Saturday, January 24, 2009

Ketua Pemuda UMNO Raub sokong PAS!

Agak pelik apabila membacakan TAJUK di atas kan? Tetapi lebih pelik apabila terbaca artikel kenyataan Ketua Pemuda UMNO Raub, Aris Fadzilah Abu Samah, yang menyokong konsep dan pendekatan PAS dalam usaha membajai jiwa golongan muda.

Artikel bertajuk “Ambil Berat Pandangan Bahagian” oleh Abdul Rahim Sabri pada 12 Januari jam 12.26 tengah hari itu disiarkan dalam laman Malaysiakini yang menyebut Aris Fadzilah SETUJU dengan kejayaan PAS menarik tumpuan golongan muda.

Warta Raub terpanggil untuk membaca keseluruhan artikel tersebut dan kemudian dapat membuat kesimpulan bahawa UNGKAPAN dan kenyataan yang keluar dari mulut Aris sebenarnya MEMERANGKAP dirinya sendiri dan UMNO amnya.

Kita lihat petikan di bawah :-

Ketua Pemudanya, Aris Fadzilah Abu Samah berkata, program Pemuda harus disasarkan ke arah mengambil hati anak muda - sejak mereka masih kecil hinggalah ke peringkat univerisiti.

"Tengok PAS yang mengambil berat terhadap anak-anak muda. Mereka memperkenalkan (tentang parti itu) dengan pelbagai cara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebagai contohnya, katanya, PAS memperkenalkan Tadika PASTI – pendidikan pra-sekolah – untuk menanam semangat terhadap anak-anak tentang perjuangan parti itu sejak mereka kecil lagi.


Tidak perlu ulasan lanjut, petikan kata-kata Aris itu sudah cukup melambangkan setiap apa yang dilakukan dan dirancang PAS sejak awal penubuhannya adalah BENAR.

Disokong pula dengan kemenangan yang diperolehi dalam PRK KT baru-baru ini, biarpun isu HUDUD diutarakan dan DAP mengugut mahu keluar dari PR, PAS tetap mendapat tempat di hati GOLONGAN MUDA.

Lihat petikan ini pula :-

“Adakah anak-anak muda sekarang memikirkan generasi perwaris selepas mereka?” soalnya. ~ Malaysiakini

Warta Raub ingin bertanya kembali kepada Aris Fadzilah, adakah lontaran soalannya itu ditujukan kepada golongan muda di daerah ini, atau rakan seperjuangannya dalam Pemuda UMNO atau kepada dirinya sendiri?Jawab sendiri dalam hati je lah!

Menyentuh pandangannya tentang politik wang dan pemilihan tokoh pimpinan, ternyata jawapannya itu seolah-olah dia baru DISERGAH dan berterabur susunan ayat dalam mindanya untuk diluahkan kepada Malaysiakini.

Lihat petikan ini :-

Menurutnya, pewakilan Pemuda akan berada di kelas bawahan jika mudah dipengaruhi dengan wang. ~Malaysiakini

Jadi, mana-mana golongan muda yang mengamalkan politik wang, terutama dalam pemilihan UMNO Bahagian Raub Oktober lalu, sedarlah bahawa KETUA anda sendiri mengatakan anda memang orang KELAS BAWAHAN.

Lihat ini juga :-

“Bagaimana kalau salah letak pemimpin (kerana wang)? Apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi?” tambahnya. ~Malaysiakini

Adakah Aris tidak sedar bahawa apa yang dipersoalkannya itu telahpun terjawab dalam senario PIMPINAN UMNO BAHAGIAN RAUB ketika ini?Tidak nampakkah Aris APA YANG DAH TERJADI ketika ini?Jawab sendirilah.

Warta Raub tidak mahu mengulas lanjut tentang kenyataan Aris berkaitan perancangan dan pengisian program Pemuda UMNO Raub untuk memantapkan lagi parti dengan KERAKUSAN menambahkan keahlian terutama di kalangan orang muda.

Sibuk sangat nak tubuh cawangan baru sampai menolak amalan dan budaya penduduk kampung sehingga menampakkan kepincangan mereka mentadbir kawasan. Malah, sanggup menutup mata pada aktiviti keagamaan yang seharusnya mereka SEDAR itulah tunjang kejayaan.

Bagaimana pula jadinya dengan nasib Kelas Agama di Kampung Jeram Besu yang mendapat pelbagai tohmahan sedangkan peserta kelas tersebut juga terdiri daripada golongan muda UMNO.
Apakah mereka rasa tergugat dek kesucian agama yang memenangi hati golongan muda yang mula celik dengan kebenaran hakiki?

Aris Fadzilah adalah salah satu contoh KETAM yang cuba mengajar anak-anaknya BERJALAN LURUS!

P/S: Sewaktu mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub, adakah anda (Aris Fadzilah) sedar bahawa gelombang pemikiran anak muda hari ini tidak lagi seperti rakan-rakan sekeliling anda yang mudah lembik lehernya ketika dilayangkan RM di hadapan mata?

Rakan-rakan muda belia yang berada di luar sana, sudah tiba masanya anda pulang untuk lakukan perubahan demi menyelamatkan HAK MILIK kita yang masih bersisa di bumi EMAS ini.

1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat Aris Fahliah. Benda yang baik sepatutnya kita tiru walaupun datangnya dari musuh. Sebab kita tak mahu tiru orang melayu masih ditakok lama. Jepun pada mulanya banyak meniru teknologi barat tapi selepas itu berjaya dan mengalahkan barat dari segi kemajuan teknologi. UMNO banyak kelemahan yang patut diperbetulkan UMNO pada masa ini tidak berada pada jalan yang lurus seperti:
- Pemimpin yang menguna wang untuk naik.
- Pemimpin yang sepatutnya sudah tidak layak masih juga hendak memimpin
- Akar umbi yang selalu berkehendakan habuan.
- Kelemahan Paklah yang selalu dibayangi oleh kumpulan KJ. Hingga kumpulan ini mengalahkan kuasa kabinet.
- Pemimpin seperti
1. Mike Tyson
2. Ali Rustam
3. Tengku Adnan
4. Isa Samad
5. Mat Hassan
6. Rahim Tambi Chik
7. Azeez
8. Reezal
9. Rafidah
10. JJ
11. KJ
12. Khir Toyo
sepatutnya pemimpin diatas sudah dihilang dari senarai pemimpin UMNO.
jika pemimpin ini masih berkuasa dan memimpin UMNO, alamat UMNO akan hilang di atas muka bumi ini.
Tak percaya kita tengok.
Bagi saya kalau ada pemimpin seperti di atas sampai mati saya tak akan pangkah BN. sekian terima kasih.