang sudah maklum bakal berpijak di bumi Milik Orang!

6 comments:

kingpahat said...

Suruh dia nyanyi dan hafal lirik lagu ANDAI KU TAHU-UNGU.

keretalembu said...

Perangai org politik di mana2 saja sama( bukan semua ). Sombong, bongkak dan menganggap dunia ni dia punya dan juga menganggap dia berhak menguruskan hidup orang lain. Tapi yg paling sakit hati adalah perangai org di bawahannya yg kadangkala lebig sudu dari kuah. Mual dan loya melihatnya.

Harris Abdullah said...

Tahniah AnakSrikandi ... setahu saya lapuran polis telah dibuat oleh bekas Ketua Puteri UMNO berkenaan dengan maki hamun seperti dalam posting. Saya juga difahamkan perkara ini juga telah dilapurkan kepada Lembaga Disiplin UMNO. Nampaknya takde tindakan. Kredibiliti Polis kita dah tahu, tak kan Lembaga Disiplin pun rasuah???

Anonymous said...

Sejak sekian lama saya dah minta Pahangdaily online supaya bongkarkan 'kejahatan' dari Puak Shahiruddin Moin dan aziz Kiram tapi tak de respone. Tiba-tiba hari ni dapat maklumat dari shout box pdo tentang blog srikandi ini. Tahniah...saya akan jadi pembaca dan penyokong setia anda setiap hari. Tentang wartawan Sinar harian sering diugut, memang dah lama saya dengar cuma tak tahu apa yang diugutkan itu. Harap srikandi dapat bongkarkan!!!Syabas....

aNaK sRiKaNdI said...

Terima Kasih atas sokongan semua....

Razak Bin Ramli said...

Atur langkah srikandi berani
hadapi rintangan mendatang.
Syabas...teruskan perjuangan menegak
kebenaran.Persetankan segala setan.